FOLLOWERS

Sunday 28 December 2008

BUDI BICARA POLIS : KONFLIK DAN AKAUNTABILITI

PENDAHULUAN

Penggunaan budibicara oleh pihak polis dalam menjalankan tugas mereka telah lama dibahas dan dikritik oleh golongan yang mendakwa bahawa kebebasan polis dan kekurangan akauntabiliti pasukan menghasilkan keputusan-keputusan yang arbitrary dan tidak dapat dipertikaikan secara terbuka. Kontrovesi ini timbul kerana penggunaan budibicara oleh pihak polis meliputi bidang aktiviti kepolisian yang luas dan jarang dikawal.

Penggunaan budibicara merupakan sebahagian daripada system keadilan jenayah, sungguhpun
hakikat ini jarang diterima umum. Sensitiviti terhadap budibicara polis timbul kerana pada kebiasaannya pasukan polis yang menetapkan siapakah yang akan diproses oleh system keadilan jenayah, samada melalui penangkapan atau tindakan saman. Kajian yang dijalankan oleh para pengkaji sosiologi dan perundangan di Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1950an keatas pasukan polis negara tersebut mendapati bahawa pegawai-pegawai polis menggunakan budibicara secara meluas dalam melaksanakan tugas-tugas harian meraka. Budibicara digunakan untuk memutuskan samada untuk menangkap dan mendakwa mereka yang melanggar undang-undang dan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan sesuatu pelanggaran undang-undang dan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan sesuatu pelanggaran undang-undang selain daripada penguatkuasaan undang-undang.

Satu kajian yang meliputi lapan komuniti di Amerika Syarikat mendapati bahawa penggunaan budibicara oleh pegawai polis adalah bergantung kepada situasi dimana pelanggaran undang-undang itu dikesan oleh pegawai polis yang berkenaan, seperti kesalahan trafik atau penyalahgunaan dadah, kerana jarang sekali terdapat mangsa atau pengadu yang menghendakki sesuatu tindakan diambil keatas pelanggaran tersebut. Dalam situasi dimana terdapat aduan dari orang ramai, ruang untuk menggunakan budibicara agak terhad kerana biasanya polis tidak dapat mengenalpasti penjenayah yang terlibat. Jika penjenayah berjaya dikenalpasti, kehendak pengadu selalunya mempengaruhi keputusan pegawai polis berkenaan samada menangkapnya atau tidak. Adalah sukar untuk menilai tindakan pegawai-pegawai polis yang menggunakan budibicara dalam menjalankan tugas-tugas mereka kerana kekurangan penyeliaan terus dan kawalan keatas kebanyakan pegawai bawahan oleh peringkat atasan.

2. OBJEKTIF

Kertaskerja ini antara lain adalah bertujuan untuk menjelaskan maksud budibicara polis, akauntabiliti dan konflik akauntabiliiti dalam bentuk perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang khususnya oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM).

3. DEFINASI

Budibicara mempunyai berbagai pengertian samada mengikut bahasa dan undang-undang :

3.1.1.Mengikut kamus “ The Concise Oxford Dictionary: ianya membawa maksud “the freedom o act and think as one wishes usually within the legal limits” dan “ use one’s discreation” pula bermaksud “ act according to one’s judgement”.

3.1.2.Mengikut Kamus Besar Bahasa Melayu ( Utusan), budibicara membawa pengertian (i) sempurna akal fikiran, (ii) bijaksana, (iii) jasabaik, pemberian.

3.1.3.Menurut L.B. Curyon dalam “The Dictionary of Law”, kuasa budibicara ditakrifkan sebagai “the power of deciding a question or issue where latitute of judgement is allowed, and one which may or may not be granted”.
3.1.4.Mengikut “The Pocket Oxford Dictionary”, “ discreation” membawa maksud “being

discreat, good judgement,prudence,freedom or authority to act accordingly to one’s

judgement”.

Oleh yang demikian, “budibicara” boleh ditakrifkan sebagai hak atau kuasa membuat

keputusan atau kuasa mengambil tindakan yang dibuat dengan bijaksana tanpa

dipengaruhi oleh orang lain dan ianya dibuat tanpa bercanggah dengan kehendak

undang-undang.

3.2. Konflik

3.2.1.Mengikut Kamus Dewan “An English-Malay Dictionary”, “conflict” membawa maksud (i) “ fighting battle”, pertempuran bersenjata, (ii) “ struggle, controversy”’ pertikaian, persengketaan, percanggahan idea, konflik kepentingan.

3.2.2.Mengikut Stoner & Wankel dalam buku bertajuk, “ Pengurusan” Edisi Ketiga, konflik adalah percangahan diantara dua anggota kumpulan organisasi atau lebih, yang berbangkit dari hakikat bahawa mereka perlu berkongsi sumber-sumber yang terhad atau aktiviti-aktiviti kerja dan atau hakikat bahawa mereka mempunyai status, matlamat, nilai atau tanggapan yang berbeza. Anggota-anggota yang berbalah berusaha supaya pendirian atau pandangan mereka dapat mengatasi pihak-pihak yang lain.

3.2.3.Konflik bolehlah ditakrifkan sebagai berada dalam keadaan bercanggah atau serba-salah diantara diri sendiri atau dengan orang lain.

3.3. Akauntabiliti

3.3.1.Mengikut The Pocket Oxford Dictionary, “accountability” bermaksud “responsible (for action or thing, to person), “explicable”.
3.3.2.Mengikut Kamus Dwibahawa Oxford Fajar, “ accountability” membawa maksud
kebertanggungjawaban.

3.3.3.John Mc Eldwoney dalam bukunya “Public Law” mengatakan, “ the higher level of
accountability maybe through effective complaint procedures and a wide discussion of police practice and culture”. Ini jelas membawa maksud lebih ketelusan dalam semua tindakan yang diambil.

Oleh itu akauntabiliti membawa pengertian bertanggungjawab keatas segala tindakan yang diambil kepada undang-undang serta juga responsive terhadap keperluan dan hak-hak rakyat sesebuah negara. Dalam ertikata tradisoinal, PDRM adalah bertanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah serta memastikan kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan mengikut kehendak demokrasi, moral dan idea-idea keagamaan yang dipraktikkan didalam negara ini.

4. Keperluan Budibicara Dalam Tugas-Tugas Kepolisan.

Tugas-tugas polis memerlukan pemilihan alternatif yang terbaik daripada beberapa alternatif yang wujud bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilihat sebagai hanya salah satu daripada kaedah yang digunakan dalam tugas kepolisan, dan bukan “ an end to itself”. Maksud yang hendak dicapai dalam menjalankan tugas-tugas polis sebaik-baiknya ialah memenuhi matlamat-matlamat polis untuk melindungi nyawa dan harta benda sertamengekalkan kenteteraman awam. Olih itu kaedah-kaedah lain boleh digunakan selain daripada tangkapan, seperti melalui penyelesaian konflik ataupun amaran sahaja. Penguatkuasaan melalui tangkapan atau dengan mengeluarkan saman harus dilakukan hanya apabila ianya meprupakan cara yang terbaik untuk melindungi nyawa dan harta benda atau untuk mengekalkan ketenteraman awam. Undang-undang seharusnya tidak dikuatkuasakan semata-mata kerana ianya undang-undang. Pegawai-pegawai polis mempunyai pilihan yang lain untuk menyelesaikan masalah, untuk membolehkan matlamat pasukan polis dicapai dengan lebih effisen. Pegawai-pegawai polis harus mengamalkan budibicara dalam tugas harian mereka berdasarkan beberapa sebeb tertentu:-

a) Terdapat undang-undang yang kurang jelas maksudnya, oleh itu polis terpaksa membuat interprestasi sendiri dan memutuskan bagaimana untuk menguatkuasakannya.

b) Terdapat pelanggaran undang-undang yang kecil dan tidak memerlukan penguatkuasaan yang sepenuhnya.

c) Penguatkuasaan semua undang-undang sepenuhnya pada setiap masa akan mengasingkan orang ramai daripada Jabatan Polis dan menjejaskan sokongan mereka kepada polis dan system perundangan.

d) Penguatkuasaan semua undang-undang sepenuhnya pada setiap masa akan membebankan pihak mahkamah dan system pemulihan dan

e) Pihak polis mempunyai banyak tugas yang lebih penting yang harus dilaksanakan dengan sumber-sumber yang terhad, oleh itu keputusan yang bijak perlu diambil dalam menenapkan keutamaan penguatkuasaan.

5. Aspek-Aspek Akauntabiliti.

Masyarakat beranggapan bahawa polis adalah agen untuk memberi tekanan “ agent ofrepression” dan dimusuhi disebabkan tugas polis memelihara dan menjaga kedaulatan undang-undang. Kehakisan masyarakat terhadap polis mungkin akan mengakibatkan keburukan dari segi imej pasukan. Atas sebab inilah akauntabiliti polis amat penting bagi mendapatkan penghormatan serta kerjasama dari masyarakat umum. Anggapan “ justice must not be done but seen to be done” yang sering digunakan dalam prosiding mahkamah dan juga dikaitkan dengan tindakan eksekutif polis. Oleh hal yang demikian “ a shift towords more openness and transparency rather than closed nature of police action would have been sufficient measure to allay public concern, even if it has based on mora than suspicious” adalah perlu :

5.1. Aspek Formal

Aspek formal akauntabiliti adalah berkaitan dengan langkah-langkah “ statutory” dimana segala tindakan polis disemak dan diadili, selain dari menyediakan remedi yang secukupnya kepada pihak yang tidak berpuashati (aggrieved party). Contoh yang ketara sekali ialah undang-undang itu sendiri. Setiap salahlaku seseorang pegawai polis akan pasti dikenakan “criminal proceeding”. Penyiasatan keatas salahlaku ini mungkin dijalankan oleh pihak awam seperti, “Royal Commission of Enquiry” bagi kesalahan berkaitan dengan kekejaman ataupun oleh pegawai polis jika kesalahan tersebut diketahui memalui sumber dalaman.

5.2. Aspek Tidak Formal

Dari segi aspek tidak formal pula, setiap pegawai polis bertanggungjawab kepada pegawai penyelia yang terdekat sekali “ immediate supervisory officers” berkaitan tugas hariannya. Yang sering dilupai ialah tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Budibicara serta kebebasan untuk bertindak “independence of action” sentiasa diukur dengan ekpektasi masyarakat terhadap peranannya. Bagi pegawai peringkat atasan pula wujudnya darjah kebebasan yang luas kerana ia tidak dikenakan penyeliaanketat. Disini, fungsinya sebagai pembuat dasar adalah terselindung dari pandangan awam. Keterasingan inilah yang sering menjadi sumber kritikan memandangkan meningkatnya tuntutan pihak awam terhadap akauntibiliti polis.

6. AKAUNTABILITI DALAM POLIS

Akauntabiliti polis perlu dikawal melalui pihak berkuasa yang sah. Pihak mahkamah sering menjalankan kawalan, begitu juga badan legislative membuat pemantauan yang sama tetapi setakat melepaskan batuk ditangga. Terdapat golongan yang berpendapat bahawa tugas pemantauan ini harus dilaksanakan oleh pihak Jabatan Polis sendiri. Jika pengawasan yang dijalankan oleh Jabatan tidak memuaskan, maka ianya hendaklah diatasi dengan cara lain iaitu, Semakan Awam.

Reiss melihat isu ini sebagai:

“The issue of professionization of the police force is one of whether civil accountability will take the orm of an inqutry into an individual’s work within an organization. Whether it will take the form of accountability on an accupational organization of police or whether accountability rests with a local police organization system headed by a chief as the accountability officer”

Persoalan Reiss disini ialah samada budibicara seseorang pegawai ronda itu adalah sejenis yang “open to professionalization”. Beliau berpendapat, kecenderungannya adalah “ to professionlize the police organization rather than the police practice- the department rather than the individual”. Disini timbulnya persoalan samada tugas ronda itu memerlukan kebolehan professional. Beliau membuat kesimpulan dalam jangka masa panjang sebahagian dari aspek rondaan memerlukan tahap professional manakala aspek yang lain boleh dikendalikan oleh para teknician. Beliau menegaskan bahawa “such differentiationin occupational specialities” adalah perlu “ if we are to cope realistically with the problem of the police professionalism”.Secara rengkas peraturan tertentu perlu diadakan bagi mengawal tingkahlaku pegawai ronda berkenaan walaupun beliau telah “assumed to be fully fledged professional”. Pihak legislative dan mahkamah dikatakan mempunyai fungsi-fungsi kawalan tersendiri. Namun begitu kebanyakkan aspek pengawalan ini seharusnya dikendalikan oleh pihak Jabatan sendiri melalui pelyeliaan rapi, disiplin dan polisi-polisi terkini. Walau apa pun, pihak polis adalah bertanggungjawab kepada masyarakat diatas tindakan ahli organisasi mereka serta tindakan penyeliaan yang dilaksanakan. Ini bertujuan untuk menyakinkan masyarakat bahawa pasukan polis adalah sebagai “police of all the people”

7. KONFLIK DALAM AKUANTABILITI

Kerjasama antara polis dengan masyarakat saling memerlukan ibarat “enau dengan tebing” dimana masyarakat memerlukan pasukan polis untuk keamanan dan kesejahteraan, semtara polis pula memerlukan kerjasama masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan kerjasama untuk membenteras jenayah dan mengekalkan ketenteraman awam yang merupakan matlamat pasukan polis.Tugas polis yang komplek berserta dengan berbagai norma peraturan secara tidak langsung telah mengongkong tugas kepolisan, ini menimbulkan konflik dalam akuntabiliti.

Menurut Rubin : “ Terdapat konflik antara tanggungjawab polis memelihara keamanan, memberi khidmat kepada masyarakat dengan peranan untuk mencegah jenayah. Tuntutan supaya pegawai polis bersikap individualistic dan pada masa yang sama terpaksa mematuhi peraturan/disiplin organisasi juga menjadi punca timbulnya konflik dalam akauntabiliti”.

7.2. Law Officers v Peace Officers

Konflik dalam akauntabiliti yang paling utama timbul apabila komuniti mahukan polis memainkan peranan yang bercanggah.Disatu pihak, komuniti mahukan polis menjadi symbol autoriti untuk menguatkuasakan undang-undang dan mencegah jenayah. Dipihak lain pula, komuniti berkehendakkan polis memberikhidmat dan memelihara keamanan. Pada masa yang sama, mereka menolak kehadziran polis yang cuba menggunakan kuasa atau apabila polis menyusahkan mereka, atau apabila respons polis agak lewat. Keadaan ini telah menyebabkan polis merasakan tugas dan tanggungjawab yang mereka mainkan adalah mengecewakan. Polis dikehendaki oleh komuniti atau kumpulan masyarakat yandg sama menjalankan tugas yang BERLAWANAN pada satu masa.

7.3. Crook Cathing v Peace Keeping

Konflik antara apa yang polis lakukan (what they actually do) dengan apa yang sepatutnya mereka lakukan (what they think should be doing). Polis menghabiskan 80% daripada masa mereka memberi khidmat dan memelihara keamanan walaupun tugas utama polis ialah mencegah jenayah dan menguatkuasakan undang-undang. Rubin dalam merumuskan konflik dalam akauntabiliti, yang diharapkan (expectation) dan keadaan sebenarnya (realities) menulis, “ police are accupied with peace keeping but preoccupied with crime fighting”.

Akibat dari konflik ini, maka timbullah rasa bosan yang berpunca dari tugas-tugas yang rutin. Ramai yang memasukki perkhidmatan polis bercita-cita menjadi “crime busters or crime fighters” tetapi akhirnya mendapati masa mereka dihabiskan untuk rondaan iaitu “visible presence of government- as human scare cow – to keep crime and disoder away”. Rasa bosan dan kecewa yang wujud itu mengakibatkan berlakunya “ police harassment”. Ini jika berlaku, boleh merendahkan status polis pada pandangan awam. Lebih teruk lagi, kebosanan boleh menyebabkan pihak polis bertindak secara keterlaluan/berlebihan (over-reacting) dalam keadaan-keadaan dimana polis tidak sepetutnya bertindak demikian.

7.4. Fighting Crime v Interacting With Citizen

Konflik antara keperluan melaksanakan peranan “impartiality, without fear or favour” dengan hasrat untuk menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.Kebanyakan ahli masyarakat mehukan polis bertindak terhadap sesiapa sahaja mengikut undang-undang. Tetapi apabila mereka sendiri yang dikenakan tindakan, polis akhirnya tidak dapat sokongan dari kalangan ini. Ini akan menjejaskan usaha memelihara keamanan yang tidak akan berjaya tanpa sokongan masyarakat. Akhirnya akan wujud:-

· kelalaian dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab polis
· kesenderungan polis untuk mengurangkan penguatkuasaan undang-undang.
· Kecenderungan mengurangkan tangkapan.

7.5. Konflik Yang Mahukan Polis Menjalankan Tugas Dengan Lebih Cekap

Berikutan dengan tuntutan itu, penggunaan kereta peronda telah diperkenalkan untuk menggantikan rondaan bit secara berjalan kaki. Dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan melalui penggunaan kereta peronda ianya juga pada masa yang sama telah merenggangkan “personal contact” antara polis dengan masyarakat. Ini telah menyebabkan wujudnya “mutual distrust” dan“hostility”. Insiden seperti ini secara tidak langsung mengakibatkan wujudnya salah satu penyebab dan konflik akauntabiliti antara polis dengan mesyarakat walaupun pada awalnya konsep meningkatkan kecekapan rondaan mempunyai niat yang murni.

7.6. Enforcing Law v Maintaining Law

Kedua-dua tugas yang diperkatakan ialah menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman adalah dua bentuk tugas yang berlainan antara satu sama lain yang secara tidak langsung menimbulkan konflik. Tindakan polis untuk menitikberatkan peranan yang satu lagi akan terabai. Untuk mengatasinya pihak polis perlu menggunakan budibicara. Kadangkala sesuatu tangkapan itu membantu polis perlu memelihara keamanan dan dalam keadaan yang lain pula,ianya boleh menyebabkan keadaan huruhara.

Contoh:- Keadaan trafik diPekan Rawang begitu sesak dan tidak teratur kerana kenderaan diletakkan mengikut kehendak pemandu, ini berpunca daripada kurangnya tempat letak kenderaan. Tindakan saman oleh pihak penguatkuasa yang berlebihan akan menimbulkan kemarahan masyarakat dan ini akan menyumbang kepada keadaan ketenteraman awam. Sehubungan itu, budibicara harus digunakan untuk menangguhkan penguatkuasaan yang ketat sehingga terdapat kemudahan meletak kenderaan yang mencukupi.

7.7. Order v Rule of Law

Jerome Skolnick, menghuraikan perbezaan antara “order” dan “rule of law” serta percanggahan antara kedua-dua matlamat. Ini secara tidak langsung boleh menunjukkan arah kepada kelakuan polis.Rule of Law : menuntut agar tindakan polis lebih mengutamakan hak rakyat.
Order : mengutamakan “managerial effienciuncy” untuk memelihara keamanan melalui sebuah agensi yang sophisticated dan cekap. Dengan memelihara keamanan bermakna polis cuba mengawal perlakuan jenayah.

8. AKIBAT KONFLIK DALAM AKAUNTABILITI

Konflik dalam akauntabiliti polis telah menimbulkan berbagai reaksi, diantaranya ialah:-

8.1. Perasaan Marah Kepada Komuniti

Apabila perasaan ini timbul akibat dari konflik dalam akauntabiliti, kebanyakkan pegawai dan anggota polis beranggapan bahawa remaja dan meraka yang berpendapatan rendah terlibat dalam kebanyakan kejadian jenayah. Oleh itu kumpulan ini sering menjadi tumpuan ataupun sasaran polis semasa menjalankan siasatan. Drog, semasa menulis berkaitan pengalaman Pasukan Polis Bandaraya New York, mengatakan polis akan diserang, ditembak dan dicederakan oleh kumpulan yang telah mereka Bantu. Dengan demikian, ia telah menyemaikan rasa benci kepada sekumpulan ahli masyarakat, terutamanya yang berkulit hitam.

8.2. “US – Against – Them Attitude”

Satu lagi kesan ialah timbulnya sikap “us – against – attitude” dimana masyarakat dilihat sebagai musuh. Kajian Westley menunjukkan bahawa masyarakat melihat polis sebagai penceroboh, bullies, rasuah, tidak cekap dan ganas. Sementara polis pula menganggap sebahagian daripada masyarakat sebagai “hostile-angry motorists, enraged husbands & wives” pemabuk, penjenayah,”crooked businessmen, shoddy lawyers and judges who free the guilty”.

8.3. “Cop Culture”

Akibat dari keadaan yang beremusuhan itu, polis “resort to secrecy and violence” sebagai kesepakatan mereka terhadap masyarakat. Kekerasan digunakan sebagai tindakan yang membenarkan usaha memaksa “respect” dari masayarakat dan sebagai cara menguatkuasakan undang-undang.

“Secrecy” pula digunakan untuk melindungi penggunaan kekerasan yang tidak sah, untuk menwujudkan satu ikatan bersama dikalangan pegawai-pegawai polis untuk melindungi mereka daripada kalangan masyarakat yang “hostile”.Westley menyatakan, “Secrecy” merupakan perisai bagi menagkis pihak polis dari tohmahan/celaan dari kalangan masyarakat. Lapuran buruk pihak akhbar boleh menjatuhkan imej polis, kritikan awam, penjenayah sentiasa ingin tahu pergerakan polis dan undang-undang yang lazimnya dilanggar oleh pihak polis.

8.4. “Police Cynism”

Satu lagi akibat yang berepunca dari konflik dalam akauntabiliti ialah “police cynism”. Niederkoffer mentakrifkannya sebagai “perasaan benci, irihati dan bermusuhan… rasa tidak berdaya auntuk melahirkan perasaan tersebut terhadap sesaorang atau lapisan masyarakat yang menyebabkannya”
Cynism dikalangan masyarakat polis dikatakan terbit semasa dalam latihan asas dan ianya menebal apabila mereka terdedah kepada hakikat sebenar tugas, konflik dan kekusutan peranan mereka. Meraka terdedah kepada berbagai gelagat manusia (foolishness, madness, crookedness and cruelty) yang akhirnya membawa kepada wujudnya “protective cynism”, yang amat kepada kelangsungan pekerjaan mereka.

9. ULASAN/PENUTUP

Peranan polis telah ditetapkan oleh norma tertentu. Mereka tidak seharusnya melanggar undang-undang moral atau “legal conduct” semasa menjalankan tugas. Disamping itu mereka juga dikehendaki berkelakuan seperti yang ditetapkan oleh Etika Kelakuan (Code of Conduct) Jabatan selain daripada mematuhi semua undang-undang dan peraturan. Dalam keadaan ini, mereka dikongkong bukan sahaja dengan undang-undang tetapi dengan Hukuman Tetap Jabatan yang tegas. Apa yang dilakukan oleh ahli organisasi polis dan bagaimana mereka menjalankan tugas adalah tertakluk dalam batasan undang-undang dan juga bergantung kepada kehendak pihak berkuasa (kuasa politik yeng memerintah). Jika kuasa politik inginkan polis memainkan peranan yang memaksa “cohesive power”. Pihak polis akan melakukannya. Keadaan ini menunjukkan bahawa polis sentiasa berada didalam delima kerana terpaksa menjalankan tanggungjawab yang berbeza dan bercanggah. Walaupun tugas utama polis adalah mencegah jenayah, tetapi ,menurut satu lapuran “International Association of Commisioner of Police”, polis hanya menggunakan 10% dari masa mereka untuk tugas-tugas mencegah jenayah dan selebihnya digunakan untuk memelihara keamanan dan memberi khidmat kepada masyarakat.




1 comment:

PETA PELAYAR