FOLLOWERS

Sunday 28 December 2008

GENERALIZED AND EXPERT IN THE POLICING WORK. WHERE TO FOCUS

PENDAHULUAN
Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) adalah sebuah organisasi yang amat besar dari segi kekuatan dan kepelbagaian tugas pegawai dan anggota bawahanya. Dengan kekuatan yang kini hampir kepada 100,000 orang pengurusan dari segi sumber manusianya begitu penting agar aset yang ada ini dapat dieksploitasi sepenuhnya untuk mencapai misi dan visi PDRM mengikut Pelan Strategik 5 tahun ( PS5T ) yang telah dilancarkan pada 2006. Dengan begitu besar sumber manusia dan aset yang ada serta kepelbagaian tugas dan tanggung jawab maka pengurusan kedua-dua aset ini sudah semestinya menjadi satu keutamaan langsung.
Dilihat imbasan awal sejarah kepolisan Negara yang telah mencapai usia 201 tahun adalah bermula dengan berkuatkuasanya Piagam Keadilan (Charter Of Justice) di Pulau Pinang pada tahun 1807. Namun begitu, menyusuri sejarah awal peranan kepolisan negara,ia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang telah mewujudkan jawatan seperti Bendahara dan Temenggung yang bertindak sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang- undang yang menjurus kepada undang-undang adat atau undang-undang syariah.Penubuhan institusi polis yang moden dan sistematik telahbermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 yang menjadi titik permulaan kepada lahirnya pasukan polis di negara ini. Ketua Pasukan Polis yang pertama ialah Encik James Carnegy yang dilantik sebagai Sheriff bagi Prince of Wales Island (Pulau Pinang). Pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain. Negeri Melaka telah menubuhkan pasukan polisnya pada tahun 1827. Kedua-dua pasukan in kemudian bergabung membentuk pasukan Polis Negeri-Negeri Selat.
Manakala pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula telah ditubuhkan serentak dengan pembentukkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896. Kapten H.C Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri- Negeri Melayu Bersekutu yang pertama. Sementara itu, penubuhan pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula seperti negeri Johor, telah mula ditubuhkan pada tahun 1882, di negeri Kedah dan Kelantan pada tahun 1909 dan di negeri Terengganu pada tahun 1914. Di negeri Borneo Utara pula, pada 1862 pasukan Polis Sarawak ditubuhkan diikuti dengan Sabah pada tahun 1882. Setelah Tanah Melayu bebas daripada pendudukan Jepun, pentadbir British yang mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu telah mengabungkan pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah pasukan Polis Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur pada tahun 1946. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, nama pasukan Polis Malayan Union ditukar kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu dan diletakkan di bawah perintah seorang Pesuruhjaya Polis. Pada 16 September 1963, pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia dengan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara. ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis Diraja Malaysia Tarikh: 1 Sep 2008 )

PERANAN KEPOLISAN PDRM – EVOLUSINYA
Peranan kepolisan PDRM bermula dengan beberapa fas. Evolusi kepolisan PDRM dapat dijelaskan seperti berikut ;

· Era Kepolisan Tradisional Melayu
Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dgn peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.Bendahara ialah orang kedua tertinggi dan ia Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.
Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya. Ia juga bagi mengukuhkan kuasa sultan dan jajahanya .Peranan kepolisan pada masa ini lebih kepada aplikasi prinsip PEEL. yang pertama yang mengariskan peranan kepolisan berdasar pengujudanya adalah untuk menjaga ketenteraman dan mencegah jenayah. (Answer Com. http://www.answers.com/topic/sir-robert-peel . 1 Sep 2008 )

· Kepolisan Era Portugis dan Belanda
Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511. Tugas-tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir gunakan sistem
"Kapitan". 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka. Belanda perintah Melaka dengan sistem ketenteraan , kekalkan sistem 'Kapitan' .kemudian ditubuh pasukan 'Burgher Guard' apabila penduduk Eropah bertambah . Para pegawainya terdiri dari orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota orang Melaka. Ia dibawah Majlis Keadilan dan keanggotaan di kalangan orang Belanda . Penghulu meneruskan tugas-tugasnya .Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak. Ini menepati peranan kepolisan mengikut prinsip Sir Robert Peel iaitu penjajah menjaga keselamatan dan ketenteraman awam walaupun untuk kepentingan mereka. Walau bagaimanapun prinsip upah diprkenalkan kepada orang tempatan. Perlaksanaan mengikut prinsip Draconian. ( <http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia> . 1 Sep 2008 ).

· Era Kepolisan Moden di Malaysia
Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829. Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Patty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British.
Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis tetapi sebaliknya lebih dihormati.

· Era selepas Merdeka hingga kini
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia . Selepas Negara mencapai kemerdekaan tersebut, selain dari menjalankan tugas-tugas utama pihak polis, lebih menumpukan usaha untuk membenteras ancaman kominis di seluruh negara di samping tugas membenteras jenayah.

ISU-ISU DAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PDRM

Pada masa kini di lihat rakyat Malaysia begitu peka dengan persekitaran mereka. Perkara yang berkaitan hak-hak peribadi dan persekitaran mereka amat diambil berat. Ini berlaku kerana rakyat Malaysia kini lebih berpengetahuan luas dan tinggi. Di samping indek kehidupan juga semakin tinggi. Dengan yang demikian mereka lebih sensitif kepada hak-hak individu dan kebebasan. Kehendak mereka dan ekspetasi mereka kepada mutu perkhidmatann awam amat tinggi. Kecekapan, akauntibiliti dan tadbir- urus ( Good Governce ) yang baik amat dititikberatkan. Ia termasuk perubahan di dalam perhubungan di antara pihak polis ( PDRM ) dan masyarakat.
Menurut Chapman ( 1970 ), istilah polis lebih bersifat komprehensif, menyentuh segala benda berkait rapat dengan kehidupan dan kebajikan penduduk, mencakupi kuasa untuk mentadbir kepentingan di sesebuah bandar yang meliputi kepentingan masyarakat, aspek keselamtaan, moral, bekalan dan kebajikan penduduk. Jadi dengan pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini, pihak polis perlu menilai semula peranan dan fungsi serta tugas utama yang di jalankan oleh mereka. Ia samada menumpukan kepada tugas utama / khusus yang ditetapkan oleh undang-undang ataupun terlibat dengan tugas am yang lain yang tiada kena mengena dengan tugas polis yang digariskan oleh undang-undang.Banyak isu yang timbul sejak kebelakangan ini berkaitan dengan PDRM ialah isu seperti rasuah, kurang kecekapan, salah guna kuasa, kurang komitmen, tidak berdisiplin, integriti dan berbagai isu telah ditimbulkan oleh masyarakat serta diperingkat pemimpin kerajaan dan juga pembangkang. Mengikut Kajian yang di umumkan oleh Transparency International yang dikenali sebagai Global Corruption Barometer 2006 dijalankan secara soal selidik secara rawak di kalangan rakyat biasa di seluruh negara mengatakan :
” PDRM di letakkan sebagai agensi paling korup di ikuti parti politik, sektor swasta, parlimen (parliament / legislature), pendaftar dan pihak berkuasa yang memberikan permit, sistem kehakiman dan perundangan, percukaian dan media. Ini amat mencemaskan bagaimana polis yang merupakan elemen penting dalam menjamin keselamatan negara mula diragui ketelusannya. Persepsi ini perlu dibaiki segera Suruhanjaya seperti IPMC perlu disegerakan untuk mengembalikan imej PDRM. ” ( ,< http://chegubard.blogspot.com/2006/12/transparency-international-global.html > bertarikh 3 Sep 2009 )
Pelbagai lapisan masyarakat dan kalau dilihat di dalam internet di mana penulis-penulis blog termasuk mereka yang memberi maklum balas terhadap “ Bloggers “ tersebut amat menakutkan dan begitu buruk imej polis di kacamata mereka. Mereka antara lain mengatakan :
“ Persoalan kepada isu rasuah, jenayah dan integriti PDRM mendidih semula apabila tertonjol di tengah-tengah sfera masyarakat isu kehidupan mewah 40 peratus pegawai polis kita sebagaimana yang didakwa secara tertutup oleh pegawai tinggi BPR seperti yang ditulis oleh Tun Haniff Omar dalam kolumnya di The Star. Jumlah 40 peratus itu boleh sahaja diheret ke penjara kerana tersabitnya mereka dengan rasuah. ………………kes dakwaan rasuah terhadap Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (telah pun ditolak oleh Peguam Negara), kes pengadil karate Indonesia, Kolopita yang digodam polis sehingga cedera dan kes-kes lain yang dikaitkan dengan PDRM yang tidak mahu kita percayai seperti yang diungkit dalam akhbar arus perdana “.
(http://arah-kami.blogspot.com/2007/09/legasi-bukan-rasionalnya.html bertarikh : 3 Sep 2008 ).
Dari soalan Dewan Rakyat yang dikemukan persepsi masyarakat juga adalah mengenai pegawai dan anggota polis yang dilatih di pusat-pusat latihan polis adalah terdiri dari jurulatih-jurulatih yang ditukar ke pusat latihan berkenaan kerana masalah disiplin. Juga dikatakan bahawa kerajaan tidak mampu menyediakan perkhidmatan polis yang berkualiti kepada masyarakat kerana kekurangnan anggota. Selain itu pegawai dan anggota yang di hasilkan dari pusat-pusat latihan berkenaan tidak dapat menangani permasalahan-permaslahan yang dihadapi oleh rakyat negara ini. (http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?PHPSESSID=006559ec55c8aead63e8d698ea67d7e1;www;board=9 14 OKT 2008 ).

Menurut Dr Danison Jayasooria- Pesuruhjaya SUHAKAM berkata :
“ polis dan masyarakat adalah saling memerlukan. Dengan keadaan itu polis tiada pilihan lain selain dari berubah mengikut perkembangan semasa dan perlu “ enggaged ” dengan masyarakat dan sentiasa “ natural ” dalam semua situasi dan tindakan. Polis juga disarankan agar meningkatkan kualiti siasatan. Beliau juga mengatakan persepsi masyarakat terhadap polis masa kini ialah berkisar kepada isu rasuah , tiada tindakan dan salah guna kuasa ”. ( Verbatim seminar kepolisan masa kini pada 16 Okt 2008 Maktab Pegawai kanan Polis Kuala Lumpur ).
Mengapa keadaan ini terjadi ?. Ada yang berpandangan, sebahagiannya adalah berpunca dari tugas am yang dilaksanakan oleh polis. Dengan polis lebih dan mencampuri tugas am berkenaan maka PDRM dikatakan tidak boleh menumpukan kepada fungsi dan tugas sebenarnya. Ini ditambah dengan masalah keanggotaan yang kurang. Tugas am dan tugas serta funsi / peranan utama PDRM adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

TUGAS – TUGAS AM YANG DIJALANKAN OLEH PDRM

Tugas am yang dimaksudkan terdiri dari tugas am luaran dan tugas am luaran PDRM. Tugas am luaran antara lain termasuk :
Perjudian mesin slot.
Perlanggaran syarat lesen pusat-pusat hiburan.
Peningkatan kedatangan pendatang haram tanpa izin ( PTI ).
VCD tiada lesen B / VCD haram.
Kad pengenalan dan.pasport palsu
Penyeludupan.

Tugas am dalaman pula antara lain meliputi :

1.Kaunselor-kaunselor masalah rumahtangga /disiplin,
2.Tugas pentadbiran dan tugas pejabat.
3.Imam-jurunikah-BAKA.
4.Pembantu perubatan-First Aid trafik /bencana.
5.Kader-bantuan jabatan lain seperti di Kementerian kewangan, Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan, Kementerian pengangkutan ( pelabuhan-pelabuhan ) dan lain-lain jabatan.
6.Ahli sukan -120 sepenuh masa di Pulapol / 200 orang seluruh PDRM.
7.Urus majlis kahwin orang kenamaan / pegawai tinggi PDRM.
8.Muzik / orkestra dan kombo PDRM di beberapa negeri.
Jadi dalam kerangka penugasan harian pihak PDRM sering dipersalahkan dan dikambing hitamkan di atas masalah peningkatan dan kegagalan menghapuskan gejala perjudian mesin slot. PDRM juga dipersalahkan jika pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam tidak mematuhi syarat lesen seperti lewat menutup operasi contohnya. Selain itu sekiranya Pendatang Tanpa Izin ( PTI ) meningkat dan terlibat dengan jenayah, juga pihak polis dipersalahkan. Peningkatan VCD haram, VCD tiada lesen B, juga dipersalahkan kepada pihak polis kerana tidak mengambil tindakan. Dalam keadaan sebenar ini adalah tugas dan tanggungjawab utama kementerian dan jabatan lain. Pihak polis hanya sebagai stakeholder kedua / pembantu bukan sebagai pemain utama. Begitu juga tumpuan yang diberiakan untuk mengekang penyeludupan dan kad pengenalan serta pasport palsu. Kedua-dua tugas ini menjadi tugas dan tanggungjawab utama Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia dan juga Jabatan Imigresen dan Pendaftaran.
Pembaziran tenaga dan kehilangan tumpuan dalam tugas utama PDRM juga dilihat dari aspek tugas am di dalam organisasi sendiri. Tugas-tugas yang disebutkan di atas melibatkan pembaziran tegana yang bukan sedikit . Tugas-tugas ini dikatakan boleh diserahkan kepada pihak awam dan tenaga polis tersebut boleh diagihkan ke daerah-daerah dan balai-balai polis untuk menjalankan tugas sebenar polis.

Jadi di dalam menghadapi isu-isu dan cabaran semasa PDRM dan membina semula pasukan dari imej yang buruk. Sewajarnya PDRM menilai semula tugas dan fungsi utamanya. Ia samada memberi tumpuan kepada tugas khusus atau tugas dan peranan utama mereka ataupun masih meneruskan keutamaanya kepada tugas am. Fokus utama kepada tugas dan fungsi serta peranan PDRM dalam tugasnya adalah seperti di bawah.


TUGAS UTAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Apakah keutamaaan PDRM samada perlu fokus kepada tugas am atau tugas khususnya. Didalam perkara 140 perlembagaan persekutuan, telah dijelaskan dari segi penubuhan dan bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis. Di antara bidang kuasa dan tugasnya ialah:
“(1) There shall be a Police Force Commission whose jurisdiction shall extend to all persons who are members of the police force and which, subject to the provisions of any existing law, shall be responsible for the appointment, confirmation, emplacement on the permanent or pensionable establishment, promotion, transfer and exercise of disciplinary control over members of the police force:
Provided that Parliament may by law provide for the exercise of such disciplinary control over all or any of the members of the police force in such manner and by such authority as may be provided in that law, and in that event, if the authority is other than the Commission, the disciplinary control exercisable by such authority shall not be exercised by the Commission; and no provision of such law shall be invalid on the ground of inconsistency with any provision of this Part ”. ( Perlembagaan Pesekutuan Malaysia ).
Sebelum melihat di mana harus PDRM perlu fokus kita harus melihat dulu apakah tugas sebenar PDRM seperti yang digariskan mengikut undang-undang. Tugas utama PDRM jelas diperuntukkan dalam undang-undang iaitu di bawah seksyen 3 ( 3 ) Akta Polis 1967
“ 3. Constitution of the Police Force

(3) The Force shall subject to this Act be employed in and throughout Malaysia (including the territorial waters thereof) for the maintenance of law and order, the preservation of the peace and security of Malaysia, the prevention and detection of crime, the apprehension and prosecution of offenders and the collection of security intelligence.” ( Akta Polis 1976 ).
Selain itu tugas-tugas utama lain PDRM seperti yang ditetapkan di dalam Akta Polis 1967 ialah :
1. Sek 7 , perkhidmatan polis semasa darurat.
2. Sek 10. Menjalankan tugas di luar negara ( contohnya di dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ).
3. Sek 20 adalah bagi tugas-tugas am polis termasuk tugas-tugas lain seperti di sek 20 ( 3 ) yang menggariskan iaitu :
Without prejudice to the generality of the force-going provisions or any other law, it shall be the duty of a police officer to carry out the purposes mentioned in section 3(3); and he may take such lawful measures and do such lawful acts as may be necessary in connection therewith, including
(a) apprehending all persons whom he is by law authorised to apprehend;
(b) processing security intelligence;
(c) conducting prosecutions;
(d ) giving assistance in the carrying out of any law relating to revenue, excise, sanitation, quarantine, immigration and registration;
(e) giving assistance in the preservation of order in the ports, harbours and airports of Malaysia, and in enforcing maritime and port regulations;
(f) executing summonses, subpoenas, warrants, commitments and other process lawfully issued by any competent authority;
(g) exhibiting information;
(h) protecting unclaimed and lost property and finding the owners thereof;
(i ) seizing stray animals and placing them in a public pound;
(i) giving assistance in the protection of life and property,
(k) protecting public property from loss or injury;
(l ) attending the criminal courts and, if specially ordered, the civil courts, and keeping order therein; and
(m) escorting and guarding prisoners and other persons in the custody of the police.
4. Sek 21 pula tugas-tugas di jalan awam.
5. Sek 22 pula mengenai tugas menjaga harta tidak dituntut.
6. Sek 25. Kuasa memeriksa pesawat udara.
7. Sek 26 ialah mendirikan sekatan jalanraya
8. Sek 27. Mengawal perhimpunan, perjumpaan dan perarakan.
9. Sek 27 A. Kuasa untuk menghentikan aktiviti-aktiviti tertentu selain dari tempat awam.
10. Sek 28. Mengawal permainan muzik di tempat awam
11. Sek. 29. Mengawal lalulintas
12. Sek. 30. Mengawal pertunjukkan bendera.
13. Sek. 32. Membuat perintah bagi orang ramai berada di dalam rumah.
Manakala di dalam seksyen 50 akta yang sama menyebut:
“ 50. Duties and powers, etc.

The Yang di-Pertuan Agong may by rules or regulations prescribe the duties, powers and privileges of an auxiliary police officer and the area within which such duties, powers and privileges may be exercised or enjoyed by such officer “ . ( Akta Polis 1967 )
Di dalam kata lain tugas polis khasnya PDRM dapat disimpulkan dengan pengertian yang lebih luas iaitu PDRM sebagai agensi penguatkuasa utama yang mana tujuan penubuhannya ialah untuk menyediakan persekitran yang aman bagi kelancaran pembangunan. Juga ia menentukan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara dikekalkan. Inilah semangat di sebalik peranan dan tugas utama polis adalah dibawah seksen 3(3) Akta Polis dan seksen 20 Akta Polis.

Manakala fungsi PDRM boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu berbentuk mengatur (regulatory) dan bukan mengatur (non-regulatory). Tugas regulatory seperti mengawal trafik, pencegahan jenayah ,menangkap dan mendakwa pesalah. Tugas non-regulatory adalah seperti risikan keselamatan. Dr. Hassan Yusof ( 1987 ) mengariskan tugas polis ialah:

“ kepelbagaian tugas polis telah meletakan polis sebagai final authority keatas penguatkuasaan undang-undang dan menjaga keselamatan Negara “ . ( Hassan Yusof 1983 ).
Zakaria Hj. Ahmad ( 1979 ) pula menggariskan peranan dan tugas polis sesebuah negara adalah seperti berikut :
“ Peranan pasukan polis adalah dalam lingkungan yang ditetapkan oleh undang-undang sesebuah Negara dan mestilah diikuti untuk mengekalkan keadilan dalam pasukan tersebut. Arahan politik juga mustahak, tetapi pasukan polis kekal sebagai pasukan professional jika ianya bebas dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak ”.
Tugas polis menjadi lebih rumit di Malaysia oleh kerana masyarakat Malaysia yang berbeza dari segi kaum, agama, kebudayaan dan geografi. Rakyat mengharapkan pasukan polis yang cekap,bersih dan berwibawa.

Selain itu peranan polis yang dikenal pasti ialah.

Peranan dalam system keadilan jenayah.


Fungsi utama adalah dibawah seksen 3(3) dan seksen 20 Akta Polis dan pencegahan jenayah. Dalam hal ini Thomas J. Cahill Ketua Polis San Francisco mengatakan bahawa polis hendakah memberatkan hubungan manusia yang baik antara masyarakat. Tidak mudah menjalankan tugas dalam Bandar besar yang mempunyai pelbagai konflik kehidupan, tetapi ia adalah pekerjaaan yang mesti dijalankan sebaik mungkin. Polis mestilah faham hubungan baik antara polis dan masyarakat boleh dicapai dengan melalui usaha yang berhati-hati dan persekitaran yang rapi. Ia tidak boleh diharap tanpa berlaku melalui peluang atau tanpa perancangan seperti pada masa lalu ”. ( http://www.sfgov.org/site/police_index.asp?id=26275 Tarikh: 22 Ogos 2008 )

Pencegahan jenayah memerlukan hubungan dua antara polis dan masyarakat. Maklumat orang ramai adalah penting untuk menyelesaikan kes.Polis hendaklah menjalan tugas mengikut kuasa yang diberikan oleh undang-undang. Hanya dengan berbuat demikian polis dapat menjalankan tugasnya dengan saksama dan
adil….Perkhidmatan polis memang mempunyai banyak cabaran dan keperluan tenaga fizikal. Cabaran mental pula terus mendesak oleh kerana rakyat semakin sedar akan hak-hak mereka.
Peranan dalam pembangunan Negara.
Pembagunan Negara bermaksud proses berkaitan dengan kemajuan,kestabilan sesebuah Negara. Peranan ini berlaku apabila polis selalu diminta pandangan apabila undang-undang hendak dibuat atau dipinda dari aspek keselamatan dan implikasinya.
Peranan dalam “ state / nation building ”.
Bermaksud kepentingan nasional. Aspek penting dalam pemerintahan Negara dan luar Negara. Ia termasuklah persoalan berikut :
i. Keadilan Negara.
ii. Ketenteraman awam.
iii. Keselamatan sempandan.
iv. Kebebasan politik dari campur tangan asing.
v. Keharmonian rakyat.
vi. Nilai hidup budaya dan agama.
vii. Perlaksanaan kehendak rakyat dari aspek pembagunan ekonomi dan teknologi.
viii. Menaikkan imej pada peringkat antarabangsa.


Peranan perantaraan dan simbol kekuasaan.
Perantaraan sebagai penjaga keamanan dan pemeliharaan undang-undang antara kerajaan dan masyarakat. Perwakilan kuasa oleh badan perundangan kerajaan. Dalam hal ini Tom Bowden menegaskan bahawa dalam semua sistem politik, pihak polis menjadi senjata aktif untuk kemajuan negara dan ia juga adalah barisan hadapan negara. ( Tom Bowden 1978 ).Kehadiran polis menjamin keselamatan dan hak asasi masyarakat.


Peranan pendidik masyarakat.
Program berikut ditubuh untuk mendidik masyarakat dengan disiplin dan
tugas polis :


Kadet Polis.
Pasukan Sukarelawan rakyat (PVR).
RELA.
Rukun Tetangga.
Peranan pembagunan ekonomi Negara.


Pengurusan ekonomi memerlukan keadaan aman dan stabil. Sekiranya keadaan huru-hara sebarang kegiatan ekonomi tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Contohnya yang jelas apabila kesan kepada rusuhan kaum pada 13 Mei,1969. Ia juga menggalakkan industri pelancungan.


Peranan menjamin sistem demokrasi.


Tugas ini dapat dilihat apabila polis menjamin sistem pilihanraya berjalan dengan lancer,adil dan mengikut perlembagaan.Pasukan polis tidak dijadikan alat kerajaan yang memerintah untuk mengekalkan kuasa pemerintahan,walaupun Tom Bowden ( Tom Bowden 1978 ) berpendapat pasukan polis berpotensi dijadikan alat politik di sesebuah Negara`.
Peranan separa tentera. Struktur organisasi polis menyerupai pasukan tentera tetapi peranannya tertumpu kepada keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (bukan pertahanan dari luar Negara ). Tugas perhananan luar Negara dalam keadaann apabila diperlukan.

Inilah tugas teras PDRM yang sepatutnya diberi tumpuan dan keutamaan oleh pasukan pada masa ini. Ini kerana pada masa ini banyak isu yang melibatkan persepsi masyarakat terhadap PDRM begitu rendah kerana berpunca dari isu-siu yang tiada kena mengena dengan tugas kepolisan sebenar. Fokus kepada tugas sebenar kepolisan akan menaikkan imej polis dan sebaliknya akan berlaku Lihat sahaja isu yang menghantui PDRM sehingga kini. PDRM di katakan tiada integriti, rasuah, gagal menghapuskan perjudian, gagal menghalang kemasukan pendatang tanpa izin ( PTI ) dan sebagainya.


PRINSIP PENGURUSAN FAYOL


Henry Fayol menggariskan 14 prinsip pengurusan moden di dalam sesebuah organisasi iaitu :
Specialization of labour( Pengkhususan pekerja ).
Authority ( Kuasa ).
Discipline ( Disiplin ).
Unity of command ( Kesatuan arahan ).
Unity of direction ( Kesatuan matlamat.).
Subordination of Individual Interests ( Minat setiap individu pekerja ).
Remuneration ( Upah/Gaji ).
Centralization ( Pemusatan ).
Scalar Chain ( line of authority dan Skala rantaian arahan ).
Order ( Susunan ).
Equity ( Keadilan/Persamaan ).
Personel Tenure ( Tempoh Memegang jawatan ).
Initiative (Daya usaha).
Esprit de corps ( Semangat bekerjasama disertai Kesetiaan ).
( www.12manage.com/methods_fayol_14_principles_of_management.html - bertarikh : 10 Okt 2008 ).
Melihat kepada prinsip pengurusan Henry Fayol di atas, yang mengaitkan “ specialization ”, amat baik kepada sesebuah organisasi . Di antara kebaikan yang dinyatakan sekiranya pengkhususan diberi keutamaan di antaranya ialah ialah :
Pengkhususan mendorong kepada peningkatan mutu kerja / kualiti kerja / profesionalisme/ produktiviti yang berterusan.
Pengkhususan juga akan mendorong kepada peningkatan kemahiran yang berterusan dan juga perkembangan cara kerja;
Division of activity ( pembahagian aktiviti )
Allocation of responsibality ( peruntukan tanggungjawab ).
Distribution of work load ( pembahagian beban kerja ).
Pengkhususan juga boleh dilihat dari aspek :
i. Produk ( perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai ciri kemahiran tersendiri seperti AMRA, Forensik, Trafik ).
ii. Fungsi ( setiap jabatan/cawangan/unit mempunyai peranan dan tugas masing-masing ).
iii. Lokasi ( persempadanan semula daerah polis, penubuhan IbuPejabat polis Daerah / Balai Polis / Pondok Polis baru ).
iv. Pelanggan ( D11 : CPU – Child Protection Unit, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial : Unit Kad Kredit dan sebagainya. ).
v. Proses ( D4 – penugasan, Jabatan Siasatan Jenayah A & Jabatan Siasatan Jenayah B ).
vi. Logistik ( Pengangkutan, komunikasi, komputer ).
Menurut Fayol juga, walaupun “ specialization “ mempunyai banyak kebaikan tetapi ia juga memiliki beberapa keburukan antara lain :
• Boredom of doing the same routine work all the time. Difficulty in case of replacement, especially when the position needs a high skilled employee.
• Lack of organizational flexibility. This is usually noticed in business when a person say “ it is not my job to do so ". Employees tend to say so because of some reasons: either because they do not have the expertise outsidetheir field, or they don't want to work outside their specialization.
( Principles of Management: Concepts of Organizing CliffsNotes. http://www.cliffsnotes.com/WileyCDA/CliffsReviewTopic/Concepts-of-Organizing.topicArticleId-8944,articleId-8876.html . bertarikh 10 Okt 2008 )
Disebabkan “ specialization ” mempunyai beberapa kelemahan maka menurut beberapa penulis pengurusan organisasi ( Mohd. Hizam & Zafir 2003 ),: di mana di dalam organisasi yang lebih moden dan komplek, beberapa struktur organisasi telah di perkenalkan antaranya ialah :

i. Departmentalization
ii. Divisionalization
iii. Centralization
iv. Decentralization


Ia bagi mengatasi kelemahan yang disebutkan di atas di samping dapat meningkatkan penggunaan sumber manusia dan mengurang kos. Dengan kata lain ia bagi memantapkan lagi sesebuah organisasi dari segi fungsi dan peranannya.
Dengan lain perkataan “ specialization ” dalam skop yang lebih luas ialah pembahagian tugas dan fungsi PDRM dengan lain-lain jabatan kerajaan harusnya akan membawa kebaikan jika prinsip ini digunakan. PDRM boleh melaksanakan tugas am yang disebutkan di atas dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja seperti sekiranya PDRM diminta memberi bantuan dalam operasi-operasi bersama yang dijalankan atas dasar PDRM adalah pembantu dan operasi berkenaan ( jika tugas am ) , diketuai oleh agensi dan jabatan yang terlibat.


PRINSIP KEPOLISAN MODEN SIR ROBERT PEEL


Membahaskan di mana fokus PDRM samada tugas khusus atau tugas am dalam menjalankan tugas dan fungsi serta peranan kepolisan di Malaysia tidak dapat lari dari membincangkan 9 prinsip asas Sir Robert Peel iaitu prinsip kepolisan moden . Di antara 9 prinsip kepolisan moden Sir Robert Peel tersebut ialah :
1. Asas pengujudan polis ialah menjaga ketenteraman awam
2. Keupayaan dalam menjalankan tugas adalah berasaskan tindakan polis yang boleh diterima oleh masyarakat.
3. Penggunaan kekerasan fizikal akan hanya menyebabkan kerjasama masyarakat akan mula terhakis.
4. Bagi mengekalkan dan menjamin perasaan hormat masyarakat terhadap pihak polis , pihak polis mistilah menjaga dan menjalinkan kerjasama dengan masyarakat yang mematuhi undang-undang secara sukarela.
5. Untuk mengekalkan dan juga bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap institusi kepolisan bukan sahaja perlu mengambil kira pandangan mereka tetapi yang lebih penting sentiasa perlu menunjukkan institusi kepolisan telah memberikan perkhidmatan yang berlandaskan kepada undang-undang yang ada di sesebuah Negara.
6. Semua tindakan polis sepatutnya sentiasa tegas dan menuju ke arah fungsi mereka dan jangan memperlihatkan bahawa tindakan tersebut seperti menjatuhkan hukuman.
7. Ujian kecekapan dan keberkesanan polis ialah ketiadaan jenayah dan kehidupan masyarakat tenteram tetapi bukan kepada memperlihatkan tindakan polis menangani kedua-dua aspek tersebut.
8. Keperluan dalam penggunaan kekerasan oleh pihak polis hanya boleh dibuat setelah segala pujukan, nasihat dan amaran tidak lagi diendahkan bagi menjaga undang-undang dan mengekalkan ketenteraman awam.( Sir Robert Peel's Nine Principles of Policing, www.freerepublic.com/focus/fr/646023/posts )
Kesemua 9 prinsip di atas adalah merupakan prinsip kepolisan moden yang sepatutnya menjadi amalan dan teras utama dalam perkhidmatan PDRM pada masakini yang menghadapi imej yang begitu buruk.
Jika dipandang pada prinsip pertama di atas di mana asas keujudan polis adalah untuk menjaga ketenteraman awam. Oleh yang demikian bagi menjawab di mana tugas PDRM dalam menghadapi isu-isu dan cabaran masakini haruslah fokus pada fungsi dan tugas utamanya mengikut sek 3 ( 3 ) Akta Polis 1967. Jika ini dilaksanakan maka ia menepati dengan apa yang disarankan oleh prinsip Peel di atas. Dengan cara ini PDRM akan lebih khusus kepada tugas asasnya daripada membazirkan sumber dan tenaga yang begitu terhad untuk memberi tumpuan kepada tugas am yang mana menjadi tugas dan tanggungjawab lain-lain agensi.
Sekiranya PDRM memfokus pada tugas am seperti sebelumnya, sekiranya masalah timbul terhadap isu-isu berkaitan tugas am, maka PDRM akan dipersalahkan seperti sebelum ini. Contohnya perjudian mesin slot. Masyarakat beranggapan ini tugas PDRM. Yang sebenarnya adalah tugas Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan ( PBT ). PBT dalam isu ini hanya lepas tangan dan mengambil sikap membisu dan akhirnya PDRM diperlekehkan.
Prinsip Peel yang kedua iaitu keupayaan polis menjalankan tugas ialah adalah berasaskan kepada tindakannya yang boleh diterima masyarakat. Sekiranya PDRM terus fokus dan lebih memberi perhatian pada tugas am luaran seperti pusat hiburan melanggar syarat lesen iaitu beroperasi melebihi had masa, maka masyarakat akan terus menyalahkan pihak polis dan mereka tidak dapat menerima tindakan dan kegagalan PDRM dalam menangani isu ini.
Kalau dilihat pada prinsip Peel yang ke enam pula iaitu semua tindakan polis sepatutnya sentiasa tegas dan menuju ke arah fungsi mereka dan jangan memperlihatkan bahawa tindakan tersebut seperti menjatuhkan hukuman. Jadi jelas pihak PDRM semistinya fokus dan tegas dalam semua tindakan yang menuju ke arah fungsi mereka iaitu seperti yang digariskan di dalam sek 3 ( 3 ) dan sek 20 Akta Polis 1967.
Di dalam prinsip yang ketujuh ia mengatakan bahawa ujian kecekapan dan keberkesanan polis ialah ketiadaan jenayah dan kehidupan masyarakat tenteram tetapi bukan kepadamemperlihatkan tindakan polis menangani kedua-dua aspek tersebut. Oleh yang demikian PDRM semistinya fokus kepada tugas utamanya di bawah sek 3 ( 3 ) Akta Polsi 1967 di mana pembenteras jenayah agar kehidupan masyarakat lebih tenteram.
Berasaskan kepada prinsip “ specialization ” Fayol dan juga prinsip kepolisan moden Sir Robert Peel, PDRM juga hendaklah mengurangkan sebanyak mungkin keanggotaan pegawai dan anggotanya bagi menjalankan tugas-tugas am dalaman organisasi. Penugasan mereka hendaklah fokus dan digembeling bagi melaksanakan tugas-tugas utama polis seperti yang ditetapkan mengikut undang dan Akta Polis 1967. Tugas-tugas am dalaman organisasi sekiranya perlu , hanyalah kepada tugas-tugas yang amat mustahak contohnya dari menjaga kerahsian jabatan berkaiatan maklumat. Selain itu mereka hendaklah diarahkan menjalankan tugas-tugas kepolisan sebenar agar prinsip kepolisan moden yang digariskan oleh Sir Robert Peel dapat diimlementasikan. Ini kerana masyarakat merasa tidak selesa disebabkan jenayah meningkat setiap tahun. Jadi dengan pengembelingan tenaga sepenuhnya kepada tugas pencegahan jenayah serta melaksanakan seluas mungkin konsep “ Comunity Oriented Policing “ : ini akan memberi keyakinan kepada masyarakat kerana kes-kes jenayah dapat dikurangkan.

MANA KEUTAMAANNYA

Malaysia kini mengalami transformasi pembangunan dan pemodenan pesat yang mana ianya turut memberi implikasi kepada perubahan ekonomi, kawalan sosial dan pemikiran masyarakatnya. Ketidakseimbangan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat antara faktor yang turut mempengaruhi peningkatan kes-kes jenayah di negara ini. Kajian statistik menunjukkan peningkatan ketara jenayah indeks negara sejak tahun 1996. Pada tahun 1996 sebanyak 87,902 kes jenayah indeks dicatatkan berbanding tahun 2006 sebanyak 198,622 kes jenayah indeks dicatatkan bagi seluruh Malaysia. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110,720 kes atau 12.6 % peningkatan kes bagi purata setahunan. Constraints ini mempengaruhi transmisi perubahan sikap masyarakat tentang peranan mereka dalam pencegahan jenayah. Ke arah itu, pihak Polis perlu membentuk satu mekanisme yang akan mendorong dan meransang masyarakat untuk turut sama memainkan peranan dalam mencegah jenayah

RUMUSAN

Dapatlah dirumuskan bahawa polis sewajarnya memfokuskan tugasnya kepada tugas-tugas kepolisan sebenar dari melaksanakan tugas am seperti yang disebutkan di atas. Ini sudah semistinya akan meningkatkan imej PDRM di mata masyarakat kerana pihak polis dilihat lebih cekap dan berwibawa daripada melaksanakan tugas am yang lebih banyak membawa malapetaka yang tidak sepatutnya diterima oleh PDRM seperti sekarang. Tumpuan PDRM boleh ditumpukan untuk melaksanakan tugas kepolisan yang lebih kepada pelaksanaan 9 prinsip Peel di atas yang mana ini akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Akta Polis 1967 sepatutnya menjadi rujukan utama dalam penugasaanya.
Keutamaan yang disebutkan di atas juga disokong oleh kenyataan Gary W. Gordon dan Robert Sheehan ( 1999 ) yang menggariskan tugas utama pasukan polis adalah seperti berikut :
i. Police work initially had much more to do with maintaining order than with crime investigation.
ii. Police work became more involved with crimefighting, ang today, crime-related matters make up a substantial part of police work.
iii. Police officers have considerable discreation in performing their crime-fighting, law enforcement, and order-maintenance duties.
iv. Law enforcement is best understood as one means employed by police officers to solve problems, rather than as an end in itself.
Manakala Tun Mohd Haniff Omar pula berkata:
“ Polis tidak wujud darinya atau untuknya sahaja. Matlamat adalah untuk menberi perkhidmatan kepada masyarakat dan kegagalan mencapai objektif tersebut akan menyebabkan hilangnya keyakinan masyakarat yang dirasai dengan segera dan
kadang-kadang mungkin dalam masa yang agak lama…`.Aspek perhubugan polis dan masyarakat hendaklah diambil kira ”.
( Police and Society, Majalah Pengaman, April – Disember 1996 )
Dr.Mahathir Mohamad pula menegaskan bahawa PDRM sepatutnya :
“ Tanggungjawab pasukan polis ada berat. Dalam menunaikan tanggugjawabnya ,pasukan polis bukan saja dikehendaki menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat tetapi mestilah juga menumpukan kemesraaan hubungan dengan rakyat dan mendapat kepercayaan dari mereka Ini membolehkan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman Negara dijalankan dengan berkesan ”. ( Majalah Pengaman Jan-Mac. 1981 )
Setiap masalah dalam tugas polis sekarang ini adalah masalah hubungan dengan masyarakat. Penyelesaiannya bergantung kepada kerjasama polis dan masyarakat. Memperbaiki hubungan bukan saja dengan melancarkan program-program hubungan ,mengubah tatacara, praktik, tetapi juga memereksa semula sikap asas polis. Polis hendaklah belajar mendengar dengan sabar dan memahami orang ramai.
Louis Radelet ( 1998 ) pula mengatakan bahawa hubungan polis dan masyarakat bukan saja skim latihan dan mesin yang banyak, kecekapan teknikal yang lebih , atau lebih saikologi sosial kepada anggota polis tetapi hubungan polis dan masyarakat yang ideal adalah orientasi sepenuhnya ( Total Orientation) kepada sikap dan tingkahlaku dalam jabatan polis dan pada setiap peringkat organisasinya. Jika tidak hubungan polis masyarakat hanyalah kepura-puraan (gamesmanship) atau perkara yang memalukan. Jadi fokus PDRM buat masa ini ialah menumpukan kepada tugas utamanya seperti yangdigariskan di dalam Akta Polis. Tugas-tugas am dalaman organisasi hendak dikurangkan kalaupun tidak di hapuskan. Sementara itu tugas-tugas am luaran ornagisasi PDRM pula hendaklah dikurangkan sebanyak mungkin. Keterlibatan PDRM dalam tugas-tugas am luaran lain sepatutnya hanya bersifat membantu jabatan lain dalam operasi-operasi bersama yang dijalankan. Agensi yang bertanggung jawab sebatutnya mengetuai operasi-operasi ini dan pihak PDRM hanya memberi bantuan dari segi nasihat dan juga keanggotaan. Pihak PDRM sewajarnya tidak cuba menjadi juara dalam tugas agensi lain yang akibat jangka panjangnya akan menjejaskan nama baik PDRM.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR