FOLLOWERS

Sunday 28 December 2008

HAK BERDIAM DIRI ORANG YANG DITANGKAP DI MALAYSIA

ABSTRAK

Hak berdiam diri mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan pepatah 'nemo tenetur se ipsum accusare' (tiada sesiapa pun yang patut dipaksa mengkhianati dirinya sendiri) yang muncul disebabkan perasaan jijik dan marah rakyat terhadap Star Chamber. Criminal Justice and Public Order Act 1994 telah memendikkan hak berdiam diri. Keadaan ini serupa dalam jurisdiksi undang-undang umum yang lain. Asal-usul hak ini dan hak istimewa untuk tidak menggali kubur sendiri tidak begitu jelas. Berdasarkan kebanyakan penulis, hak dan hak istimewa ini disatukan semasa perjuangan keagamaan dan perlembagaan England pada abad ke-17. Akar-umbi perjuangan untuk mendapatkan hak ini dapat dikesan ke zaman John Lilburne, yang enggan mengambil sumpah di hadapan star Chamber bahawa beliau akan menjawab kesemua soalan dengan jujur tanpa mengetahui sebab soalan tersebut ditanyakan kepadanya dan tanpa mengetahui tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Akhirnya Court of Star Chamber dan Court of High Commission in Ecclesiastical Causes dihapuskan pada tahun 1641. Malaysia juga nampaknya telah mengikut dalam memendikkan hak ini dengan perlaksanaan “ no-silence provisions ” dalam Anti Corruption Act 1997, Anti Money Laundering Act 2001 dan Securities Commission Act 1993. walaupun statut ini adalah untuk jenayah yang spesifik sahaja, namun terdapat mereka yang mengatakan bahawa peruntukan semasa dalam kod Prosedur Jenayah tidak memelihara hak-hak ini. Tidak mungkin sebarang maklumat boleh diperoleh tanpa paksaan atau pujukan. Sistem yang sedia ada ini dikatakan sangat bahaya dan dengan jelas sekali tidak berlaku adil terhadap mereka yang dituduh melakukan jenayah, terutamanya bagi mereka yang tidak bersalah, kerana tidak dapat disangkal bahawa tertuduh yang tidak bersalah boleh disabit untuk jenayah semata-mata berdasarkan pengakuan yang dipaksa.

1. Pengenalan

Hak untuk berdiam diri ini dikurniakan oleh undang-undang umum dan statut. Andaian yang dibuat oleh undang-undang umum bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah disokong dengan hak berdiam diri ini. Persoalannya sekarang ialah apakah itu hak berdiam diri? Mungkin kategori dan aspeknya dapat disimpulkan seperti berikut:-

· Peringkat pra-perbicaraan– mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan yang ditanyakan oleh pihak penangkap;
· Peringkat semasa perbicaraan – mendiamkan diri kerana hak ataupun pilihan untuk menjawab atau tidak semasa perbicaraan;
· Akibat daripada pengamalan satu atau kedua-dua hak oleh tertuduh, iaitu, sama ada terdapat sebarang inferens yang bertentangan yang dapat dibuat daripada keengganan si tertuduh untuk menjawab soalan.

Walaupun kesemua aspek-aspek ini seringkali dilonggokkan sekali dibawah payung ‘hak berdiam diri’, namun setiap satunya sepatutnya diberi pertimbangan yang berlainan. Petunjuk yang bernas boleh diperoleh daripada ulasan yang dibuat oleh Mustill LJ dalam kes Director of the Serious Fraud Office; Ex parte Smith ( 1993, 1 AC 1, 31 ).

“ Setiap daripada kekebalan ini mempunyai kepentingan yang kukuh, tetapi fakta iaitu mereka semua adalah penting dan mereka semua memahami tentang perlindungan masyarakat daripada penyalahgunaan kuasa bagi mereka yang menyiasat sesuatu kes jenayah adalah mudah untuk beranggapan bahawa mereka mempunyai cara yang berbeza untuk menyatakan prinsip yang sama, pada hal sebenarnya mereka tidak berpendapat sebegitu. Secara terperinci, adalah perlu untuk menjelaskan motif yang menyebabkan mereka begitu taksub kepada English Law, jika tidak bantahan kepada kekurangan kepada sesuatu kekebalan akan menghasilkan golongan palsu daripada sesuatu persatuan, dan perbezaan, kekebalan biasanya terbentuk dibawah tajuk ‘hak untuk berdiam diri ”.

“Setiap satu daripada immunity ini adalah amat penting, namun disebabkan kepentingan ini dan juga disebabkan semuanya berkait rapat dengan perlindungan rakyat daripada penyalahgunaan kuasa oleh pihak penyiasat, maka menjadi mudah untuk mengandaikan bahawa ianya hanya cara yang berbeza untuk menyatakan perkara yang sama. Pada hakikatnya, ini bukan benar. “

Maka, adalah penting untuk membezakan antara hak untuk tidak menjawab soalan dan juga akibat daripada kengganan tersebut sebelum dan semasa perbicaraan. Dalam soal membezakan aspek setiap satu daripada hak ini, pastinya menjadi langkah kanan untuk memahami asal-usul dan sejarah hak ini terlebih dahulu.

2. ASAL USUL HAK MENDIAMKAN DIRI

Asal-usul hak ini dan hak istimewa untuk tidak menggali kubur sendiri tidak begitu jelas. Berdasarkan kebanyakan penulis ( Fernando, 1999 ), hak dan hak istimewa ini disatukan semasa perjuangan keagamaan dan perlembagaan England pada abad ke-17.

Akar-umbi perjuangan untuk mendapatkan hak ini dapat dikesan ke zaman John Lilburne, yang enggan mengambil sumpah di hadapan star Chamber bahawa beliau akan menjawab kesemua soalan dengan jujur tanpa mengetahui sebab soalan tersebut ditanyakan kepadanya dan tanpa mengetahui tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Akhirnya Court of Star Chamber dan Court of High Commission in Ecclesiastical Causes dihapuskan pada tahun 1641.

Kedua-dua mahkamah ini menjadi kurang disenangi pada tahun-tahun akhirnya kerana prosedur yang dijalankan dilihat sebagai oppressive, di mana hakim dibenarkan dan mempunyai kuasa untuk menyoal tertuduh yang berada di bawah sumpah. Tertuduh juga boleh diugut dengan hukuman supaya bersumpah akan bercakap benar dan kemudiannya boleh disoal siasat oleh mahkamah untuk menentukan sama ada tertuduh benar-benar bersalah atau tidak. Tambahan lagi, mahkamah ini boleh menyoal siasat tertuduh yang telah bersumpah walaupun tiada tuduhan dibuat, dan tanpa mengetahui apakah sebenarnya kesalahan yang kononnya dilakukan. Penyoal siasatan digunakan seperti ‘ekspedisi memancing’ untuk memancing dan menunjukkan bukti untuk menyokong suatu kesalahan yang belum lagi dikenalpasti kesahihannya ataupun kewujudannya.

Inilah prosedur yang menjadi bantahan kuat terhadap Courts of Star Chamber dan High Commission iaitu hakikat bahawa tertuduh boleh disoal tanpa memberitahu dakwaan spesifik yang dibuat terhadapnya.Dengan penghapusan pengamalan yang sedemikian, hak berdiam diri semasa disoal oleh pihak polis, dan hak berdiam diri semasa perbicaraan mempunyai sejarah yang berlainan tetapi yang berkait rapat. Maka:

2.1 Berdiam diri Pra-perbicaraan

Ini dikodkan pada 1912 apabila para hakim daripada Kings Bench Division merumuskan satu set peraturan yang khas untuk menyediakan garis panduan bagi soal siasatan ke atas tertuduh yang dikendalikan oleh pihak polis. Walaupun ‘Judges Rules’ tidak mempunyai kuasa perundangan, namun ianya senantiasa dianggap sebagai kayu ukur apabila berdepan dengan isu ketidakadilan ( 1998, 151 ALR 98 ).

‘Judges Rules’ dikenalpasti sebagai hak polis untuk menyoal suspek tetapi juga menyatakan bahawa polis dikehendaki membacakan hak suspek yang termasuk haknya untuk tidak mengatakan apa-apa dan juga apa sahaja yang dikatakan oleh suspek boleh digunakan sebagai bukti dalam kesnya. Dalam erti kata yang lain, ‘Judges Rules’ mengenakan tanggungjawab kepada pihak polis untuk memaklumkan suspek mengenai hak pra-perbicaraan mereka.

2.2 Berdiam diri semasa perbicaraan

Pengamalan penyoalan tertuduh tidak hilang sehingga abad ke-18. Apabila masuk kea bad ke-19. tertuduh tidak dibenarkan memberi bukti apabila berada di bawah sumpah walaupun ianya ingin berbuat demikian, iaitu, dianggap tidak adil untuk membenarkan tertuduh diperiksa semasa di bawah sumpah ( Easton, 1991 ). Maka mahkamah menhasilkan usul yang membenarkan tertuduh memberi pernyataan dan bukti tanpa berada di bawah sumpah.

Reformasi dalam hal ini berlaku dengan enakmen English Criminal Evidence Act 1898. peruntukan akta ini menyebabkan tertuduh menjadi saksi yang competent untuk pihak pembela. Ianya membenarkan tertuduh untuk memberi bukti di bawah sumpah tanpa dipaksa. Secara mudahnya, akta tersebut memberikan seseorang itu tiga pilihan:-

· Memberi bukti di bawah sumpah dan termaktub kepada soal siasatan.
· Memberi bukti tanpa sumpah yang tidak termaktub kepada soal siasatan, yang pemberatnya dianggap kurang daripada bukti yang dikemukakan oleh saksi dalam perbicaraan.
· Berdiam diri dan tidak memberi sebarang bukti, yang mungkin membawa kepada kesan kurang baik.

3. HAK BERDIAM DIRI DI MALAYSIA

Di Malaysia, hak ini dikendalikan di bawah undang-undang umum dan peruntukan seksyen 112 dan seksyen 113 dalam Malaysian Criminal Procedure Code (Act 593). Baru-baru ini, peruntukan statut telah menyebabkan hak ini semakin kurang tetapi ini hanyalah untuk kesalahan yang spesifik sahaja.

3.1 Berdiam diri pra-perbicaraan

Sebelum 1976, pernyataan tertuduh semasa penyiasatan polis tidak dapat dikemukakan sebagai bukti di mahkamah kecuali kalau dibuat di hadapan majistret. Selepas 1976, perubahan dibuat pada seksyen 112 dan 113 Kod Prosedur Jenayah. Peruntukan yang berkaitan ialah;-

Sek 112 KPJ

(2) “…Memperuntukkan bahawa seseorang itu boleh menolak untuk menjawab apa apa soalan yang mana jawapannya boleh cenderung menjadikan dirinya terlibat dalam pertuduhan jenayah atau denda atau kedua duanya:

Sek 113 CPC

(1)(ii) Dalam kes dimana keterangan yang dibuat oleh seseorang selepas ditangkap, kecuali pihak mahkamah berpuashati bahawa amaran telah diberikan kepadanya selepas ditangkap atau perkataan yang membawa maksud:

“Adalah menjadi kewajipan kepada saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan untuk berkata apa apa atau menjawab apa apa soalan, tetapi apa apa jua yang kamu katakan samada sebagai menjawab sesuatu soslan itu atau tidak, boleh diterima sevagai keterangan”…

(2) Tanpa memihak kepada mana mana maksud yang bertentangan di dalam mana mana undang undang bertulis seseorng tertuduh yang melakukan kesalahan dengan sub seksyen (1) memperuntukkan tidak akan dihadkan untuk menjawab apa apa soalan soalan berkaitan kes tersebut selepas apa apa tindakan seperti amaran seperti yang dinyatakan telah diberikan kepadanya.”

Dapat dilihat bahawa peruntukan statut di atas menyokong hak ini, oleh tertuduh apabila ianya diberkas dan disoal oleh polis, sama ada sebelum atau selepas dibacakan hak kecuali sekiranya tertuduh menggunakan alibi untuk membela diri. ( Teng Boon How v PP . 1993 ,3 MLJ 553 ,)
Mengikut trend juridiksi undang-undang umum yang lain, Malaysia telah, dengan pengenalan peruntukan yang baru, memendikkan hak berdiam diri[1] dalam statut yang berikut:

· Seksyen 38 (2) Securities Commission Act 1993 ( Act 498 ) which states:

(2) Such person shall be legally bound to answer all questions relating to such case put to him by the Investigating Officer of the Commission and to state the truth, whether or not the statement is made wholly or partly in answer to questions, and shall not refuse to answer any question on the ground that it tends to incriminate him.

Mana-mana tertuduh dikehendaki, di bawah undang-undang, untuk menjawab kesemua soalan yang ditanyakan kepadanya oleh pegawai penyiasat, sesiapa yang enggan berbuat demikian boleh dihukum di bawah seksyen 38 (5) dalam Securities Commission Act 1993.

· Kemerosotan hak ini menjadi semakin ketara apabila Parliament menghasilkan enakmen Anti-Corruption Act 1997 (Act 575) yang mana seksyen n 45 (3) menyatakan:-

you wish to say anything? If there is any fact on which you intend to rely in your defence in court, you are advised to mention it now. If you hold it back till you go to court, your evidence may be less likely to be believed, and this may have a bad effect on your case in general. If you wish to mention any fact now, and you would like it written down, this will be done."

Peruntukan yang serupa dapat dilihat dalam Anti Money Laundering Act 2001, seksyen 72.
Maka daripada kemunculan peruntukan sebegini dalam legislasi baru-baru ini, hak berdiam diri ini tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya dan walaupun begitu, hak ini sedang merosot. Sekiranya seseorang itu berkeras untuk pembisu setelah dimaklumkan tentang pendakwaan yang mungkin untuk sesuatu kesalahan, ini akan menyebabkan pembelaan semasa perbicaraan kurang dipercayau seperti yang dinyatakan dalam Anti Corruption Act 1997 atau Anti Money Laundering Act 2001 tak lebih teruk lagi, seseorang itu mungkin dihukum kerana melaksanakan hak seperti dalam Securities Commission Act 1993.

3.2 Berdiam diri semasa perbicaraan

Walaupun Kod Prosedur Jenayah tidak menyebut dalam peruntukkannya di bawah seksyen 173 ( j ) dan 174 (b ) mengenai elektif yang sedia ada bagi tertuduh apabila pembelaan dipanggil, namun kes undang-undang ( Sharma J in the case of Sanassi ( 1970. 2 MLJ 198) ada menyatakan bahawa terdapat tiga pilihan yang diberikan kepada tertuduh, iaitu:-

a) Memberi bukti di bawah sumpah dan termaktub kepada soal siasatan.
b) Memberi bukti tanpa sumpah yang tidak termaktub kepada soal siasatan, yang pemberatnya dianggap kurang daripada bukti yang dikemukakan oleh saksi dalam perbicaraan.
c) Berdiam diri .

Inilah yang memberi hak kepada tertuduh untuk membisu apabila pembelaannya dipanggil. Lagipun, kod ini tidak membenarkan tertuduh untuk dikritik sekiranya gagal memberi bukti.

4. CADANGAN HAK BERDIAM DIRI

Pengikut-pengikut penggunapakaian hak berdiam diri ini seringkali menyatakan bahawa ianya adalah hak yang diakui oleh undang-undang umum dan juga oleh instrumen antarabangsa bagi hak-hak kemanusiaan. Contohnya ;-

i) Article 14 (3) (g) of the International Covenant on Civil and Political Rights (http://www.tufts.edu/departments/fletcher/multi/texts/BH%20498.txt Tarikh 27 Sep 2009 ) yang menyatakan bahawa tiada sesiapa pun yang harus memberi pernyataan yang boleh menyabitkan dirinya sendiri atau mengaku bersalah.

ii) Article 6 of the European Convention on Human Rights ( http://ourworld.compuserve.com/homepages/ludwig_a_minelli/ourinfor.htm Tarikh 27 Sep 2009 ) berkaitan dengan hak kepada perbicaraan yang adil dan juga hak berdiam diri dan hak istimewa untuk tidak menyabitkan diri sendiri adalah sebahagian daripada perlindungan yang diberikan kepada tertuduh.

iii) Semasa International Criminal Tribunal Yugoslavia, ( http://www.un.org/icty/. Tarikh 27 Sep 2009 ) hak eksplisit dikurniakan dalam rule 42 (A) dalam Rules of Procedure and Evidence.

iv) Article 26 (6) (a) (i) of the Draft Statute for the International Criminal Court ( http://www.iccnow.org/ Tarikh : 29 Sep 2009 )yang diserahkan kepada United Nations General Assembly oleh International Law Commission, bukan hanhya memberikan hak berdiam diri, tetapi juga menyediakan fasal yang menyatakan bahawa kengganan bersuara tidak boleh diambil kira dalam menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak bersalah ( Munday,1996 ) .

Terdapat juga sebahagian orang yang menyatakan bahawa hak ini adalah hak yang dilindungi oleh Artikel 5 (1) dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “ Tidak ada seseorangpun yang akan dirampas nyawanya ataupun kebebasan peribadinya kecuali berdasarkan undang-undang”. Menggunakan ini, bersama-sama dengan kes Ong Ah Chuan ( 1981 ) 1 MLJ 64 ( P/ Council ) dan Haw Tua Tau ( 1981 ) 2 MLJ 49 ( P/ Council ) di mana Privy Council telah mengisytiharkan perkataan ‘undang-undang’ dalam Artikel 9 (1) dalam Perlembagaan Singapura[2] termasuklah prinsip keadilan semulajadi, terdapat mereka yang berpendapat bahawa hak berdiam diri adalah selaras dengan prinsip keadilan semulajadi, maka dipelihara dalam perlembagaan. Namun, isu ini telah diberi kata putusnya dalam kes Mazlan ( 1 SLR 512 1993 ) dimana Yong Pung How J menyatakan:

"..the right of silence has never been regarded as subsumed under the principles of natural justice. It is a rule which originated as being largely evidential in nature. To say that the right of silence is a constitutional right would be to elevate an evidential rule to constitutional status.. . Such an elevation requires in the interpretation of art 9 ( 1 ) a degree of adventurous extrapolation which we do not consider justified. It is not a mere matter of balancing the prejudice to the administration of justice resulting from depriving the court of relevant and important evidence against the interest protected by this right."

Dia menyatakan juga:

"In our opinion, this rule would have been given specific Parliamentary expression if the legislature had intended to guarantee full protection for it."

Dapat dilihat bahawa hak berdiam diri ini tidak dianggap sebagai dijamin oleh Perlembagaan, dan Parlimen adalah bebas untuk membuat legislasi yang akan melanggar hak-hak ini seperti yang telah dilakukan oleh Anti Corruption Act 1997 dan Securities Commission Act 1993.

Kumpulan pengikut yang ketiga ( Fernando . 1999 ) menyatakan bahawa pepatah perundangan "seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya" iaitu andaian tidak bersalah. Berikutan ini, sekiranya seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah seharusnya tidak akan berasa keperluan untuk membela dirinya. Idealnya, seseorang yang tidak bersalah tidak seharusnya perlu membela diri kerana ini dilihat seperti tertuduh sememangnya bersalah. Sekiranya terdapat tuduhan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk membuktikan bahawa tertuduh adalah bersalah.

Terdapat satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa hak berdiam diri dan pengandaian tidak bersalah sepatutnya berkait rapat. Sekiranya hak berdiam diri dimansuhkan, kita tidak boleh berpura-pura bahawa pengandaian tidak bersalah masih lagi dikekalkan. Seksyen 45 Anti - Corruption Act 1997 menyatakan bahwa tertuduh mengambil risiko mengalami inferens yang negative sekiranya berdiam diri manakala seksyen 38 (5), menjadi suatu kesalahan jika tertuduh tidak mejawab soalan yang ditujukan kepadanya. Maka untuk apakah patut seseorang yang tidak bersalah mengambil risiko mengalami inferens yang negative dan juga melakukan kesalahan hanya kerana seseorang itu mahu melaksanakan haknya untuk berdiam diri. Adakah ini bermaksud bahawa dalam bahasa statut, semua tertuduh diandai bersalah dan hak berdiam diri hanya bertujuan membantu dan melindungi mereka? Jika tertuduh benar-benar bersalah, menjadi tugas pendakwa untuk membuktikan perkara ini dan untuk mengumpul buktikannya tanpa membebankan si tertuduh.

Salah satu peraturan undang-undang membenarkan membuat inferens bahawa seseorang itu bersalah daripada kengganan bersuara tertuduh dan andaian awal tidak bersalah adalah tidak sesuai dan tidak logik. Terdapat tiga peruntukan dalam Anti Corruption Act 1997, Anti Money Laundering Act 2001 dan Securities Commission Act 1993, terdapat anjakan yang ketara dalam keseimbangan antara beban bukti dan juga dalam tanggungjawab pendakwa untuk mengukuhkan fakta bahawa tertuduh adalah bersalah tanpa bantuan tertuduh.

Pendapat yang keenam pula ialah, bahwa hak berdiam diri adalah penting untuk memelihara seseorang yang tidak bersalah dan harus dikekalkan. David ( 1989 ), dalam artikelnya, “ The Right of Silence ” memberikan beberapa sebab mengapa si tertuduh harus diberi hak ini:

i) Fakta mungkin kompleks, rentetan peristiwa diterbalikkan, jangka masa antara masa kejadian dan masa disoal panjang. Mental dan kebolehan berbahasa defendan mungkin terhad, maka menyukarkan defendan untuk menerangkan keadaan dengan jelas.

ii) …para pengamal seringkali mendapati bahawa klien mereka tidak mampu memberi keterangan yang koheren tanpa perlu picuan dari pernyataan pendakwa. Klien sepatutnya berada dalam keadaan yang tenang supaya dapat mengingat semula.

iii) Secara kontranya pula, kaedah penyoalsiasatan yang dijalankan oleh pihak polis seringkali menggerunkan, tidak disenangi oleh tertuduh serta ekstrem. Kedaan ini mungkin mendorong suspek untuk tidak memberitahu perkara yang sebenar secara keseluruhan, mengambil jalan pintas ataupun menipu semata-mata untuk mempercepat proses menyoalsiasatan. Si penyoal juga mungkin dengan sengaja tidak memberikan gambaran yang menyeluruh dengan harapan dapat menangkap tertuduh ataupun tidak fasih dalam kes tersebut.

Lord Diplock membuat pernyataan berikut apabila mengulas cadangan untuk memansuhkan atau mengubah hak berdiam diri dalam Criminal Law Revision Committee Report ke 11 1972:

“Although recognizing that it is not impossible, their Lordship would regard it as surprising if the distinguished English judges, jurists and legal practitioners who composed that committee should have recommended for adoption in England a procedure that was contrary to a fundamental rule of natural justice.”

Penyelidikan akademik seperti yang dijalankan oleh Roger ( 1994 ) menyatakan ini:

“At most abolition of the right to silence will lead to conviction in a very small proportion of cases which otherwise would have ended in no prosecution or acquittal.

But the benefit will have its costs in terms of extended trials and more miscarriages of justice.”

5. CADANGAN PEMANSUHAN HAK BERDIAM DIRI

Para penyokong pemansuhan hak ini telah menggarisi banyak argument yang menentang pengekalan hak ini. Salah satu daripadanya ialah tindakbalas semulajadi seseorang yang tidak bersalah apabila berdepan dengan dakwaan adalah untuk memprotes sambil menafikan segala dakwaan. Adalah cukup pelik sekiranya seseorang yang tidak bersalah hanya membisu apabila berdepan dengan tuduhan'.

Ulasan oleh jawatankuasa 11th Report of the Criminal Law Revision bahawa hak berdiam diri adalah tidak lagi diperlukan kadang-kala digunakan oleh pengikut pemansuhan untuk memansuhkan hak ini. Jawatankuasa ini telah menyatakan bahawa suspek mempunyai hak akses tanpa had untuk mendapatkan nasihat guaman (seksyen 58 dalam PACE 1984) dan perakaman penyoalsiasatan dalam seksyen 60 dalam PACE 1984, menyediakan perlindungan hak yang secukupnya untuk tertuduh. Maka mereka berpendapat bahawa tiada lagi keperluan untuk kewujudan hak berdiam diri ini. Namun begitu, keadaan yang sama tidak boleh dikatakan untuk Malaysia kerana hak untuk mengakses nasihat guaman dibawah art 5 (3) seperti yang telah dikenalpasti dalam kes Ooi Ah Phua ( 2 MLJ 198 ( F/Ct ). Tidak terdapat juga keperluan untuk merakam penyoalsiasatan ( Inspector General of Police Directive No: 47 dated 26th Feb 1973 ).

Terdapat pelbagai ulasan yang dibuat oleh para penulis dan jawatankuasa pengkaji undang-undang yang menyokong penghapusan hak berdiam diri ini:

i) Murphy 1988 mengatakan pula

"In the end, the problem outweigh its utility. It was perceived as an unnecessary encumbrance on modern criminal procedure, a protection no longer needed by the defendant."

ii) Jawatankuasa United Kingdom dalam Criminal Justice Act of 1982:

a) It is of no help to an innocent person to caution him to the effect that he is not obliged to make a statement. Indeed it might deter him from saying something which might serve to exculpate him. On the other hand, the caution often assists the guilty providing an excuse for keeping back a false story until it becomes difficult to expose its falsity.

b) It is illogical that, when the police have a duty to question persons for the purpose of discovering whether and by whom an offence has been committed, they should be required to tell a person being questioned that he need not answer.

c) To forbid it seems to us to be contrary to common sense and, without helping the innocent, to give an unnecessary advantage to the guilty. Hardened criminals often take advantage of the present rule to refuse to answer any questions at all, and this may greatly hamper the police and even bringing their investigations to a halt. Therefore the abolition of the restriction would help justice”.

6. KESIMPULAN

Hak berdiam diri mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan pepatah 'nemo tenetur se ipsum accusare' (tiada sesiapa pun yang patut dipaksa mengkhianati dirinya sendiri) yang muncul disebabkan perasaan jijik dan marah rakyat terhadap Star Chamber. Criminal Justice and Public Order Act 1994 telah memendikkan hak berdiam diri. Keadaan ini serupa dalam jurisdiksi undang-undang umum yang lain.

Malaysia juga nampaknya telah mengikut dalam memendikkan hak ini dengan perlaksanaan “ no-silence provisions ” dalam Anti Corruption Act 1997, Anti Money Laundering Act 2001 dan Securities Commission Act 1993. walaupun statut ini adalh untuk jenayah yang spesifik sahaja, namun terdapat mereka yang mengatakan bahawa peruntukan semasa dalam kod Prosedur Jenayah tidak memelihara hak-hak ini. Tidak mungkin sebarang maklumat boleh diperoleh tanpa paksaan atau pujukan. ( Mimi Kamariah 1984 ). Article 5 (3) menyatakan:

"Where a person is arrested he shall be informed as soon as may be of the grounds of his arrest and shall be allowed to consult and be defended by a legal practitioner of his choice."

Dalam kes Ooi Ah Phua ( 2 MLJ 198 1975 ) .( keputusan Mahkamah Persekutuan ) menyatakan bahwa walaupun hak ini bermula pada saat seseorang itu diberkas, namun ianya tidak boleh dilaksanakan segera. Keseimbangan harus dicapai antara hak tertuduh untuk merujuk kepada peguamnya dan tanggungjawab pihak polis untuk melindungi orang awam daripada pesalah dengan menangkap pesalah dan mengumpul bukti. Hak ini harus dilaksanakan tanpa perlu mengganggu penyiasatan yang dijalankan oleh polis.

Maka, walaupun terdapat hak untuk mendapatkan akses kepada nasihat guaman pada ketika diberkas dalam perlembagaan, namun terpulang kepada pertimbangan pihak berkuasa dalam penyiasatan untuk menentukan masa pada mana tertuduh dibenarkan akses ini. Mengikut pengalaman, jarang sekali si tertuduh dibenarkan mendapatkan nasihat guaman ketika diberkas ataupun sebelum tertuduh mengaku bersalah. Kebiasaannya nasihat guaman hanya dibenarkan selepas pengakuan diperoleh atau setelah aktiviti penyiasatan selesai. Pelbagai alasan akan diberi untuk melengahkan hak ini.

Sistem yang sedia ada ini dikatakan sangat bahaya dan dengan jelas sekali tidak berlaku adil terhadap mereka yang dituduh melakukan jenayah, terutamanya bagi mereka yang tidak bersalah, kerana tidak dapat disangkal bahawa tertuduh yang tidak bersalah boleh disabit untuk jenayah semata-mata berdasarkan pengakuan yang dipaksa.

Walaupun demikian, Negara jiran seperti Singapore ( Singapore Criminal Procedure Code Sections 121 and 122 ) dan Brunei (The Brunei Criminal Procedure Code Section 117 ) telahpun mengetepikan hak ini dan kami hanya menunggu masa untuk mengikut jejak langkah mereka. Tuntasnya, hak berdiam diri ini mungkin perlu memberi laluan kepada hak orang ramai dalam menghapuskan jenayah. Cukup berguna untuk melihat ulasan yang ada di dalam kes PP v Chin Seow Noi ( Unreported Hct Singapore )

"The efficacy of the maxim in the twentieth century has conspicuously diminished. It has undergone slow erosion with increasing legislation and the need for effective enforcement of the law in pressing areas requiring control of criminal conduct."

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR