FOLLOWERS

Sunday 28 December 2008

PROPOSAL PENYELIDIKAN KUANTITATIF

OLEH :
KUMPULAN 1

ABDUL AZIZ BIN MAJID
AZMAN BIN AYOB
ARIS @ ARIF BIN OMAR

CADANGAN TAJUK TESIS

1. TAJUK KAJIAN
MAT REMPIT DAN PENYALAHGUNAAN DADAH. KAJIAN DI KUALA LUMPUR.

2. PENGENALAN

‘Mat Rempit’ istilah yang diberikan kepada golongan remaja bermotosikal yang seringkali melakukan lagak ngeri atau aksi-aksi merbahaya di jalan raya sama ada secara solo atau berkumpulan seperti aksi ‘wheely’, berdiri di atas bahu teman lelaki dan sebagainya semasa menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya (Harian Metro, 20 Januari 2006). Kecenderungan untuk melakukan aksi-aksi ngeri tersebut bukan sahaja merbahayakan nyawa dan harta benda, tetapi juga merbahayakan orang lain (Utusan Malaysia, 17 Ogos 2006). Mat rempit adalah gambaran remaja bermotosikal yang gemar menunggang secara berkumpulan yang besar hingga menganggu ketenteraman di jalan awam dan tidak menghiraukan peraturan lalulintas. Kebanyakan motosikal yang digunakan tidak memenuhi piawai, atau telah diubahsuai
Mat rempit biasanya penunggang motosikal yang terlibat berlumba haram menggunakan motosikal kapcai atau skuter dan dikaitkan dengan kegiatan gangster, samun berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli (Hasanuddin, 2008)

Jika diperhatikan aksi-aksi ngeri yang dipertontonkan oleh golongan mat rempit adalah merupakan tindakan di luar batasan pemikiran yang normal.Tindakan-tindakan sebegini seringkali dikaitkan dengan pengambilan bahan-bahan terlarang seperti dadah, pil-pil khayal dan sebagainya. Kajian menunjukkan remaja yang terlibat dalam ‘kitaran ganas’ berada di bawah pengaruh pil-pil khayal, alcohol dan juga penggunaan dadah terlarang. Mereka akan sanggup untuk bertindak di luar batasan sehingga kepada tindakan untuk membunuh (Yahya Don, 1999; Goldstein, 1985; Goldstein, Lipton, Preble, Sobel, Miller, Abbot Paige, & Soto, 1984). Perlakuan remaja abnormal ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah (Ball, Shaffer, & Nurco, 1983; Carpenter, Glassner, Johnson, & Loughiin, 1988; Goldstein, 1985; Kandel, Simcha-Fagan, & Davies, 1986).

Aksi mat rempit tidak terbatas kepada perlakuan ketika melakukan tunggangan motosikal sahaja malah hingga melibatkan keganasan, menyerang pihak berkuasa termasuk polis yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang hingga mendatangkan kebencian awam di mana masyarakat menggesa mat rempit menghentikan perbuatan memandu lajudan cuai serta tidak memikirkan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain (Utusan Malaysia 26 Jun 2008). Banyak insiden melibatkan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan mat rempit sebagaimana serangan mat rempit ke balai polis Kubang Semang, Bukit Mertajam Seberang Perai kerana rakan mereka iaitu pelajar politeknik berusia 19 dan 20 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam perlumbaan haram (Utusan Malaysia, 17 Oktober, 2006). Serangan oleh kumpulan mat rempit menggunakan botol yang diisi dengan minyak petrol yang berlaku salah sebuah balai polis di Sungai Petani Kedah sambil menunggang motosikal (KOSMO , 28 September 2007 hlm.6).

Perlakuan ganas lain termasuk juga aktiviti mat rempit melanggar anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga menyebabkan kecederaan parah berlaku di sekatan jalan raya di Jalan Sultan Idris Shah (Utusan Malaysia, 20 Oktober 2007), mat rempit melanggar anggota polis Trafik Ibupejabat Polis Johor Bahru Selatan (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2008), mat rempit merempuh dua konstabel polis hingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak (Utusan Malaysia, 9 Februari 2008). Selain itu terdapat juga perlakuan dalam jenayah kekerasan di mana mat rempit melakukan samun dan rompakan di stesen minyak Jalan Bangsar Kuala Lumpur dalam keadaan disyaki di bawah pengaruh bahan memabukkan (NST, 3 Jun 2008). Terdapat juga perlakuan ganas aktiviti mat rempit menggunakan senjata maut mengamuk di kawasan awam hospital Selayang, Gombak Selangor (Harian Metro, 23 Ogos 2007).

Menurut Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Abdul Wahab Abdul Rahman, antara punca 78 orang yang terbunuh di Kuala Lumpur sepanjang empat bulan pertama 2008, disebabkan sikap pemandu yang negatif, mementingkan keseronokan tanpa mempedulikan keselamatan diri mahupun pengguna jalanraya yang lain, cuai dan suka memandu laju, gemar menunggang secara berbahaya dan terus memecut walaupun sewaktu lampu isyarat berwarna merah bagi menarik perhatian orang ramai (Utusan Malaysia, 28 Mei 2008).

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Datuk Seri Musa Bin Hj. Hassan menyatakan, Mat rempit di negara ini mula terikut-ikut cara hidup kumpulan Hell-Angel di Amerika Syarikat dan sedang menyebarkannya di kalangan ahli kumpulan yang lain, penularan ini amat membimbangkan kerana kumpulan Hell-Angel banyak terlibat dengan jenayah, penyalah gunaan dadah termasuk ganja, syabu dan heroin serta menjalinkan hubungan seks bebas (Utusan Malaysia, 1 November 2006).

Jesteru, kajian cuba mengupas samada terdapat faktor tertentu yang menyebabkan setengah remaja terlibat dengan kegiatan ‘mat rempit’ merempit dan penyalahgunaan dadah. Masalah ini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai pihak samada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Badan Sahsiah Politik seperti Putera UMNO, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), mengadakan pelbagai program, operasi pencegahan dan sebagainya hingga kerajaan mengadakan program PLKN sebagai salah satu usaha membenteras permasalahan mat rempit, namun ianya dilihat masih berleluasa. Walaupun kajian mengenai Mat rempit dan penyalahgunaan dadah tidak pernah dilakukan, di harapkan hasil kajian akan membantu pucuk pimpinan PDRM merangka pelan tindakan untuk membantu Ibu bapa dan pihak sekolah dalam mencegah gejala penagihan dan aktiviti negatif Mat Rempit seterusnya mengukuhkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan keyakinan kepada pihak guru-guru dan AADK untuk menangani masalah penggunaan dadah licit dan illicit di kalangan remaja Malaysia.


3. PERNYATAAN MASALAH

Pendedahan media tempatan menyelongkar banyak fenomena sosial yang bukan sahaja tidak terungkai dan kerap berlaku malah dilihat semakin menjadi-jadi dan menimbulkan keresahan masyarakat. Fenomena melibatkan kenakalan perlakuan remaja seperti terlibat dalam lumba haram motosikal atau kegiatan merempit, mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, memeras ugut, seks bebas, lepak, bohsia, ‘black metal’, ‘skin head’, penglibatan dalam perlakuan jenayah harta benda dan jenayah kekerasan, penyalahgunaan dan penagihan dadah, vandalisme, dan lain-lain telah melanda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah seluruh dunia. Keadaan menjadi lebih serius apabila permasalahan sosial ini bukan sahaja semakin meningkat begitu pesat bahkan melibatkan remaja pada usia muda. Tindakan ganas remaja khususnya ketika di jalan raya terhadap orang awam yang lain menjadi polemik dan menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat, kerana adanya golongan remaja yang terlibat dalam perlakuan sebegini dan ada juga yang tidak terlibat. Kajian menunjukkan remaja yang terlibat dalam perlakuan ganas berada di bawah pengaruh pil-pil khayal, alkohol dan juga dadah hingga ke tahap terlibat dengan jenayah kekerasan termasuk kesalahan bunuh (Yahya Don, 1999; Goldstein, 1985; Goldstein, Lipton, Preble, Sobel, Miller, Abbot Paige, & Soto, 1984).

Kajian-kajian menunjukkan remaja yang terlibat dalam aktiviti jenayah terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti mengambil pil-pil khayal, pil psikotropik, menghidu gam dan sebagainya (Yahya Don, 1999). Hal ini diperlihatkan melalui pertambahan penagihan dadah di sesuatu tempat akan membawa kepada peningkatan kadar jenayah dan insiden-insiden keganasan dalam masyarakat (Faupel, 1991; Goldstein, 1985; Mohd. Reduan Aslie, 1990; Ratner, 1993). Malah keadaan ini semakin membimbangkan apabila melibatkan golongan remaja di mana remaja yang terlibat dalam penagih dadah akan berada dalam keadaan luar biasa dan tidak dapat mengawal diri; boleh mendorong mereka bertindak ganas seperti menyerang, merosakkan harta benda awam, merogol atau membunuh (Yahya Don, 1999, 2004; Brody, 1990; Goldstein, 1985). Keadaan ini juga akan membawa kesan yang negatif kepada masyarakat di mana remaja yang mengambil dadah berkecenderungan mempunyai tahap pendidikan yang rendah, keruntuhan keluarga, kurangnya pengawasan sosial dan mempunyai status sosial yang rendah (Yahya Don & Mahmood Nazar Mohamed, 2003; Abraham & Teplin, 1990; Hawkins, Catalano, & Miller, 1992).

Fenomena ini memperlihatkan bahawa remaja yang terlibat dalam penagihan dadah bukan sahaja membawa kesengsaraan kepada diri sendiri dan merosakkan keharmonian keluarga tetapi penagihan dadah psikoaktif secara berleluasa dalam negara boleh menjejaskan kedudukan sosioekonomi dan keharmonian masyarakat (Yahya Don, 1999; Yahya & Mahmood Nazar Mohamed, 2003; Wilson & Kelling, 1982). Malah perselisihan dengan ahli keluarga yang lain, kecurigaan ibu bapa terhadap anak-anak muda, melemahkan perpaduan, kemajuan dan pembangunan masyarakat (Yahya Don, 1999; Abd. Ghafar Taib, 1992; Gardner, Green, & Marcus, 1994). Keadaan meruncing bila mana sering kali berlaku kesukaran pengawalan ibu bapa ke atas anak-anak, remaja tidak dapat menumpukan kepada pelajaran, kurang memberi perhatian soal-soal keselamatan dan kesejahteraan hidup, kesulitan kawalan dan sebagainya (Yahya Don, 1999). Kesannya negara juga akan mengalami kerugian daya pengeluaran dan sumber tenaga manusia yang besar akibat remaja terlibat dengan dadah (Yahya Don, 1999, 2000, 2004). Selain itu, akan berlaku pembaziran sumber kewangan akibat daripada kerosakan harta benda awam seperti keganasan, mencuri, merompak, membunuh dan usaha-usaha mengatasi kegiatan penagihan dan jenayah (Yahya Don & Mahmood Nazar Mohamed, 2003; Brochu, 1995; Raj Karim, 1992).

Keadaan ini semakin membimbangkan apabila masalah penagihan dadah dan perlakuan jenayah bukan sahaja melibatkan remaja, malah ianya sernakin serius melibatkan pelajar-pelajar sekolah (Yahya Don, 1999; Watts & Wright, 1990). Ini dapat diperhatikan melalui peningkatan yang serius dalam kes-kes juvana yang terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah. Perangkaan tangkapan mat rempit bagi tempuh kajian tahun 2003 hingga bulan September, 2008 menunjukkan sejumlah 3,900 tangkapan melibatkan 3,336 daripada bangsa Melayu, 300 Cina, 213 India dan 51 dari lain-lain bangsa. Perangkaan ini menunjukkan peningkatan yang amat ketara jika dilihat daripada tahun 2003 di mana hanya 494 tangkapan, dan terus meningkat kepada 699 pada tahun 2005 dan 964 tangkapan mat rempit bagi tempuh Januari hingga September, 2008. (Laporan Trafik, Bukit Aman 2008).

Sementara perangkaan tangkapan mat rempit di Kuala Lumpur bagi tahun 2006 mencatatkan jumlah 268 atau 43.50 peratus. Walaupun perangkaan ini dilihat kecil, namun jika tidak dibendung akan menjadi semakin besar dan lebih ramai murid dikhuatiri terlibat dengan jenayah dan menjadi mangsa kepada penyalahgunaan dadah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) (Yahya Don, 1999; Yahya Don & Mahmood Nazar Mohammed, 2003, 2007). Malah masalah psikososial yang diakibatkan oleh penyalahgunaan dadah ini, jika tidak dibendung dalam jangka panjang akan menyebabkan keharmonian masyarakat dan negara akan terancam (Yahya Don, 1999). Kehilangan perhitungan dan persepsi yang sempurna tidak membolehkan remaja membezakan mana yang baik dan buruk, maka masyarakatlah yang menjadi sasaran tindakan jenayah dan vandalisme mereka (Brody, 1995; O’Collins, 2003; Goldstein, 1985).

Fenomena ini bukan sahaja dihadapi oleh negara ini malah juga di seluruh dunia yang seringkali dikaitkan dengan masalah dadah, pengedaran dadah, keganasan dan jenayah terancang. Namun gelaran yang merujuk kepada kumpulan remaja bermotosikal berbeza mengikut persepsi masyarakat, kaum, budaya sesebuah negara atau kawasan seperti di Amerika kumpulan sebgini terkenal dengan Night Rider, Ghost Rider, Max Cam dan sebagainya (Clark, 2005; Scott, 2005; McLaren, 2004; Woods, 2004). Jesteru, Kuala Lumpur dijadikan sebagai satu kajian kes memandangkan akan dapat memberi gambaran penyumbang-penyumbang utama kepada peningkatan jenayah dan hasil kajian ini juga akan dapat memberi petunjuk kepada pihak PDRM dan juga lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang berhubungkait dengan remaja.


4. KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui hasil kajian maklumat mengenai kegiatan Mat rempit dan penglibatan mereka dengan masalah penagihan dadah dapat di kenalpasti. Malah dapatan kajian mengenai pengaruh faktor-faktor psikososial dan institusi persekolahan yang memberi kesan kepada penglibatan mereka dalam aktiviti merempit dan penagihan dadah akan dapat membantu pihak kerajaan (Agendi Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Kebajikan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi kerajaan yang signifikan) dalam merangka dan mengusahakan suatu program pencegahan dan pemulihan bagi Mat Rempit yang terlibat dengan pengambilan dadah berbahaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Secara tidak langsung, ianya dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha mengurangkan permintaan terhadap dadah dalam negara serta mengurangkan kadar vandalisme dan jenayah yang boleh merbahayakan harta benda awam dan menganggu ketenteraman dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia. Selain itu, melalui kajian ini dapat membantu Ibu bapa dan pihak sekolah dalam mencegah gejala penagihan dan aktiviti negatif Mat Rempit seterusnya mengukuhkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan keyakinan kepada pihak guru-guru dan AADK untuk menangani masalah penggunaan dadah licit dan illicit di kalangan remaja Malaysia.


5. OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk memperjelaskan sejauhmanakah pengaruh persekitaran psikososial dan institusi terpilih mempengaruhi kegiatan Mat Rempit dengan penagihan dadah di Kuala Lumpur. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:-
1. Meneliti hubungan aspek harga diri, pengaruh keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan institusi persekolahan dengan penggunaan dadah di kalangan Mat Rempit.
2. Mengkaji perbezaan aspek-aspek harga diri, pengaruh keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan institusi persekolahan di kalangan Mat Rempit berdasarkan faktor demografi (umur, pendapatan keluarga, jenis pekerjaan, dan tahap pendidikan).
3. Mengenalpasti aspek-aspek utama psikososial dan institusi yang mempunyai pengaruh terhadap penagihan dadah dalam kalangan Mat Rempit.
4. Meneliti sejauhmanakah aspek persekitaran psikososial dan institusi terpilih mempengaruhi penagihan dadah di kalangan Mat Rempit


6. SOROTAN LITERATUR

Kajian sebelum ini menumpukan pelbagai disiplin di bawah subjek permasalahan remaja. Kesignifikanan kegiatan merempit dan penyalahgunaan dadah dalam masyarakat Malaysia merupakan suatu yang baru. Kajian lalu mengenai permasalahan ini akan diutarakan dan dikupas untuk memberi gambaran sebenar samada perlakuan merempit dan penyalahgunaan dadah mempunyai hubungan dengan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.


6.1 REMAJA BERMOTOSIKAL DAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Menurut Foss & Godwin (2003), kes-kes kemalangan yang berlaku mempunyai kaitan dengan terlalu yakin akan kemahiran pengendalian kenderaan, keseronokan, memandu pada waktu malam, dan dipengaruhi oleh dadah dan alkohol. Golongan remaja seringkali melakukan aksi-aksi merbahaya di jalan raya dan bertindak ganas hingga menganggu pengguna-pengguna jalan raya yang lain (Edwards, 2001). Remaja yang mengambil dadah semasa memandu atau menunggang motosikal akan hilang tumpuan, kemampuan dan pertimbangan memandu yang semakin lemah dan pemanduan di bawah pengaruh dadah menjadi keutamaan oleh pihak polis (Australian Centre for Policing Research, 2003).

Kajian Baselt (2001), menunjukkan pengambilan dadah jenis amphetamine (ATS) meningkatkan keberanian dan kemahiran dalam pengendalian kenderaan. Kebanyakan kemalangan membabitkan motosikal dan kenderaan awam berkorelasi dengan pengambilan amphetamine (Australian Centre for Policing Research, 2003). Dadah perangsang (stimulant), khususnya amphetamine banyak dikesan melalui ujian darah ke atas penunggan motosikal, pemandu lori dan kereta. Kes kemalangan jalan raya juga berkaitan dengan pengambilan alkohol dan dadah. (Hunter et al., 1998).

6.2 TEORI PSIKOSOSIAL

Teori oleh Chien (1984) dan diperkukuhkan oleh Huizinga, Loeber & Thornberry (1994) yang menunjukkan peningkatan gang dan remaja berpeleseran akan meningkatkan vandalisme dan penagihan dadah. Kekukuhan kesatuan dan keupayaan bertindak liar dan mempertahankan kehendak ahli dilihat kekuatan remaja bergerak secara kumpulan. Mereka lebih cenderung melakukan keganasan dan jenayah di samping mempertahankan keutuhan bekalan dadah. Hubungan tingkahlaku vandalisme dan penyalahgunaan dadah di pengaruhi oleh beberapa faktor termasuk aspek harga diri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat dan institusi kekeluargaan (Chein, 1984). Remaja yang sering bertindak liar mempunyai kaitan dengan harga diri yang rendah dan penyalahgunaan dadah, tahap keyakinan diri yang rendah, memberontak terhadap masyarakat (Brady et al., 1995; Brody, 1990; Fagan & Chin, 1990).

6.3 PENAGIHAN DADAH DAN VANDALISME

Menurut Bureau of Justice Statistic (I995) pengambilan dadah dan pil-pil psikotropik akan mendorong manusia melakukan keganasan dan aksi-aksi yang merbahaya dalam tiga situasi iaitu, pertama dadah akan menyebabkan seseorang itu berani untuk bertindak atau melakukan aksi atau lagak ngeri, kedua kos dadah akan menyebabkan pengguna dadah melakukan keganasan dan jenayah untuk menyara tabiat ketagihan dan ketiga keganasan yang bercirikan pengguna dan penyalahgunaan dadah mempunyai hubungkait dengan penglibatan pengedaran dadah dan kegiatan gangterisme di kalangan remaja. Terdapat bukti yang jelas hubungan antara penggunaan dadah dengan keganasan dan vandalisme dan ianya boleh dirumuskan kepada tiga dasar utama iaitu, pertama laporan penagih dadah yang menyatakan bahawa mereka bergiat aktif dengan kegiatan vadalisme dan lebih berani bertindak di luar batas kemanusiaan berbanding dengan bukan pengguna dadah, kedua remaja yang kerap ditangkap melakukan vadalisme lebib banyak menggunakan dadah jika dibandingkan dengan remaja yang tidak mempunyai rekod jenayah dan ketiga jenayah dan vadalisme meningkat selari dengan penagihan dadah (Bureau of Justice Statistic, 1992).

Goldstein (1985) mengenalpasti tiga komponen utama yang mempengaruhi perlakuan vadalisme oleh penagih dadah dan pil-pil psikotropik iaitu, kesan psikofarmalogikal, dorongan atau naluri untuk melakukan aksi-aksi ngeri atau ganas dan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kumpulan atau gang. Kesan psikofarmalogikal yang disebabkan penggunaan dadah menyebabkan penagih dadah menjadi tidak rasional, tidak stabil dan cenderung ke arah perlakuan ganas. Dorongan atau naluri ke arah perlakuan ganas berlaku disebabkan tekanan dari rakan sebaya dan pengedar, untuk menjaga kepentingan ekonomi, melindungi pengedar dan mempastikan pasaran dadah di kawasan operasinya selamat.

6.4 ASPEK HARGA DIRI

Terdapat beberapa kajian yang melihat hubungan penagihan dadah dengan peningkatan vadalisme dan keganasan awam. Antaranya kajian yang dilakukan oleh National Institute of Justice (1993) ke atas individu-individu yang ditahan bagi kes-kes jenayah civil seperti mendatangkan kecederaan, membahayakan nyawa dan harta benda awam, meragut dan sebagainya, didapati mereka adalah penagih dadah berdasarkan ujian ke atas darah yang telah dilakukan. Kebanyakkan remaja yang terlibat dalam pengambilan dadah dan tindakan vandalisme mempunyai harga diri yang rendah. Kajian Abraham dan Teplin (1990) ke atas 728 pelatih pusat pemulihan Department of Corrections (CCDC) di Chicago antara November 1983 dan Disember 1984 mendapati perlakuan ganas dan jenayah mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah penagihan dadah. Harga diri mereka mempunyai hubungan yang negative dengan dengan peningkatan perlakuan vandalisme.

Goldstein, Brownstein, Ryan, & Beiluci (1989) mendapati perlakuan vandalisme mempunyai hubungan dengan dadah, di mana 39% akibat dengan penagihan dadah, 8% akibat kesan psikofarmalogikal, 2% berusaha mendapatkan wang dan 4% mempunyai hubungan satu atau lebih dengan gangterisme. Akibat pengambilan dadah dan kesan kesan psikofarmalogikal tersebut, remaja menjadi tidak stäbil, agresif dan mempunyai personaliti anti sosial. Kajian juga menunjukkan harga diri penagih dadah yang rendah mempunyai hubungan signifikan dengan perlakuan vandalisme.

Brady et al. (1995) melakukan kajian ke atas 82 orang penagih dadah yang sedang menjalani rawatan untuk melihat hubungan ganas, penagihan dadah dan harga diri. Hasil kajian mereka menunjukkan 60% sampel kajian mempunyai harga diri yang rendah dan tidak terkawal. Individu yang mempunyai pengalaman melakukan keganasan dan jenayah (n = 43) mempunyai harga diri yang amat rendah, berbanding dengan individu yang tidak terlibat dengan vandalime

Brody (1990) mengkaji tentang hubungan penagihan dadah kokain dengan tingkahlaku agresif di kalangan penagih dadah yang mendapat rawatan di Wad Rawatan Kecemasan (MED) di Hospital Grady Memorial, Atlanta, Amerika Syarikat. Kajian dilakukan di antara bulan Ogos 1986 dan Ogos 1988 dan sampel kajian terdiri daripada pesakit (penagih dadah kokain) yang telah melakukan pelbagai kegiatan vadalisme dan keganasan awam dan dirujuk oleh pihak polis atau ibu bapa. Keputusan kajian mendapati lebih separuh daripada mereka mempunyai harga diri yang rendah dan personaliti yang agresif pada masa mula mendapatkan rawatan dan mempunyai kecenderungan ke arah perlakuan ganas.

Kajian oleh Choo, Maznah Ismail, Navaratnam, & Hoo See Kong (1986) melihat profail psikososial antara penuntut di sekoiah menengah atas di Pulau Pinang yang mengunakan dadah dan tidak rnenggunakan dadah. Pengkaji membahagikan dadah kepada dua katogeri iaitu ‘dadah lembut’ merujuk kepada rokok dan arak dan ‘dadah keras’ merujuk kepada preskripsi yang boleh didapati (tranquilliser, barbiturates, stimulants, candu, ganja dan heroin) sama ada secara haram atau halal. Keputuan kajian menunjukkan secara relatif pelajar yang menggunakan ‘dadah keras’ mempunyai harga diri yang rendah. Mereka juga Iebih berani menghadapi risiko terhadap kerosakan harta benda.

6.5 PENGARUH KELUARGA

Terdapat juga kajian menunjukkan bahawa punca utama individu terlibat dalam masalah social dan penagihan dadah ialah kurangnya kawalan dan ibu bapa. Ini bermakna pengaruh keluarga merupakan satu variabel penentu yang penting dalam kemungkinan seseorang itu terlibat dengan merempit. Antara kajian yang memperlihatkan hubungan ini ialah kajian yang dilakukan oleh Watts & Wright (1990). Mereka melihat korelasi antara penagihan dadah dan perlakuan jenayah di kalangan remaja Mexican-American dan aspek keluarga, rakan sebaya dan sosioekonomi. Seramai 764 orang pelajar sekolah tinggi dan 165 remaja dan Texas Youth Commission (TYC) dipilih sebagai sampel. Keputusan kajian mendapati penggunaan dadah dan perlakuan vandalisme berlaku disebabkan kurangnya kawalan ibu bapa dan penggunaan dadah oleh ahli keluarga. Hasil kajian juga mendapati remaja Mexican-American dari keluarga kelas pertengahan lebih cenderung terlibat dalam aktiviti keganasan social dan jenayah. Pengkaji mendapati ianya disebabkan kurangnya asas penididikan kekeluargaan oleh ibu bapa dan tekanan silang budaya.

Huizinga et al. (1994) membuat kajian berpanjangan (longitudinal) untuk melihat hubungan penagihan dadah dengan perbuatan vandalisme di kalangan remaja di bandar. Antara bandar tersebut ialah Denver, Pittsburgh dan Rochester di Amerika Syarikat. Keputusan kajian menunjukkan peningkatan perlakuan vadalisme tersebut disebabkan oleh masalah hubungan ibu bapa (komunikasi, pengawalan dan konflik) dengan anak serta kemiskinan keluarga. Dapatan yang sama juga ditunjukkan oleh hasil kajian Beck (1988) yang membuat kajian ke atas 2,621 orang remaja lelaki dan dewasa pada tahun 1987 untuk melihat hubungan penagihan dadah dan perlakuan vadalisme dalam jangka panjang dipengaruhi oleh faktor keluarga dan rakan sebaya. Ganefski & Okma (1996) yang telah menganalisis data ke atas 2,8014 pelajar sekolah rendah yang berumur lima belas dan enam belas tahun juga menunjukkan terdapat hubungan antara pengaruh keluarga dengan perlakuan vadalisme di kalangan penagih dadah.

6.6 PENGARUH RAKAN SEBAYA

Kajian-kajian Brounstein (1989), Gamefski & Oknia (1996), Gardner, Green, & Marcus (1994), Nurco et al. (1998), dan Watts & Wrights (1990) mendapati penagihan dadah dan perlakuan ganas remaja adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hasil kajian mereka mendapati masalah di dalam keluarga seperti perpecahan keluarga, kurangnya didikan dan kawalan ibu bapa menyebabkan meningkatnya pengaruh rakan sebaya di kalangan anak-anak. Sebahagian besar anak-anak ini memperolehi tabiat menagih melalui pergaulan dengan rakan sebaya yang menggunakan dadah dan menghisap rokok.

6.7 PENGARUH MASYARAKAT

Pengaruh masyarakat ke atas individu penagih dadah juga menyebahkan meningkatnya masalah perlakuan vandalisme dan penagihan pil-pil psikotropik. Kurangnya keprihatinan ahli masyarakat kepada masalah penagihan dadah menyebabkan individu yang terjebak dalam ‘lingkarari ganas’ ini sukar untuk diatasi. Kajian oleh McGee & Newcomh (1992) mendapati pengaruh masyarakat rnempunyai hubungan yang signifikan dengan perlakuan vandalisme. Gardner, Green, & Marcus (1994) menyatakan masyarakat yang tidak terurus, kurangnya ikatan antara ahli masyarakat, pertembungan hudaya dan kecenderungan masyarakat ke arah penggunaan dadah mempunyai hubungan dengan penagihan dadah dan perlakuan-perlakuan vandalisme.

Berdasarkan kajian Wilson dan Kelling (1982) mendapati penagihan dadah akan memberi kesan kepada masyarakat dan segi keselamatan harta benda dan tempat tinggal. Pengkaji membuat rumusan kesan dan masalah tersebut, pemilik rumah perlu mengawasi segala harta benda mereka dengan berhati-hati, berlaku pembuangan sampah di merata-rata tempat, wujudnya kumpulan-kumpulan atau gang di sepanjang jalan, kejadian pecah rumah, perlacuran, adanya keluar masuk orang-orang yang sukar untuk dikenali dan kurangnya pergaulan antara ahli masyarakat. Keadaan ini akan mengurangkan aktiviti-aktiviti secara tidak formal ahli masyarakat yang boleh menyebabkan peningkatan kadar vandalisme.

Kajian-kajian di Malaysia mengenai pengaruh masyarakat terhadap penagihan dadah antaranya telah dilakukan oleh Dittmar, Ratnasingam, dan Navaratnam (1984). Mereka melihat sudut pandangan penagih dadah dan sudut pandangan masyarakat dalam aspek moral dan etika. Keputusan kajian mendapati penagih didapati telah menunjukkan sikap yang positif dalam aspek ini. Keadaan ini bertentangan dengan pandangan masyarakat bahawa penagih dadah yang sering menentang dan mengabaikan nilai-nilai masyarakat. Sikap ahli masyarakat yang negatif terhadap penagih dadah menyebabkan mereka merasa terasing dan akan mengulangi tabiat penagihan dan aktiviti vandalisme mereka.

6.8 PENGARUH INSTITUSI PERSEKOLAHAN

Kajian Johnston, O’Malley, & Bachman (1994) ke atas pelajar-pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat antara tahun 1975 hingga 1993 mendapati penggunaan dadah di kalangan pelajar disebabkan pelajar berada dalam keadaan tertekan. Bagi pelajar sekolah tinggi masalah ponteng dan disingkirkan dari sekolah jarang berlaku. Data yang ditunjukkan oleh National Crime Victimization Survey School pada pertengahan 1989 mendapati peningkatan penggunaan dadah disebabkan kemudahan mendapatkan bekalan dadah di kawasan sekolah. Kemudahan mendapatkan bekalan ini telah dilaporkan oleh pelajar sekolah awam (70%) dan pelajar sekolah swasta (52%). Kajian Gardner, Green, & Marcus (1994) dan Huizinga et al. (1994) mendapati kurangnya komitmen dengan sekolah mempunyai hubungan yang positif dengan penagihan dadah dan perlakuan-perlakuan vandalisme.

Bolton & Brown (1978) menjalankan kajian di 15 kawasan luar bandar di timur Tennessee di sekitar Knoxville. Kajian dilakukan ke alas 51 orang peragih dadah yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang, kehakirnan dan perkhidmatan kaunseling. Keputusan kajian menunjukkan masalah keluarga seperti perceraian ibu bapa, kurangnya pengawasan dan didikan, masalah kewangan keluarga, kurangnya kemudahan rekreasi, perubahan dalam nilai-nilai kemasyarakatan dan terhadnya peluang pekerjaan merupakan faktor positif ke arah peningkatan perlakuan vandalisme di kalangan penagih dadah di kawasan luar bandar.

Steven et al. (1996) mengkaji kadar penggunaan alkohol dan penagihan dadah di kalangan pelajar di The New Hampshire Substance Abuse Prevention. Kajian ini dilakukan terhadap 4,406 orang pelajar gred empat hingga gred dua belas. Sampel kajian juga diambil dan pelajar-pelajar luar bandar iaitu seramai 668. Pengkaji mendapati pelajar sekolah rendah yang mula menagih dadah secara signifikan mempunyai hubungan dengan pasangan rakan yang lebih dewasa menggunakan dadah. Mereka memnpunyai kecenderungan yang tinggi ke arah perlakuan vandalisme. Steven et al. (1996) juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sampel kawalan dengan kohot yang rnenggunakan dadah. Remaja yang tinggal di bandar lebih terdedah kepada perlakuan jenayah dan dadah kemudian dikuti remaja yang tinggal di bandar kecil dan komuniti luar bandar. Komuniti kota metropolitan mencatatkan peratusan tertinggi dalam perlakuanjenayah dan dadah(Edwards, 1995).



7. SKOP DAN LIMITASI KAJIAN

Fokus kajian adalah bagi melihat kepada sebilangan remaja dari sekitar Kuala Lumpur. Responden yang terlibat terdiri daripada 580 orang. Seramai 290 orang dalam kalangan remaja yang bermasalah yang pernah terlibat di dalam permasalahan mat rempit dan penagihan dadah dan mempunyai rekod polis dan juga 290 orang responden lagi dari kalangan mereka yang menonton perlumbaan haram dan pelakuan merempit dalam kalangan mat rempit.

Remaja dalam kajian ini merujuk kepada remaja yang berumur antara 16 hingga 25 tahun yang aktif dalam aktiviti merempit. Aktiviti merempit pula merujuk kepada kumpulan remaja bermotosikal secara berkumpulan dua atau lebih yang boleh menganggun pengguna jalan raya yang lain, menimbulkan masalah kepada ibu bapa, masyarakat dan penguatguatkuasa undang-undang. Sementara skop populasi mat rempit pula berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada pihak berkuasa dan yang berautoriti (key informants) yang terdiri daripada PDRM, penghulu, pegawai AADK, Imam, pegawai belia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk PENGASIH, PEMADAM. Jesteru, berdasarkan maklumat key informant, jumlah populasi mat rempit dikira dengan merujuk kepada kadar purata di sekitar Kuala Lumpur.

Ketepatan hasil kajian adalah bergantung kepada keikhlasan responden. Kajian ini juga hanya menumpukan kepada pengaruh persekitaran psikososial iaitu terdiri daripada harga diri, rakan sebaya, masyarakat dan institusi sekolah. Sementara pengesahan pengambilan atau penglibatan dalam dadah berdasarkan kepada ujian air kencing yang dijalankan dalam operasi berkenaan.



8. HIPOTESIS

Hipotesis dikatakan sebagai jawapan berbanding kepada permasalahan kajian dan boleh memberikan suatu pandu arah kepada kajian. Adalah menjadi harapan kajian ini akan dapat menambahkan bidang penyelidikan berkaitan permasalahan ini dan dapat digunakan oleh pucuk pimpinan PDRM. Beberapa hipotesis yang ingin dibuktikan antaranya:
H1: Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara aspek harga diri mat rempit dengan pengambilan dadah
H2: Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh keluarga mat rempit dengan pengambilan dadah
H3: Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh rakan sebaya mat rempit dengan pengambilan dadah
H4: Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh institusi persekolahan dengan pengambilan dadah
H5: Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh masyarakat dengan pengambilan dadah.
H6: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor umur, lokasi tempat tinggal, jenis pekerjaan ibu bapa/ waris, pendapatan keluarga, tahap pendidikan, dan jenis dadah dengan faktor psikososial iaitu aspek harga diri, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh masyarakat dan institusi persekolahan dalam kalangan Mat Rempit.


9. METODOLOGI PENYELIDIKAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh aspek harga diri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan institusi persekolahan terhadap penagihan dadah dalam kalangan Mat Rempit di Kuala Lumpur. Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan pengumpulan data bagi tujuan menguji hipotesis atau menjawab persoalan berkaitan situasi semasa Mat Rempit di samping menggunakan teknik korelasi untuk mengenalpasti hubungan antara dua atau lebih pembolehubah dan menggunakan bentuk hubungan ini untuk membuat ramalan.

Kajian menggunakan kaedah ‘survey’ yang dilakukan terhadap mat rempit di Kuala Lumpur dan Selangor. Analisa menggunakan kaedah frekuensi dan regresi untuk melihat perhubungan antara faktor mendorong kepada mat rempit dan penagihan dadah iaitu:-

i. Melihat pengaruh aspek harga diri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat terhadap penagih dadah dan perlakuan vandalisme dalam kalangan mat rempit.;
ii. Membuat perbandingan persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan gejala sosial remaja di antara responden yang pernah dan yang tidak pernah terlibat dengan jenayah tersebut;
iii. Menganalisa peramal-peramal yang mempengaruhi peningkatan permasalahan tersebut.

9.1 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang mengaplikasikan tinjauan keratan rentas berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden. Kajian ini akan dilakukan di Kuala Lumpur di mana kawasan aktiviti Mat Rempit akan dipilih secara rawak di negeri tersebut. Subjek kajian adalah responden yang dikenalpasti sebagai mat rempit melalui pemerhatian dan laporan pihak berkuasa berkaitan penglibatan mereka dalam aksi-aksi ngeri di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur.Selain daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Penjara Malaysia, kerjasama daripada Badan-bandan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pengasih, Pemadam, Pendamai, dan sebagainya akan diminta dalam membantu untuk mendapatkan maklumat mengenai responden kajian ini.


9.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian akan diperolehi melalui proses anggaran (estimation) oleh key informants secara purata berdasarkan maklumat yang diterima.Secara purata, mat rempit bagi Kuala Lumpur berjumlah 5,800 orang sebagaimana jadual di bawah:-

KUALA LUMPUR
POPULASI
Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan Raja Laut – Jalan Ipoh - Gombak
1,000
Jalan Tun Razak – Bukit Bintang - Pudu
1,700
Kerinchi – Bangsar (Jalan Maarof) – Pantai Dalam – Jalan Brickfields
1,500
Jalan Duta – Bukit Tunku - Damansara
1,600
JUMLAH
5,800


9.3 TEKNIK PERSAMPELAN

Subjek kajian dipilih berdasarkan persampelan bukan kebarangkalian (non-probability sampling). Oleh kerana populasi sebenar tidak diketahui, key informants dan kaedah pemerhatian tidak turut serta (non participant observation) penyelidik bagi mendapatkan maklumat. Sebaik mendapat bilangan mat rempit mengikut tempat, responden akan dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan saranan Krejcie dan Morgan (1970). Jumlah anggaran mat rempit di Kuala Lumpur dianggarkan sebanyak 5,800 orang. Jesteru, saiz sampel yang sesuai mengikut Krejcie dan Morgan (1970) ialah 580 orang..


9.4 INSTRUMEN KAJIAN

Satu set instrumen digunamelalui tiga kaedah untuk mengumpul data asas pada bahagian pertama kajian dan dijangka akan dipecahkan kepada lima bahagian iaitu:-

i) Maklumat demografi – maklumat latar diri responden, kekeluargaan, pengetahuan aspek undang-undang, penglibatan dalam aktiviti merempit dan penggunaan dadah (pernah atau masih menggunakannya)
ii) Aspek Harga Diri – menggunakan instrumen Coopersmith Self-Esteem (CSEI) (1967) yang terdapat 44 item untuk mengukur harga diri dan dibahagikan kepada empat sub skala iaitu diri, keluarga, rakan sebaya dan sekolah.
iii) Rakan Sebaya – untuk mengukur pengaruh rakan sebaya terhadap diri responden. Edwards (1993) mendapati individu mudah terpengaruh dengan tekanan rakan sebaya dan akan memenuhi gaya hidup sebagai asas penerimaan kumpulan.
iv) Masyarakat – untuk meneliti pengaruh masyarakat terhadap pengambilan dadah dan aktiviti merempit responden. Petty dan Cacioppo (1986) menyatakan persepsi ahli masyarakat mempengaruhi pembentukan diri individu.
v) Institusi Pendidikan – untuk meneliti pengaruh institusi tersebut terhadap kegiatan merempit dan penyalahgunaan dadah. Bruner (1991) dan Hamachek (1970) menunjukkan bahawa guru adalah faktor penting mempengaruhi peningkatan harga diri dan prestasi akademik pelajar.

Kaedah yang digunakan ialah mendapatkan maklumat melalui:-

i) Pengakuan dan ujian air kencing secara sukarela
ii) Operasi-operasi bersepadu trafik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
iii) Maklumat trafik dan tangkapan berkaitan kesalahan merempit Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967.

9.5 ANALISIS DATA KUANTITATIF

Data yang diperolehi akan dianalisis mengguna perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science). Analisis kuantitatif dibahagikan kepada dua iaitu:-
i) Melakukan Ujian Kenormalan (normality test) untuk menyemak dan menapis data bagi semua item ujian. Analisis kebolehpercayaan bagi setiap skala dan subskala dalam instrumen juga dilakukan. Data lain yang bersifat deskriptif dan pemerhatian responden seperti taburan frekuensi dan peratusan juga ditunjukkan.
ii) Ujian statistik SPSS digunakan untuk menganlisis data statistik inferensi. Analisis Korelasi Pearson dijangka akan gunakan untuk melihat perkaitan antara dua pembolehubah, analisis Varian Pelbagai (Multivariate Analysis – MANOVA), Ujian-t dan analisis Regresi Berganda (Multiple Regression Analysis).

Untuk mengenalpasti responden yang masih merempit dan yang telah bersara dari merempit, kaedah informan dan snowball dijangka akan dilakukan.


9.6 KAJIAN RINTIS

Kajian awal akan dijalankan bagi melihat kesesuaian instrumen kajian dalam pengukuran persekitaran sosial dan institusi pendidikan seperti aspek harga diri, pengaruh rakan sebaya, masyarakat dan institusi pendidikan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini akan dipastikan berdasar teknik alpha cronbach.

6 comments:

  1. wow... bagus, posting yg byk membantu!

    ReplyDelete
  2. cantek!!! maklumat yang berguna...teruskn usaha..

    ReplyDelete
  3. thank you, very good. teruskan usaha berkongsi ilmu...really appreciate it.

    ReplyDelete
  4. gambaran gaya pra-penulisan...untuk rujukan. tq

    ReplyDelete
  5. oZzy moved away a few months ago, I miss his cock,
    and i am always hungry for intercourse.
    FUCK MY PUSSY!

    my blog post: hcg injections

    ReplyDelete

PETA PELAYAR