FOLLOWERS

Sunday 11 January 2009

Keistimewaan (Privilege) untuk menghalang keterangan dikemukakan mengikut undang-undang

Keistimewaan adalah kuasa untuk menahan/menghalang (withhold) dari keterangan di kemukakan. Apabila seorang saksi mendapat keistimewaan dia tidak boleh dipaksa untuk menjawab soalan atau mendedahkan apa-apa keterangan walaupun keterangan tersebut relevan kepada fakta menjadi isu. Ini adalah pengecualian kepada peraturan umum di mana tidak ada orang boleh menghalang proses keadilan walaupun dengan menahan keterangan dari dikemukakan.Di dalam Akta Keterangan, komunikasi berikut adalah keistimewaan daripada didedahkan :

i. Seksen 122 – komunikasi semasa perkahwinan.
ii. Seksen 123 – Keterangan mengenai hal ehwal negara.
iii. Seksen 124 – komunikasi rasmi.
iv. Seksen 125 – maklumat mengenai perlakuan jenayah.
v. Seksen 126- 129 – Kumunikasi peguam dengan pelanggannya.
vi. Seksen 132 – keistimewaan dari terlibat dengan jenayah.

Seksen 132 – saksi tidak di kecualikan dari menjawab soalan atas alasan akan terlibat dengan jenayah.

Maxim : Nemo Tenetur Seipsum Accusare/prodere – tidak ada orang terikat untuk terlibat dalam jenayah dan meletakkan dirinya dalam bahaya ( no one is bound to incriminate himself and to place himself in peril ).

Di bawah seksen ini tidak ada saksi boleh menolak dari menjawab soalan atas alasan :

i. Akan terlibat dengan jenayah atau,
ii. Mungkin berkecenderungan secara langsung atau secara tidak lansung terlibat
dengan jenayah atau,
iii.Ia akan terdedah atau,
iv. Secara langsung atau tidak langsung terdedah kepada sebarang hukuman atau lucuthak.

Keistimewaan di bawah seksen 132 bukanlah mutlak :

i. Saksi adalah terikat untuk menjawab semua soalan samada dalam kes sivil atau jenayah.
ii. Semua jawapan yang terdedah kepada pendakwaan atau tangkapan sahaja yang di lindungi tetapi bukan memberi keterangan/jawapan palsu .
iii. Mahkamah hendaklah menerangkan terlebih dulu kandungan seksen 132 (2) kepada saksi, jika tidak saksi boleh menolak dari menjawab.

Chye Ah San V R [1954] MLJ 217 Hakim Spencer Wilkinson berkata

“Di England saksi tidak terikat menjawab soalan di mana ia akan cenderung terlibat dengan jenayah. Walau bagaimanapun di negara ini Maxim yang berkuatkuasa adalah berbeza kerana di bawah seksen 132 saksi adalah terikat untuk menjawab semua soalan sungguhpun ia akan terlibat dengan jenayah. Jika dia memberi jawapan tidak ada tindakan undang-undang boleh diambil kecuali memberi keterangan palsu”.

R V GA Philips [1936] MLJ 131

- Perlindungan di beri di bawah seksen ini hanyalah kepada saksi yang dipaksa oleh mahkamah untuk menjawab soalan.

Chean Siong Guat V PP [1969] 2 MLJ 63 hakim Abdul Hamid berkata

“Adalah tugas mahkamah sebelum memaksa saksi untuk menjawab soalan untuk menerangkan kandungan seksen 132 (2)”.

Adalah bahasa yang jelas di bawah sub-seksen 3, mahkamah hendaklah menerangkan kepada saksi sebelum dipaksa menjawab sesuatu soalan. Ini bermakna tugas mahkamah timbul apabila terdapat bentuk bantahan dari saksi atau peguam untuk menjawab soalan dan mahkamah memaksanya menjawab dengan penerangan terlebih dulu.

Kesan kepada keistimewaan/perlindungan yang diberikan.

Chua Ah Moy V PP [1965] 4 MC 58

– saksi yang diberi perlindungan tidak boleh dirujuk sebagai tidak boleh di percayai.

Isu : samada defendant yang diberi perlindungan adalah dikira sebagai saksi .

Television Broadcast Ltd.& Ors V Mandarin Video Holding Snd. Bhd [1983] 2 MLJ 346 hakim Chan berkata

“ seorang saksi adalah orang yang memberi atau mengemukakan keterangan, jika seorang memberi atau dipaksa oleh mahkamah memberi keterangan maka ia adalah juga seorang saksi”.

Dalam kes ini plantiff yang menjalankan pernyiasatan mempercayai defendant telah membuat salinan video secara haram dan tanpa kebenaran plantif. Plantif memohon arahan ex-parte atau dinamakan Anthon Piller iaitu mengambil tindakan tanpa memberi notis kepada pihak terlibat iaitu defendant kerana bimbangkan sukar mendapat keterangan dan plantif ingin menangkap defendant secara mengejut. Defandent membantah tindakan demikian kerana ia mempunyai keistimewaan dari terlibat dengan jenayah. Mahkamah memutuskan seperti berikut

“Di negara ini keistimewaan perlindungan dari terlibat dari jenayah telah dikeluarkan: Seksen 132 Akta Keterangan. Dalam peruntukan seksen 132(3) arahan Anton Piller hendaklah ubah suai untuk membawa maksud seksen 132(2). Defendant mestilah diberitahu bahawa jawapan yang diberikan kepada arahan yang dikeluarkan tidak akan membawa mereka dalam bahaya akan ditangkap atau pendakwaan kecuali memberi jawapan palsu kepada jawapannya”.

( in this country the privilege against self-incrimination has been withdrawn: section 132 of the Evidence Act 1950. In view of s 132(3), the Anton Piller order had to be modified to carry a statement in terms of s 132(2). The defendants must be informed that the answers given by them in response of the order will not subject them to the risk of arrest or prosecution and that their evidence will not be used in any criminal proceedings, except a prosecution for giving false evidence by their answers).

PKM Rajah V Worldwide Commodities Sdn.Bhd & Ors [1985] 1 MLJ 86
– Hakim Zakaria berkata “ Seorang saksi adalah orang yang memberi keterangan secara bersumpah di dalam mahkamah atau dihadapan tribunal kehakiman dan mereka boleh dibuat pemereksaan utama, pemereksaan balas dan pemereksaan semula. Defendant pula tidak boleh dikatakan sebagai saksi kecuali dia dengan sengaja bersetuju untuk memberi keterangan. Defendant boleh berdiam diri tanpa memanggil pembelaannya dan mahkamah tidak boleh memaksanya menjawab. Defendant boleh bergantung kepada keistimewaan perlindungan terlibat dengan jenayah. Keputusan kes ini telah di persetujui oleh mahkamah tinggi Singgapura dalam kes :

i. Riedel – de Haen AG V Liew Keng Pang [1989] 3 MLJ 400.
ii. Guccio Gucci SPA V Sukdar Singh [1992] 1 CLJ 278.

Seksen 123 hendaklah dibaca bersama dengan seksen 162(2).

123. Evidence as to affairs of State

No one shall be permitted to produce any unpublished official records relating to affairs of State, or to give any evidence derived there from, except with the permission of the officer at the head of the department concerned, who shall give or withold permission as he thinks fit, subject, however, to the control of a Minister in the case of a department of the Government of Malaysia, and of the Chief Minister in flee case of a department of a State Government.

162. Production of documents and their translation

(2) The court, if it sees fit, may inspect the document unless it refers to affairs of State, or take other-evidence to enable it to determine on its admissibility.

Tidak ada definisi hal ehwal negara di dalam Akta Keterangan. Ianya berdasarkan keadaan sesuatu kes dan diputuskan berdasarkan merit sesuatu kes. Pertimbangan utama adalah samada ianya akan menyebabkan kecederaan kepada kepentingan awam. Jelas sekali pendedahan suratan cabinet dan perkara bersangkut dengan keselamatan awam atau hubungan diplomatic dengan negara asing akan menjejaskan kepentingan awam.

Isu : Jika terdapat keistimewaan adakah affidavit berbentuk sijil dari Menteri atau ketua menteri sudah mengcukupi dan adakah mahkamah boleh mengarahkan pemereksaan.

Kedudukan di England.

Duncan V Camnell Laird & Co. Ltd [1942] AC 642 dan Ellis V Home Office [1953] 2 QB 135
– Mahkamah adalah terikat untuk mengikut sijil yang dikeluarkan oleh menteri untuk tidak mengemukakan apa-apa kandungan dokumen yang boleh menjejaskan kepentingan awam.

Walaubagaimanpun dalam kes Conway V Rimmer [1968] 2 AC 910

Mahkamah memutuskan interpretasi yang dibuat dalam kes Duncan adalah salah. Mahkamah boleh melihat kepada dokumen yang diberi sijil oleh menteri tanpa menunjukkan kepada pihak yang terbabit dan selepas itu akan membuat keputusan akan justifikasinya.Kedudukan di England adalah pada kes Conway. Mahkamah boleh memereksa dokumen dengan syarat tidak ada arahan boleh dikeluarkan ( arahan mendedahkannya) jika dibuat akan menjejas/memudaratkan kepentingan awam.

Kedudukan di Amerika.

Mahkamah berterusan menolak kuasa mutlak badan eksekutif melarang pendedahan maklumat hal ehwal negara.

Kes yang mengepalai adalah United State V Reynolds [153] 35 US 1.

Dalam kes ini beberapa orang awam pemerhati menaiki kapal terbang tentera untuk menguji peralatan letronik rahsia. Semua mereka terbunuh apabila kapal terbang tersebut terhempas dan isteri mereka membuat tuntutan ganti rugi kepada kerajaan. Lapuran kemalangan dibuat tetapi kerajaan enggan mengemukakan atas alasan ia adalah keistimewaan (privilege). Mahkamah menolak kuasa eksukutif dalam soal pengemukaan lapuran. Mahkamah mengambil kira rahsia kerajaan, tetapi untuk memastikan ianya rahsia kerajaan adalah fungsi kehakiman dan jika mahkamah berpuas hati dengan mendedahkan perkara ketenteraaan akan menjejaskan keselamatan negara, maka mahkamah akan menghalang ia didedahkan.

Di Australia ,mahkamah membuat keputusan affidavit dari menteri adalah tidak konklusif dan mahkamah boleh memanggil dokumen dan memereksanya bagi menentukan kesahihan tuntutan.

Keputusan dibuat dalam kes Robinson V South Australia [1931] AC 704

di mana mahkamah di Victoria dan New South Wales mempunyai kuasa untuk mengenepikan kuasa eksekutif yang mendakwa keistemewaan kecuali dalam hal pertahanan dan perkara negara.

Di New Zealand dalam kes Corbertt V Social Security Commission [1962] NZLR 878

Mahkamah enggan mengikut keputusan dalam kes Duncan dan lebih suka mengikut kes dalam kes Robinson.

Di India dan di Malaysia undang-undang mengenai sabjek ini terdapat dalam seksen 123 dan seksen 162 Akta Keterangan.

Uttar Pradesh V Raj Narain AIR [1975] SC 865

Mahkamah agong mengambil pendekatan berikut

“Asas undang-undang di bawah seksen 123 dan seksen 162 akta keterangan adalah sama seperti undang-undang di England. Menjejaskan (injury) kepentingan awam adalah sebab pengecualian dari pendedahan suatu dokumen yang kandungannya akan menjejaskan awam dan kepentingan negara. Sulit bukanlah satu keistimewaan. Penganalisaan teliti kandungan dokumen akan dapat lihat kepentingan awam di mana dokumen tersebut tidak boleh didedahkan.

Raj Narain

– mahkamah menerima principal bahawa affidavit yang dikemukakan mendakwa sesuatu dokumen adalah keistimewaan (privilege) adalah tidak konklusif dan mahkamah mempunyai kuasa untuk memereksa dokumen bagi mendapat kepuasan ianya memerlukan perlindungan. Keduanya dakwaan ianya keistimewaan tidak boleh ditolak oleh kerana tidak ada affidavit dikemukakan atau affidavit dikemukakan terdapat kesilapan. Jika tidak ada affidavit, affidavit boleh dikemukakan kemudian atau jika affidavit terdapat kesilapan arahan memberikan affidavit lebih baik hendaklah diberi peluang. Dalam semua perkara, keistimewaan adalah resolusi kehakiman.

Mahkamah mempunyai kuasa untuk memanggil dokumen, memereksanya dan menentukan kesahihan tuntutan. Kecuali mahkamah berpuas hati terdapat asas sah untuk memberi keistimewaan , keterangan tidak dikecuali dari dikemukakan. Ianya adalah untuk mahkamah dan bukan kuasa mutlak eksekutif bagi menentukan asas sebenar dakwaan ianya melibatkan hal-ehwal negara sebelum tidak membenarkan pengeluarannya.

Kes yang mengepalai di Malaysia adalah

Ba Rao & Ors V Sapuran Kaur & Anor [1978] 2 MLJ 146.

Dalam kes ini tuntutan ganti rugi kecuaian dibuat terhadap pegawai perubatan Bentong dan Mentakab di atas kematian simati. Pada masa yang sama kerajaan telah melantik jawatan kuasa untuk menyiasat pentadbiran dan kemudahan hospital dan membuat komen serta cadangan. Wakil kepada simati meminta dokumen tersebut didedahkan , tetapi ditolak atas alasannya ianya dokumen keistimewaan (privilege) .

Keputusan mahkamah Persekutuan.

i. Lapuran jawatan kuasa bukanlah lapuran yang tidak boleh dikemukakan berkaitan hal ehwal negara.
ii. Apabila kerajaan atau doctor di tuntut ganti rugi atas kecuaian , kerajaan tidak boleh menapis tindakan salah tersebut dari pandangan mahkamah atas alasan ianya hal ehwal negara yang memerlukan perlindungan. Dalam pentadbiran keadilan tidak ada yang lebih tinggi kepentingannya dari semua keterangan relavan diterima dan didengar oleh tribunal yang diberi tanggungjawab membuat keputusan mengikut kebenaran. Mahkamah menyatakan dokumen tersebut bukan berkaitan hal ehwal negara. Ianya adalah mahkamah, bukan eksukutif sepenohnya menentukan dokumen adalah berkaitan hal ehwal negara.

Seperti dinyatakan di bawah seksen 162(2) “ mengambil keterangan lain untuk membolehkan menentukan kebolehterimaanya sesuatu dokumen” adalah mahkamah membuat pertanyaan mengenai status sesuatu dokumen dengan memanggil ketua jabatan memberi keterangan dan memereksa atau memintanya membekalkan affidavit atau membuat keputusan atas affidavit yang telah dibekalkan. Mahkamah akan membuat keputusan setelah mendapat maklumat mengcukupi :

i. Apakah kecederaan/mudarat awam yang berlaku.
ii. Apakah hal ehwal (affair) negara yang terlibat dalam perkara tersebut.

Jika tidak dokumen tersebut mestilah dikemukakan kepada mahkamah untuk pemereksaan.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR