FOLLOWERS

Thursday 29 January 2009

Ramlang saman Jakim jika rayuan ditolak

Di dalam lapuran Malaysiakini 29 Jan 2009 , bekas Iman Masjid Wilayah Persekutuan ini telah melahirkan hasrat untuk menyaman kerajaan kerana dibuang kerja di atas alasan muncul berucap di platform politik. Beliau mengatakan telah diarah oleh ketuanya untuk hadir sumpah laknat Saiful ( mendakwa diliwat DSAI ) di Masjid Negara.

Beliau sepatutnya tahu, sebagai pegawai kumpulan A, adalah menjadi satu kesalahan untuk berucap walaupun bukan atas tajuk politik tetapi menggunakan platform politik. Peraturan telah ada dan wajar diikuti. Beliau seorang yang warak dari segi ugama sepatutnya lebih memahami keperluan dan kewajipannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bab-bab keduniaan. Beliau boleh berucap dan mengadakan sidang akhbar tetapi perlu memohon kebenaran ketuanya terlebih dahulu. Peraturan ini terpakai untuk semua kakitangan awam kumpulan A.

Alasan beliau, bahawa telah diarahkan hadir pada sumpah laknat tersebut bukan isu. Memang beliau diarah. Jadi apa masalahnya. Sebagai orang bawahan memang beliau wajib mematuhi arahan berkenaan dan hadir sebagai saksi untuk seorang islam bersumpah dengan arahan ketuanya bukan satu kesalahan. Arahan ketuanya adalah betul dan sah. Tidak salah untuk hadir ke majlis tersebut untuk menjadi saksi setelah diarahkan oleh ketuanya. jadi apa isunya sehingga perlu naik ke pentas politik untuk memberi penerangan tentang arahan tersebut. Apa untungnya dan beliau tidak rugi apa-apa untuk hadir ke majlis sumpah laknat tersebut. Ia tugas yang sah setelah diarahkan oleh ketuanya dan tidak bertentangan dengan Islam.

Pada pandangan saya pembuangan kerja beliau adalah betul kerana beliau tidak amanah terhadap tugas dan ingin mencari populariti serta ada tujuan lain yang saya percaya semua rakyat Malaysia mengetahuinya. Beliau adalah duri dalam daging dan gunting dalam lipatan yang menikam kerajaan dari belakang dalam menjalankan tugas sebagai pegawai kerajaan. Orang beginilah yang akan merosakkan imej kerajaan kerana rancangan kerajaan akan gagal kerana disabotaj atau tidak dilaksanakan kerana beliau tidak dapat membezakan antara tugas sebagai pegawai awam dengan politik. Jika ingin memberi penjelasan pun mengenai kehadiran di sumpah laknat tersebut, tidak perlu ke pentas politik untuk berucap dan memberi sidang akhbar. Hantar aje email atau panggil wartawan ke pejabat secara rasmi pun boleh . Jadi apa masalah sehingga 3 malam berucap di pentas politik.

Tahniah kepada JAKIM atas tindakan betul dan berani untuk mengambil tindakan yang jelas telah melanggar peraturan kakitangan kerajaan. Apa istimewanya beliau selain serban dan jubahnya sehingga tindakan tidak boleh diambil. Kakitangan awam yang lain pun banyak telah diambil tindakan yang sama. Menyimpan kakitangan sebegini akan membahayakan pelaksanaan dasar kerajaan yang mungkin akan gagal atau digagalkan oleh mereka yang sebegini. Mereka adalah duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Mereka yang sebegini sebenarnya tidak tahu membezakan tugas rasmi dengan hal peribadi dan politik. Beliau tidak layak untuk memegang jawatan tersebut disebabkan tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu ambil tahu peraturan berkenaan. Jadi jika diteruskan beliau memegang jawatan berkenaan bagaimana beliau boleh mendidik orang bawahannya mengenai peraturan , yang belaiu sendiri langgar secara terbuka. Orang sebegini hanya pandai berselindung dengan serban dan jubah untuk menunjukkan kealimannya walaupun itu merupakan satu dosa. Syabas JAKIM. Kepada Ramlang, anda disyorkan , jadilah ahli politik sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR