FOLLOWERS

Sunday 18 January 2009

UTUSAN MALAYSIA 18 JAN 2009

Yakin tutup isu pengundi hantu
KUALA TERENGGANU 17 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak timbul lagi tuduhan wujudnya pengundi hantu berikutan kemenangan calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, segala tohmahan yang dilemparkan berkaitan pengundi hantu selama ini bertujuan memburuk-burukkan imej SPR semata-mata.Beliau berkata,
kemenangan yang berpihak kepada calon Pas turut membuktikan bahawa demokrasi masih subur di negara ini."Saya yakin tidak ada lagi isu pengundi hantu atau perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh pembangkang sebagaimana berlaku sebelum ini.
"Tak tahulah saya apabila mereka menang, apakah isu-isu sebegini akan dibangkitkan lagi,'' katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri di sini malam ini.Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.
Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam pula memperoleh 193 undi.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pihaknya berpuas hati dengan kempen dan proses pengundian pilihan raya kecil tersebut.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR