FOLLOWERS

Monday 19 January 2009

UTUSAN MALAYSIA 18 JAN 2009

Mahathir gesa kerajaan berhenti beli senjata Amerika

KUALA LUMPUR 18 Jan. — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) juga patut memainkan peranan mereka dengan meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.Beliau berkata keputusan itu, yang beliau sifatkan sebagai “soal kecil kepada AS”, tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat tetapi untuk jangka panjang ia akan merasakan kesannya.
“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat yang baru.
“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika untuk mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin. Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang kita tahu akan menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR