FOLLOWERS

Wednesday 18 February 2009

AKJ UMNO TAWAR DIRI CALUN PARLIMEN BUKIT GANTANG - LIHATLAH KEHEBATAN CALUN INI !!!!!!!!!


BERNAMA ONLINE 18 FEB 2009


IPOH, 18 Feb (Bernama) -- Seorang anggota jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Bukit Gantang hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu pada 7 April ini. Abdul Razak Baba, 49, yang merupakan seorang ahli perniagaan menyatakan perkara itu pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Katanya beliau menawarkan diri kerana yakin dengan kebolehan untuk memimpin, mengurus dan mentadbir yang ada pada dirinya yang merupakan ciri diperlukan oleh seorang wakil rakyat, selain berpengetahuan luas serta memahami masalah masyarakat Melayu, Cina dan India di Bukit Gantang.

"Saya mempunyai kemahiran membuat kertas kerja, cadangan, aliran tunai dan pelan pemasaran untuk pelbagai sektor yang boleh digunakan untuk menaikkan ekonomi rakyat di Bukit Gantang," katanya. .......................................Ditanya adakah beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak terpilih, Abdul Razak berkata, BN akan rugi jika tidak memilihnya kerana beliau telah lebih tujuh tahun terlibat dalam pelbagai program menyelesaikan masalah rakyat.

"Kalau BN tidak melihat semua yang telah saya buat selama ini, BN akan rugi kerana saya mempunyai kemahiran taktik dan strategi," katanya. Berita lanjut :.....


Penghuni Gua : wow, wow, wow, wow, wow............ Gerun P. Gua mendengarnya. Belum jadi calun dah mengungkit jasa yang ditabur dan mengwar-war kebolehan sendiri. Cakaporang Pantai Timur buruk siku namanya mengungkit apa yang telah kita sumbangkan. War-warkan kebolehan sendiri pun namanya riak dan takbur. Cukup le berperangai demikian. Biar lah orang lain menilai sumbangan dan kebolehan kita. Bukan kita yang nilai diri kita. Jenis pemimpin beginilah jika dipilih jadi pemimpin boleh merosakkan negara dan menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Mengungkit, riak, takbur inilah diantara ciri yang tak baik. Bagi BN, PAS, PKR, Gerakan, DAP dll parti , tak payah le pilih orang jenis begitu. Fikirkan tentangnya pun tak payah le. Cari le orang lain. Buat semak aje.


Dia ini jiwa sakit agaknya, baca sekali cara cakapnya , serupa macam mereka yang meroyan di Kuala Kangsar hari tu, Lintang pukang berbaring atas jalan raya ( lihat gambar ). Tidak pun tidor malam semalam tak basuh kaki dan Bismillah. Masih mimpi lagi kot.

( Penghuni Gua nak satu aje dari bakal calun ini : Apa kaedah dan parameter2 / pembolehubah2 serta hipotesis2 yang digunakanya dalam kajian untuk menilai dirinya sendiri. Kaedah Kualititatif ke atau kaedah kuantitatif ke. dll. ) BAGI LAH PADA PENGHUNI GUA , KERANA SAYA PUN TAK DAPAT LAGI IDEA KAEDAH KAJIAN YANG MANA SESUAI UNTUK TESIS SAYA. LETIH, LETIH, LETIH MEMIKIRKANNYA. ADA JUGA SPESIS MAKHLUK SEBEGINI DI ZAMAN IT INI.

MASYAALLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.


2 comments:

  1. Tuan,
    lain macam pulak bakal calun yang sorang ni. Apa kaedah agaknya dia mengukur diri? kaedah parameter bukan, hipotesis pun bukan. Kualititatif tidak, kuantitatif pun tidak. Dia gunakan dacing timbang getah dan kalkulator agak nya..

    ReplyDelete
  2. tuan kontraktor wibawa : baru bangkit tidor. tak aman tidor saya semalaman. sedar tengah malam mengilai sendiri. tak dapat fikir tindakan calun ini. sedang menulis ni pun sedang gelak ini. harap pihak tuan kontarkto r wibawa tak buat begini. malu 4 generasi . tak dapat nak letak muka anak2 kita disekolah , suka dek kawan-kawan. selisih malaikat 44.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR