FOLLOWERS

Tuesday 17 February 2009

BETUL TAK KATA SAYA ?



APA KATA HARAKAHDAILY DAN YB AZMIN ALI: LIHAT DI BAWAH........

Elizabeth tawar letak jawatan, KeADILan akan bermesyuarat!

Harakahdaily Tue Feb 17, 09 2:47:41 pm MYT


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -Parti KeADILan akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk membincangkan pendirian Elizabeth Wong yang memutuskan untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.


Ada lagi jawapan berkaitan isu berkenaan :
1. Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Ahli Parlimen Ampang berkata : "Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat berharap seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus bersiap sedia kerana mungkin banyak lagi akan mereka lakukan terhadap kita," katanya yang terharu dengan kejadian menimpa Elizabeth.


Komen : ustazah, sedar ke halal haram. Yang buruk tu kita kena tegur bukan sokong. Islam dah cakap, kalau berani tegur dengan tangan, kalau tak berani, tegur pula dengan perkataan, kalau tak berani juga tegur dalam hati udah le. Dah ada media maka dengan tangan le kita tegur ( melalui tulisan ) . Ini hal moral. Tak kahwin mana boleh dengan lelaki. Dia bukan pemimpin orang cina dan india juga , tetapi orang islam juga di Selabgor.


Jadi perangainya paling tidak pun biarlah nampak bermoral bagi ketiga-tiga kaum. Tak tahu halal haram ke ustazah. Janganlah halal haram pun kita boleh jadi buta dan tidak boleh mendengar dan habis semua perkara jadi hal politik. Isunya bukan siapa edar. Tetapi cara kehidupan bebasnya. Nak suruh muda mudi Selangor ikut ke. Atau nak jadikan budaya kita, hidup bersama tanpa kahwin.


Kalau kita tak dedah dan terus sokong budaya ini ( dengan menyokongnya sekarang ) muda mudi kita akan mengikut le terutama muda mudi muslim. Pandang lah jauh sikit ustazah . Henti le main politik. Maaf le pembaca. Hamba sedang marah ni. Jadi tulisan dah jadi kacau bilau kerana orang yang bergelar alim pun boleh menyokong benda yang salah. Nak kiamat kot dunia ini.


HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN AKAR-AKAR PADI.................BERTAUBAT LE USTAZAH...................



SATU LAGI, JANGAN DOK KAITKAN ORANG LAIN ATAU KUMPULAN LAIN LAH. JUJUR LE SIKIT WAHAI SEMUA YANG TERLIBAT. TENGOK KESALAHAN SENDIRI. INGAT KEMURKAAN TUHAN. DAH BUAT SATU DOSA, TAMBAH DOSA LAIN BILA KAITKAN ORANG LAIN TANPA BUKTI. FITNAH NAMANYA BILA TAK ADA BUKTI. TAK PAYAH PAKAI SERBAN ATAU TUDUNG UNTUK FAHAM PERKARA INI.



MAAF LE PELAWAT BLOG SAYA ... EMOSI SIKIT HARI. SEBAB SAYA NI PEMERHATI BEBAS. MANA TAK BETOI, HAMBUR AJE. TAK KIRA SIAPA. SELAMATKAN MALAYSIA NEGARA KU TERCINTA.


Penghuni Gua : Memang benar kata saya sebelum ini. ADUN ni tak letak jawatan. Cuma tawar aje. Lihat jawapan dan komen YB Azmin Ali di atas. Cakap tak serupa bikin. Dengan jawapan berlapik ini maka PR ada masa untuk mencari jawapan dan keputusan baru untuk memenangi hati pengundi di 2 Bukit di dalam pilihanraya kecil itu nanti. Jawapan yang memang dijangka. Ha ha ha ha ha ha
ha......................



Nota :

1.kes yang sama , aktor berlainan tetapi letak jawatan : Kes Tan Sri Rahim, YB Vijendran, Chua Soi Lek dan lain-lain
2. kes yang sama, aktor berlainan, tapi tak letak jawatan : Mat Sabu ( khalwat ), DSAI ( kes sedang berjalan ), ADUN pas kes penceraian dengan isteri dari Kemboja, YB Affendi ( kes rasuah : tuntutan palsu ) , seorang lagi MP PAS saya lupa juga di Kelantan , juga kes tuntutan palsu. Berjalan serentak.

Jadi fikir le sendiri. Kena orang suruh letak jawatan Kena sendiri tak letak. Sistem apa
ni.................

JAWAPAN TAMBAHAN ISU BOGEL EXCO:

Apa kata Dato Sri Anuar Ibrahim :
"Ini satu mainan politik yang sangat buruk yang berlaku dan kita lihat ada satu paten yang menyerang wakil-wakil rakyat kita, dulu di Perak, Kedah dan kini Selangor."

Demikian tegas Ketua Umum KeADILan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sambil menambah, "Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan." Saya beritahu pada Eli, kita akan ikhtiar untuk pertahankan nama beliau kerana seperti anda semua maklum, Eli adalah tokoh penting di Selangor dan rekod kerjanya sangat baik sebagai wakil rakyat dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,"jelasnya mengenai isu terkini yang melibatkan Adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong.
Nota : Marah nampak bila kena hidung sendiri. Bahasa yang digunakan islam yang ajar ke. Sedih anak-anak Dato Sri bila membaca kenyataan Dato Sri.....................
Nota : tunggu lagi jawapan lanjut..............panassssssssssssssss. Halal , halal le, yang haram , cakap haram...............Jangan salahkan orang lain.

3 comments:

  1. Inilah nafsu dunia. Kuasa, sex, duit maka Ustaz ke Ustazah ke semua hilang pertimbangan.

    ReplyDelete
  2. kalau dah kena batang hidung sendiri kata difitnah atau di serang,aku rasa dorang ni perlu tukar nama la PAKATAN MAKSUM RAKYAT.

    ReplyDelete
  3. BETUL TU IRSH DAN EN MEGAT :
    MATA DAN FIKIRAN MEREKA DAH TERTUTUP RAPAT KERANA SEMUANYA DAH DIPOLITIKKAN. AGAMA PUN DAH LUPA. INILAH CONTOH MEREKA YANG MENGAKU ALIM ( PAKAI KUPIAH, SERBAN DAN TUDUNG ) MASYAALAH.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR