FOLLOWERS

Wednesday 25 February 2009

DEBAT-DEBAT UMNO DAN PAS





Semalam 24 feb 2009, YB Salahuddin Ayub MP PAS telah menyampaikan surat jemputan kepada YB KJ. Ia diterima KJ bagi pihak YB Dato Hishamuddin Tun Hussien , Menteri Pelajaran Malaysia. Debat berkaitan Isu pengajaran matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Reaksi YB KJ pula sebaik menerima surat jemputan tersebut ialah PAS masih belum memberi respon mengenai jemputan belaiu untuk berdebat mengenai isu ISA.


Pada pandangan Penghuni Gua, tidak perlu lagi berdebat mengenai apa-apa isu terutama sekali mengenai 2 isu di atas. Kedua-duanya telah ada platform politik dan parlimen untuk berdebat, berbincang , dialog mengenai isu tersebut. Juga sebalum ini sudah banyak kali isu tersebut diperdebatkan. Ini ditambah pula, isu B. Inggeris . Ia telah menjadi polimik dan debat serta perbincangan serta demonntrasi oleh pejuang-pejuang bahasa dan beberapa repot polis telah dibuat mengenainya.


Jadi jangan membuang masa untuk berdebat lagi. Tak ke mana kalau berdebat sesama orang politik . Sudah banyak kali berlaku , hasilnya hanya kosong. Dalam debat terbuka ini masing-masing mempunyai kepentingan peribadi. Jadi debat yang berlangsung hanya akan berhujah dan berdebat di sekitar fakta yang menyokong kepentingan mereka berdua sahaja.


Dengan perdebatan juga berdasarkan dari debat-debat sebelumnya hanya yang menonjol ialah sorakan-sorakan dan gegak gempita dari penyokong masing-masing tidak kira samada hujah yang dikemukan oleh pendebat benar atau tidak, bernas atau tidak akan mendapat tepukan dan sorakan dari penyokong masing-masing. Membazir sahaja. Masing-masing pendebat hanya dilihat ingin menunjukkan kehebatan dan ketokohan masing-masing. Tidak kira apa hujah dan fakta yang diberi oleh lawan masing-masing, pendebat tidak akan menerima hujah dan pendapat lawan mereka. Setiap pendapat, kecaman, sindiran, cadangan tetap ada jawapan dan kecaman serta sindiran balas.


Berdasarkan dari sejarah manusia yang kalau dilihat sejak dulu : di Malaysia sahaja sudak memadai, mereka yang pandai berpidato, bercakap, berdebat , adalah mereka yang hanya pandai bercakap dan apabila tiba kepada membuat perancangan bertulis secara teliti serta tiba masa perlaksanaan , mereka ini tak dapat melaksanakannnya. Tet api jika dilihat semasa mereka berdebat, gahnya bukan main dalam mengutarakan konsep atas sesuatu isu atau perancangan. Hasilnya habok pun tak ada. Contoh jelas, DSAI, bercakapnya semasa dalam ABIM; bukan main ngeri kita melihat gagasannya. Dato Haji Hadi, Presien PAS, tiap kali bercakap 10 ke 15 tahun dulu, berpuluh ribu pendengar dan macam guruh dilangit sorakan penyokongnnya. Tetapi bila diberi tanggungjawab ( mungkin Allah nak tunjukkan kuasanya sebab pandai sangat bercakap dan mengkritik orang lain ) hasilnya tetap kosong.


Golongan yang macam ini hanya pandai bercakap dari segi konsep aje. Mereka hanya boleh bercakap. Bercakap pula tanpa tanggungjawab atau tiada tanggung jawab. Mereka tidak peduli dan tak merasa rugi atau tidak mengkaji semula hasil perdebatan. Tidak ada satu pun hasil perdebatan di ketengankan secara bertulis kepada pihak kerajaan dengan disokong oleh data, fakta memalui kajian empirikal. Hanya sekadar bercakap. Selepas itu balik. Dan kemudian berdebat lagi.


Ada 3 pilihanraya dalam tempoh terdekat. Jadi inilah kunci kenapa kedua pihak ini bersungguh-sungguh untuk berdebat. Tak payahlah mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dan menonjolkan parti masing masing. Juga bagi KJ tidak perlu juga ( memadai lah debat yang telah anda sertai ) untuk memanjangkan debat. Debat yang anda akan sertai tidak akan mengubah trend dan persepsi perwakilan UMNO terhadap anda. Cukuplah.


Sekarang masa untuk bekerja. Berhentilah bercakap dan bekerjalah dengan keras. Di Sabah dan di Serawak ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan dan perhatian. Banyak lagi pjabat kerajaan dan rumah kakitangan kerajaan dan kebajikan rakyat yang perlu difikir jalan pemyelesaiannya. Fikirkanlah mekenisma yang terbaik untuk mengatasi maslah rakyat di Sabah dan Serawak serta masyarakat terbanyak di Semenanjung. Dah banyak kita semua bercakap. Sekarang masa untuk menterjemahkan apa yang kita bercakap dan berjanji. Bukan masa kita bercakap dan berjanji lagi. Selesaikan dulu semua perkara yang kita telah bercakap dan berjanji. KERJA, KERJA, KERJA DAN TERUS BERKERJA. BUKAN KERJA BERCAKAP............


Penghuni Gua : Kerja bertapa di gua cukuplah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR