FOLLOWERS

Saturday 28 February 2009

DEMO UTAYAKUMAR DI BRICKFIELD: POLIS AMBIL TINDAKAN













Abdul Rahim Sabri Feb 28, 09 12:05pm

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai. Berita lanjut :...........

2. Anwar selar penangkapan penyokong Uthaya
Jimadie Shah Othman Feb 28, 09 6:51pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan beberapa orang, termasuk, ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang berkumpul bagi membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar. “Manikavasagam tampil membuat laporan kepada polis berhubung kekecewaannya terhadap apa yang berlaku terhadap pemimpin Hindraf itu. ...................................“Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu. Berita lanjut : .....

Penghuni Gua : Tahniah PDRM . Teruskan tindakan anda. Jangan memberi muka kepada perosak negara ini. Mereka tidak akan rugi apa-apa jika negara kacau bilau. Mereka tetap akan menyalahkan kerajaan jika negara tidak aman. Mereka ini hanya pandai bercakap dan tidak pernah berani bertanggungjawab atas percakapan dan perbuatan mereka. PDRM wajib memberi tumpuan untuk menjaga hak asasi awam dari menjaga hak asasi segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab dan tidak berfikiran ini.

Kepada DSAI : Bala Allah kepada anda datang perlahan-lahan. Sebahagiannya telah Allah tunjukkan , yang selebihnya tunggulah. Inilah jenis manusia yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah mengotakan janjinya. Hanya indah di mata dan dibibir sahaja. Ssiapa yang mengenal DSAI, tahu siapa dia. Doa saya walaupun sedikit marah kepada DSAI, insaflah, semuga ALLah menunjukkan jalan dan hidayah kepada YB DSAI dan kembalilah ke pangkal jalan ( Jalan Allah ) dan bertaubatlah. Cara yang paling baik jika anda malu untuk mengaku segala kesalahan anda, cara terbaik ialah diam dan berundur dari politik secara perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya nama anda tidak terus diburukkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis terpaksa mengambil tindakan tegas itu selepas kumpulan terbabit tidak mengendahkan nasihat polis supaya mereka bersurai. Katanya, tindakan mereka yang datang beramai-ramai untuk membuat laporan polis menimbulkan kesulitan kepada pihak lain di IPD berkenaan.

“Polis sudah memberikan mereka nasihat, malah merayu kepada mereka melalui radio, televisyen dan akhbar semalam supaya tidak datang sebegitu ramai untuk membuat laporan yang sama kerana polis akan menyiasat kesemua laporan dibuat sebagai satu laporan tunggal. “Mereka tidak mengendahkan nasihat itu dan hendak berpura-pura dengan polis serta menimbulkan masalah yang tidak perlu kepada orang lain. “Balai polis adalah kawasan keselamatan dan kita tidak boleh membenarkan sebegitu ramai orang memasukinya kerana keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Penghuni Gua : Teruskan tindakan anda Tan Sri . hak asasi awam lebih utama dari hak asasi perosak negara ini. Teruskan untuk selamanya kepada mereka ini dengan tindakan tegas yang lain. ISA jangan dilupakan. PDRM harus hati-hati dari segi tindakan kerana semua kejadian ini pada pandangan saya , usaha pihak-pihak tertentu untuk mencari isu ( mereka kini kekeringan isu ) kerana 2 pilihanraya kecil bakal berlangsung di Semenanjung Malaysia dalam waktu terdekat. Yang paling mereka suka dan mudah untuk mencipta isu ialah keganasan PDRM. Apa pun teruskan tindakan tegas polis.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR