FOLLOWERS

Wednesday 25 February 2009

ELI LAGI : TUNGGU SIASATAN SELESAI : KATA MB



Tan Sri Khalid : MB Selangor menyatakan bahawa , samada beliau akan menerima tawaran perletakkan jawatan Eli sebagai ADUN dan exco Selangor bergantung kepada siasatan polis. Menurutnya dalam tempoh tersebut Eli akan di beri cuti. Pada pandangan Penghuni Gua , Tan Sri MB mungkin terlepas pandangan mengenai isu ini.

Isunya ialah isu moral iaitu hidup bersekedudukan dan menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah ( hubungan haram menikut agama apa pun. ). Siasatan pihak polis hanya menyiasat dari sudut siapa yang mengedarkan gambar tersebut. Ia tidak ada kena mengena dan Eli tidak bersalah bertelanjang mengikut undang-undang jenayah di negara ini. Tetapi penyebar gambar ini satu kesalahan. Walau bagaimana pun kita membincangkan dari segi kehidupan tanpa nikahnya dengan seorang lelaki ( dgn lelaki melayu ? ). Jadi ini persoalan utamanya. Wajarkah seorang pemimpin mengekalkan posisinya sebagai wakil rakyat dan exco selepas menjalani kehidupan bebas serta mempunyai nilai moral yang rendah. Apa yang boleh Eli beri pandangan kepada kanak-kanak sekolah dan remaja jika diminta memberi ceramah dan ucapan kepada mereka ini diforum-forum remaja atau di sekolah. Adakah beliau :

1.Boleh bercakap mengenai moral kepada remaja.

2. Adakah boleh ia menasihati remaja mengenai isu lepak.

3. Adakah beliau boleh bercakap mengenai budaya lepak kepada Mat rempit dan remaja.

4. Adakah beliau boleh bercakap mengenai isu pengguran haram.

5. Adakah beliau boleh menasihati remaja supaya jangan ponteng sekolah kerana melanggar peraturan.

6y. Adakah ia boleh menasihati murid dan remaja tentang kesalahan berlepak dan membuang masa di cyber cafe.

7. Adakah boleh beliau menasihati remaja dan kanak sekolah kesalahan minum arak, hisap rokok dan.....

8 Adakah, adakah, adakah dan lagi, dan lagi


Berani beliau hendak bercakap dan menasihati remaja dan dihadapan rakyat Selangor mengenai isu di atas. Apa reaksi remaja atau mereka yang hadir di majlis-majlis tertentu yang Eli menjadi pengucap utama dan bercakap mengai isu di atas. Respon remaja senang aje. " Apa hak YB untuk menasihati kami. YB baik sangat ke? ".

Jika begini apa yang Eli boleh menjawab pertanyaan tersebut?

Jawapannya hanya diam. Ini adalah analogi mudah dan secara kanak-kanak dan orang kampung / awam bercakap sahaja. Belum lagi berhadapan dengan mereka yang lebih terpelajar dan berkedudukan. Jadi dalam keadaan begini pada pandangan saya, Tan Sri MB tidak perlu lama sangat untuk membuat keputusannya mengenai Eli. Terima sahaja perletakkan jawatan nya.

Jangan jadikan isu ini satu liabiliti kepada anda dan kerajaan anda. Juga ia membazirkan wang rakyat dalam membayar gaji Eli yang mana ia tidak berfungsi seperti sepatutnya sebagai ADUN dan exco dengan keadaan yang melingkari dirinya sekarang. UNTUK TAN SRI MB: DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN INI , HAL POLITIK PERLU DIKETEPIKAN DULU. PANDANGLAH KEHADAPAN TERUTAMA KEPADA PANDANGAN DAN KESAN JANGKA PANJANG KEPADA GENERASI MUDA DI SELANGOR DAN NEGARA. JADI TERIMALAH TAWARAN PERLETAKKAN JAWATAN .

Penghuni Gua : Letak harapan aje.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR