FOLLOWERS

Saturday 28 February 2009

FLIP FLOP LAGI ? TAHNIAH YB MENTERI. JANGAN ULANGI





KEPALA BATAS 28 Feb. — Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan perkataan ’Allah’ dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.


Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.


Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mana-mana mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan memandangkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald- The Catholic Weekly.


Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang, katanya ketika mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan perkataan “Allah” bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.

Perintah tersebut berbunyi: “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ’Allah’, ’Kaabah’, ’Baitullah’ dan ’Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”.

“Pada saya, kerajaan telah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim,” kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini.

Mohd Nakhaie, yang juga pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan kebenaran itu juga dilihat tidak menyokong usaha memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini.
— BERNAMA

Penghuni Gua : Berita jam 8 malam TV 3 : Menteri Dalam Negeri memaklumkan bahawa kebenaran penggunaan ALLAH yang diberi kepada penerbitan Herald melalui pewartaan , sebenarnya adalah kesilapan dan salahfaham diperingkat kementeriannya. baguslah begitu. Ini kerana KDN tidak boleh memberi kebenaran sedemikian selain tidak mengikut perlembagaan ia juga seolah menghina mahkamah.

Ini kerana kes mengenai penggunaan ALLAH ini sudah menjadi kes mahkamah dan sekarang masih berjalan. KDN wajib menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Yang nyata Islam telah dipelihara dam diberi kedudukan yang jelas di dalam perlembagaan. Jangan ubah lagi . Tahniah YB Dato Sri Menteri Dalam Negeri. atas tindakan cepat tersebut. Kekalkan begitu. Jangan melayan sangat berbagai tuntutan sebegini dan jangan mengubah perjanjian dan tolah ansur yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin terdahulu semasa merdeka. Kekalkan begitu YB Dato Menteri.

Disyorkan tindakan tattertib diambil ke atas pegawai di kementerian YB Dato Sri yang melkukan kecuaian yang amat memalukan kerajaan. Ini menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai lain bahawa hal-hal yang begitu sensitif sekurang-kurang YB Menteri dahulu dirujuk sebelum diumumkan.

Penghuni Gua : Tak pernah tuntut apa-apa. Gua hamba aman damai untuk besarkan anak-anak cukup. Alhamdullillah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR