FOLLOWERS

Tuesday 17 February 2009

GAMBAR BOGEL : EXCO TAWAR LETAK JAWATAN. TAWAR AJE KE ?

Pada 17 Feb 2009 jam 11 pagi Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong telah mengumumkan untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor. Menurut berita yang penghuni Gua dengar bahawa surat perletakkan jawatan telah dihantar ke pejabat MB Selangor pagi ini. Persoalan yang timbul, mengapa hanya menawarkan diri. Perkataan tawar diri itu menunjukkan macam hendak tak hendak sahaja dan cuba bermain tarik tali. Mungkin demi kepentingan dan bagi menunjukkan keikhlasan PKR untuk bertanggungjawab terhadap isu moral disamping bagi menarik pengundi di Bukit gantang dan Bt Selambau dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 Apr 2009.


Kalau ikhlas dan berpegang pada prinsip teruslah letak jawatan apa perlu tawar-tawar lagi. Nak pikat pengundi ke kononnya lebih bertanggungjawab. Cakap benar lah. Atau supaya pemimpin Pr ada modal nak war-warkan pada pengundi di dua tempat di atas bahawa memang mereka pegang prinsip moral. jadi dengan lainperkataan letak jawatan terus lah. Buat macam Arumugan tu, tulis surat pada DYMM atau tulis aje surat pada speaker. Habis cerita. Ini kalau di Perak kita tengok lain. Surat yang tak ditulis oleh 2 ADUN dan tiada tarikh ( pakai tandatangan buta aje ) pun terus speaker pakai untuk buat keputusan 2 ADUN Perak Letak jawatan.


Cara singkatnya senang : Tulis surat sendiri pada speaker, tulis tarikh, tandatangan dan hantar sendiri kepada Speaker dan DYMM Sultan Selangor bahawa anda telah letak jawatan dan kosongkan kerusi ADUN BT lanjan, serta letak jawatan Exco. Habis cerita. Cepat, mudah, senag dan tak berbelit-belit. Speaker pun tak pening kepala untuk belek undang-undang tubuh negeri Selangor. Juga SPR tak payah susah-susah untuk menentukan kesahihan surat berkenaan dan tidak perlu buat meeting. Lepas speaker hantar surat mengistiharkan kerusi kosong kepda SPR maka SPR akan umum piliharaya kecil. Habis cerita.


Dipendekkan cerita : Cakap yang benar aje lah. Nak letak , letaklah. Pusing sana sini buat letih aje. Lagi lambat letak lagi banyak dosa yang akan dibuat oleh pemimpin PR dalam usaha untuk mempertahankan anda. Sekarang ni pun dah fitnah orang macam-macam. Sabotaj, serangan jahatlah, serangan mafialah, penyebar gambar dilabel pelacur lah , macam-macam. Benda yang haram dan salah pun dah jadi benar pada pandangan ustat2 dan pak-pak haji islam ni. Hentikanlah...............................
Tuan Guru Nik Aziz semalam cakap lain, hari ini cakap lain. Hari ini jawab tak mahu campur. Semalam cakap : "Kita sebenarnya tak boleh salahkan orang itu sahaja, tentu ada sebab yang berlaku," . Nak cuci tangan ke Tuan Guru. Mana satu pendirian Tuan Guru ?

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR