FOLLOWERS

Saturday 21 February 2009

Kejohanan Kuda Lasak Di Melaka 11-12 April





MELAKA -- Kerajaan Melaka akan menganjurkan kejohanan sirkit kuda lasak, Melaka Grand International Endurance Ride pada 11 dan 12 April depan.Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kejohanan kali kedua selepas kejohanan pertama tahun lepas, akan berlangsung di Krubong dekat sini iaitu kawasan sama penganjuran tahun lalu.

Kejohanan itu melibatkan laluan sejauh 120 Km bermula di Stadium Hang Jebat dekat sini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.Mohd Ali berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk menyertai kejohanan itu.Katanya selain peserta tempatan, kejohanan itu akan turut disertai peserta dari luar negara.-- BERNAMA


Penghuni Gua : Semua rakyat Malaysia dijemput datang ke Melaka beramai-ramai untuk menyaksikan kejohanan ini dari dekat. Amat menyeronokkan. Anda boleh datang untuk melancung, menonton kejohanan atau menyertai kejohanan ini. MELAWAT MELAKA, BERMAKNA ANDA MELAWAT MALAYSIA KESELURUHANNYA. INILAH KEHEBATAN NEGERI HANG TUAH........

Penghuni Gua pun akan keluar dari pertapaan untuk menyertai kejohanan ini bagi ketogori 40 km atau 80 km . Ia bergantung kepada kesihatan kuda dan juga penunggangnya. Maklum dah tua bangka ( nak masuk 48 tahun ), banyak perkara nak kena ambil kira. Masuk tetap masuk. Yang pasti akan berusaha untuk tamatkan dan habiskan 40 atau 80 km. Menang kalah soal lain. habiskan tunggangan tu yang mustahak. Jom semua... mari kita menunggang. Menunggang benda-benda bernyawa ni , bagus untuk kesihatan.................

1 comment:

  1. insyallah abah akan jadi juara endurance tahun ni...hehehhe...lanyak kuda tu habis-habisan....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR