FOLLOWERS

Tuesday 17 February 2009

Kuliah 6 : Nota : SKGP 6043 : 17 Feb 2009 : Pengurusan Startegik

Strategi dalam pengurusan syarikat ada beberapa jenis :

Strategi

Jenis Strategi
• Strategi Utama
• Lapis kedua
• Taktikal

Strategi Utama
• Juga dikenali sebagai strategi menyeluruh
• Sy secra tidak langsung dan dgn sedar / tidak sedar pilih strategi ini
• Ada 4 jenis :
 Strategi pertumbuhan setara
 Strategi pertumbuhan
 Strategi pemulihan
 Strategi campuran
Strategi Pertumbuhan setara :
Dirancang sama dengan tahun lepas. Dgn tujuan utk kestabilan. Sedikit perubahan dilakukan terhadap barangan / khidmat dan pasaran serta objektif sy. Ini bagi syarikat yang matang agar tidak tuju penurunan. Sesuai untuk syarikat yang dapat beri perkhidmatan / barangan kpd pengguna secara berterusan. Contoh 2008 syarikat A dapat penambahan jualan sebanyak 5 %. Dan pada 2010 rancang untuk berkembangan sebanyak 5 %.
Sebab guna startegi ini pengukuhan setara ini kerana sy hadapai masalah kewangan yang kritikal. Atau sy tunjukkan strategi yang amat cemerlang dan pengurus tidak tahu strategi baru yang patu digunakan. Juga melibatkan perubahan sedikat dan risiko rendah. Ia satu strategi mudah dan senang untuk praktikkan kerana tidak banyak perubahan yang perlu dibuat.
Selain itu persekitaran yang stabil dan tiada ancaman besar yang mendorong pesaing bertindak aggresif. Ini juga member peluang untuk kembangkan perniagaan terhad dan libatkan risiko yang tinggi.
Strategi pertumbuhan :
Digunakan bila persekitaran serta kedudukan yang menggalakkan. Digunakan juga bila sy rancang untuk capai kadar pertumbuhan yang meningkat ditahun ke tahun, khasnya bila berhadapan dgn :
 Pasaran yang semakin meluas
 Pengeluaran serta keuntungan bertambah
 Peningkatan dlm kualiti barangan

Stretegi Pemulihan :
• Ia bertujuan baiki kedudukan perniagaan dengan sebab2 nya ujud maslah kewangan seperti :
 Kos terlalu tinggi
 Bayaran balik bank tinggi
 Pinjaman terlalu banyak
 Pulangan yang diperolehi terlalu sedikit
• ramalan yang tidak tepat
 ada pesaing baru dalam pasaran
 barangan baru
 perubahan periundangan kerajaan
• kedudukan pemilik sendiri
 tidak upaya teruskan perniagaan
 ada peluang lain dapat untung
• org gagal capai objektif yang digariskan
• keadaanpersekitaran yg boleh ancam kedudukan perniagaan.

Strategi campuran :
• sesuai utk sy besar dan punyai banyak anak sy dibawah pengawasan
• keperluan strategi campuran adalah berbeza-beza
• pengurus perlu peka dengan persekitaran perniagaan

2. Strategi lapis kedua

• Juga dikenali sebagai strategi sekunder
• Melibatkan :
a. Strategi berkembang :
 Pengurus focus untuk luasakan perniagaannya mellaui barangan / perkhidmatan yang sama
 Tujuan strategi untuk tingkatkan volume jualan
 Contoh syarikat : Ramly burger, KFC. Hotel sri Malaysia, petronas
 Ada 4 pendekatan :
i. Penembusan pasaran baru ( perluasan pasaran yang ada ) – jual proton ke timur tengah, Maldives dll.
ii. Pembangunan pasaran. Iaitu kenalkan barangan lama dipasaran baru
iii. Penambahan jenis barangan yang sama atau pemgubahsuaian barangan atau perkhidmatan contoh Nestle keluar susu pekat cap junjung, cap teko, cap bendera.
iv. Integrasi mendfatar : sy tambah jualan dgn beli sy pesaing yg jual sama jenis barangan / khidmat. Juga ini beri peluang untuk dapatkan pasaran baru dan hapuskan persaingan.
Kebaikan strategi berkembang ia;ah :
• Kurangkan risiko kegagalan kerana ada pengetahuan dan pengalaman
• Membolehkan sy beri tumpuan dlm satu sector sahaja.
Kenapa guna strategi berkembang :
• Risiko rendah dan tumpuan pd perluasanb perniagaan yang sma
• Sy punyai kedudukan kewangan yang kukuh dan ingin tambah pemgeluaran untuk keuntungan yang bersih.
b. Strategi integrasi menegak
• Kuasai perniagaan melalui penguasaan proses perniagaan drp pengelolaan bahan mentah hingga kpd penjualan sampai ke pengguna.
• 2 jenis
 Integrasi ke belakang atau kehulu
 Integrasi ke hadapan atau kehilir
Integrasi kebelakang ialah sy menceburi kegiatan berkaitan dengan pem,bekalan input untuk keperluansy yang sedia ada.
Integrasi ke hadapan pula ialah sy libatkan diri dlm proses yang menambahkan nilai terhadap barangan tertentu contoh sy pembekal buah nenas juga mengeluarkan jem nenas sebagai keluaran baru

C. C. Strategi pembelbagaian
• Tambah jenis barangan yang dikeluarkan
• Ada 2 jenis :
 Kepelbagaian konsentrik : sy tambah keluaran dgn hasikan barangan yang ada kaitan rapat denga apa yang dibuat sekarang dan dalam bidang yang sama. Contoh sy keluar sos cili dan sos tomato. Tambah keluarandgn hasil kicap, cuka iaitu ada kaitan rapat dgn keluaran semasa iaitu bidang makanan. Jadi proses pengeluaran perlu berlainan
 Pembelbagaian konglomerat: sy tambah jenis keluaran dlm bidang perniagaan yang tidak ada kaitan dgn yg sedia ada atau dlm sector lain. Contoh Gutherie usahakan lading dan juga terlibat dalam kegiatan insuran.

3) Strategi taktikal
Juga dikenali sebagai strategi lapis ke-3
Ada banyak jenis:
Berkembang melalui kuasa sendiri
Usaha sama
Penguasaan
Pengambilalihan
Reverse takeover
Pergabungan
Perkongsian
Pakatan pintar
Francais
Strategi dlm keadaan bermasalah

Berkembang melalui kuasa sendiri
Kerap digunakan oleh kebanyakan sy
Sy boleh tingkatkan kegiatan & berkembang melalui tambahan pekerja, peralatan, pengeluaran, besarkan perniagaan dgn wujudkan cawangan
Boleh dilakukan jika ada dana yg cukup, teknologi, tenaga buruh & sumber dalaman yg lain

Usaha sama (joint venture)
- 2 sy yg berasingan akankeluarkan modal untuk tubuhkan 1 anak sy yg baru untuk jalankan 1 perniagaan baru dlm bidang yg sama atau berlainan

- kedua-dua sy akan keluarkan modal dlm % yg dipersetujui

- wujud persetujuan untuk tentukan sy mana yg punyai kuasa majoriti untuk mudahkan pengurusan

) Penguasaan (Acquisition)
- sebuah sy membeli saham sy lain hingga ke tahap menjadi pemegang saham terbesar

- dgn itu, menjadi kuasa utama dlm pengendalian sy tersebut

- penjualan saham dibauat dgn teliti antara pihak yg terlibat

) Pengambilalihan (takeover)
- hampir sama dgn penguasaan

- perbezaannya adalah di mana kaedah penukaran tuan punya saham berlangsung dlm keadaan yg tegang di mana akan berlaku tidak setuju mengenai penukaran pemegang saham serta aaharga saham yg hendak dijual

- akhirnya penukaran milik sy akan berlaku

Pengambilalihan songsang (reverse takeover)
- juga dikenali sebagai “ tersenarai melalui pintu belakang” atau back door listing
- pihak yg kuasai sy yg mengambil alih adalah sy yg diambil alih dan bukan yg mengambil alih
- contoh:
A dibeli oleh B ttp A yg mengurus B
Ini wujud sebab B telah tersenarai dlm Bursa Msia, ttp A belum
Dgn cara ini, A akan kuasai B & A akan dpt juga disenaraikan dlm Bursa Msia

- Perlu dpt persetujuan Security Commission

) Pergabungan
- wujud apabila sebuah sy bersatu dgn sy lain untuk membentuk sebuah sy baru dgn nama baru & kedua-dua sy asal lenyap

Perkongsian
- perjanjian antara 2 atau lebih pihak dlm menjalankan sesuatu kegiatan bersama

- perkara yg akan dikongsi, spt
Sumber kewangan (modal)
Tenaga manusia
Kemahiran pengetahuan

- segala risiko keuntungan / kerugian yg akan diterima ditanggung bersama mengikut perjanjian

) Pakatan pintar (smart partnership)
- libatkan 2 atau lebih sy bersetuju untuk berpakat agar kedua-dua sy akan dapat manfaat (win-win situation)
- contoh:
sy A guna kemudahan sy pakatannya B untuk jalankan aktiviti pengeluaran
A tidak perlu bina bangunan pengeluaran kerana pihak pakatannya (B) ada kawasan bangunan yg tidak digunakan
Kawasan bangunan boleh disewakan & A tidak perlu bina bangunannya sendiri

Francais


Sebuah sy menjalankan operasi perniagaan sebuah sy lain dgn menggunakan jenama atau sistem sy tersebut

Sebuah sy akan jalankan perniagaan yg disediakan oleh francaisor ttp dgn bayaran royalti yg telah ditetapkan

Strategi dalam keadaan bermasalah

Strategi baik pulih
- pengecilan
- pengukuhan
b) Strategi cantasan
- anak sy yg rugi ditutup dan dijual
c) Strategi pembubaran
- sy di jual

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR