FOLLOWERS

Sunday 22 February 2009

PATUT LE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dipetik dari Blog : Malaysiaktif



CUBIT-CUBIT20 Februari 2009

MENGIKUT pengakuannya sendiri kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Kehakiman (Yang Arif) Mohammad Ariff Md. Yusof, memang sah tidak layak menghakimi kes saman Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.Beliau mengaku pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan PKR, di samping pernah bertanding sebgai calon Pas pada pilihan raya umum 2004 di kawasan DUN Kota Damansara.Mohammad juga menegaskan bahawa beliau kini tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.Bagaimanapun, dalam laman web selangor.pas.org.my, nama `Tuan Haji Mohammad Ariff Bin Md Yusoff ' dicatat sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Selangor (nombor 59) bagi tempoh 2007-2009. Apa penjelasan (Yang Arif) Mohamad Ariff terhadap perkara ini?

Layakkah seorang Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas menghakimi kes yang difailkan oleh Nizar, bekas Menteri Besar Perak juga dari parti Pas?Rasa-rasanya tidak memerlukan seseorang berkelulusan undang-undang untuk memberikan jawapan yang tepat dan adil.Si Keldai yang tidak ariff ini pun boleh menjawab. Jawapannya ialah (sudah terang lagi bersuluh) Mohammad Atrif tidak layak menjadi hakim dalam kes ini dan apa-apa jua kes yang berkaitan dengan pertubuhan dan ahli-ahli Pas, PKR dan DAP.

Malah beliau juga tidak layak menghakimi mana-mana kes politik yang melibatkan sebarang parti politik termasuk komponen Barisan Nasional.Dan Si Keldai juga mencadangkan supaya gelaran Yang Arif tidak lagi diberikan kepada hakim. Sebaliknya yang lebih sesuai ialah Yang Adil dan Saksama.Yang adil dan saksama.


SI KELDAI

Penghuni Gua: Pihak kerajaan sepatutnya menubuhkan tribunal menyiasat kes ini. Mengapa PR langsung tidak berbunyi dan bercakap bila kes ini berlaku. Kalau pihak kerajaan habis tanah digasaknya. Contoh terbaru bagaimana YB Karpal cuba menjatuhkan reputasi YAA Ketua Hakim Negara sekarang dengan mendedahkan kononnya percakapan YAA Ketua Hakim Negara yang didakwanya mengamalkan rasuah. Setelah perkara ini ditimbulkan di blog barulah mereka semua mengaku itu dan ini. Kalau bloggers diam maka sadaqallah nampaknya MB baru Perak.


Satu lagi , macamana kerajaan boleh terlepas pandang tentang latarbelakang YAA Hakim ini sebelum dipersembahkan untuk kelulusan dan perkenan Majlis Raja-Raja. Pening-pening aku dibuatnya.Baik bertapa kejap..............
Lihat juga Blog:
Another Brick in The wall untuk berita lanjut berkaitan YAA Hakim ini . Keadilan harus ditegakkan...............Bukan hanya kepada pembangkang tetapi kepada Kerajaan juga.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR