FOLLOWERS

Friday 20 February 2009

Pengumuman Penting Kerajaan Langit Ayah Pin



Sebagai Datuk Penyimpan Teko Besar Kerajaan Langit, Saya Ayah Pin Ting Tong Minum Segelas Gulung Sebatang,Setelah mendapat perkenan Raja Tonggek Al Ebrahem Al Tonggeng, pemegang kuasa moo-telak di seluruh Jajahan Pauh Sebatang di Daerah Besar Caroi di kaki Bukit To’Kun Tajam, Negeri Indera Pinang Sebatang di Atas Awan Biru,Dengan ini mengumumkan bahawa pacar pacar yang tersenarai di bawah ini adalah telah diperkenankan oleh Raja Tonggek Al Ebrahem Al Tonggeng sebagai penerima darjah tertinggi Negeri Indera Pinang Sebatang di Atas Awan Biru,

Darjah yang digelar Panglima Kerepek Pisang Jawa, Peringkat Budu Sebelanga yang membawa gelaran Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang,Darjah ini diperkenankan setelah pacar pacar ini disoal siasat oleh Pari Pari Kole Sekilat Mamak Bendahara Teh Tarik Bawah Pokok Ketapang dan didapati mereka adalah sesuci kain kelabu asap lori kayu balak dan jiwa mereka seharum semerbak selonggok baja tahi kambing organik yang sesuai digunakan bagi semua jenis tumbuhan tanpa was was,Dan setelah dada mereka dibelah dan hati mereka disuci dengan air bekas basuh tangan Raja Tonggek Al Ebrahem Al Tonggeng,


Dan setelah menerima surat akuan bersumpah dari Raja Negeri Bolog Darul SD, Raja Petri Paip Air Besi Putar Alam Sejagat, bahawa pacar pacar ini telah memberikan khidmat terbaik ketika berjuang untuk kepentingan diri sendiri.Saya, Ayah Pin Ting Tong Minum Segelas Gulung Sebatang, dengan berbesar lubang hidung dan kembang bontot mengisytiharkan bahawa pacar pacar ini tidak lagi berupaya melakukan dosa dan dengan itu jangan sekali kali mereka di hina, dicerca atau di suruh meletak jawatan dalam parti politik masing masing mahupun kerajaan di bawah naungan pemegang .Senarai penerima darjah tertinggi Negeri Indera Pinang Sebatang di Atas Awan Biru,


Panglima Kerepek Pisang Jawa, Peringkat Budu Sebelanga yang membawa gelaran Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang,

1. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Anwar Ibrahim
2. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Tian Chua
3. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Lim Kit Siang
4. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Nizar Jamaludin
5. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Khalid Ibrahim
6. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Lim Guan Eng
7. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Abdul Hadi Awang
8. Datuk Maksum Alim Kucing Misai Sebatang Karpal Singh Karam

Dengan ini juga di isytiharkan barang siapa yang marah mereka akan dijual kepada Raja Cerita Cabuk, Raja Petra Perdana Sdn Bhd, yang beralamat di Nombor A, Tingkat W, Wisma Belanga Kari Semalam, Jalan Senget Lutut Longgar, Seberang Katak Melompat Terkejut, Negeri Indera Pinang Sebatang di Atas Awan Biru.


Sebarang pertanyaan atau peluang politik, skim cepat jadi perdana menteri sila salurkan melalui e-mail: sayanakjadipm@iamdes.perate.to.bpm.


Posted by Shamsul Yunos at 6:11 AM


Penghuni Gua : Geram , bila Institusi utama orang melayu dipersendakan. Itu yang saya masukkan Titah Kerajaan Di Langit Ayah Pin ini. Untuk renungan kita bersama. Selamatkan negara ini dari semua makhluk perosak. Amin.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR