FOLLOWERS

Thursday 26 February 2009

PUDU RAYA : ULAT TIKET MASIH BERKUASA




Penghuni Gua berlepas balik ke Melaka dengan menaiki bas di Hentian Pudu Raya jam 5 petang dengan menaiki bas Transnasional. Perkara yang hendak diutarakan diruangan ini ialah mengenai kegiatan ulat tiket yang masih berleluasa di hentian berkenaan. Sampai sahaja di kaki lima dan di muka pintu hentian berkenaan telah kelihatan berbelas orang ulat tiket ( lihat gambar ) yang berkeliaran diruangan berkenaan.

Penumpang bas termasuk saya beberapa kali dihalang oleh mereka ini untuk menaiki tangga kerana masing-masing sibok mempromosikan jualan tiket bas masing-masing. Begitu tidak selesa sekali. Perjalanan saya ke kaunter tiket seterusnya juga mengalami gangguan yang sama oleh berpuluh ulat tiket . Mengapa perkara ini dibiarkan oleh pihak JPJ. Bukan sukar untuk membuat tangkapan terhadap mereka ini. Adakah pihak JPJ membuat operasi bermusim ?. Lebih mendukacitakan , kelihatan sebuah kenderaan jenis WAJA berlambangkan JPJ diletakkan di atas kaki lima dibawah landasan LRT.


Apa fungsinya. Tiada nampak langsung kelibat pegawai penguatkuasa ini menjalankan tugas. Penghuni Gua kemudian berlegas di seluruh Hnetian Pudu Raya untuk melihat ada atau tidak pegawai JPJ yang bertugas. Jawapannya tiada kelihatan. Lebih melucukan di samping kenderaan JPJ yang berkuncing dan tiada pegawai di dalamnya, lebih kurang 10 orang ulat tiket menjual tiket dan mengganggu penumpang/ pejalan kaki di hadapan kenderaan JPJ berkenaan.


Pada pandangan Penghuni Gua penguatkuasaan JPJ ini amat memualkan dan membazirkan wang rakyat sahaja. Ini kerja anda , bukan pihak polis. Anda adalah penjaga semua perkara ini berkaitan pengangkutan.


Bukan hanya meengeluarkan permit dan lesen pengangkutan tanpa ada usaha untuk menguatkuasakan peraqturannya. Kenderaan yang diletakkan dihadapan hentian berkenaan sepatutnya diserah kepada rumah anakmyatim sahaja lagi ada faedahnyanya dari dibiarkan berpanas dan berhujan sepanjang hari.


Jenis operasi yang dibuat ( meletakkan kenderaan untuk tujuan tunjuk kuasa dan kehadiran penguatkuasa ) adalah satu operasi yang ketinggalan zaman dan membazirkan wang rakyat. Cara penguatkuasaan sedemikian sepatutnya layak dibuat di negara Timur Leste atau di Darfur sahaja. Itu pun pada pandangan Penghuni Gua mungkin bertahan dalam 2 jam sahaja. Lepas itu mungkin hancur kena bom atau dibakar oleh rakyat dikedua negara berkenaan.


Jadi , ubahlah pendekatan operasi dan juga kuatkuasakan sebaik mungkin undang-undang yang ada. Semua kemudahan telah kerajaan berkan kepada JPJ berbanding dengan negara lain. Memalukan. Macamana nak selesaikan masalah teksi yang berbagai masalah yang lebih rumit jika masalah ulat tiket pun tak boleh selesai. Segeralah bertindak wahai JPJ. Jangan mengabis beras dan duit pembayar cukai sahaja. Anda digajikan oleh kami. Haram duit yang anda terima setiap bulan jika kerja tidak dibuat. Duti haram ni bukan nanti kita terima rasuah sahaja, tetapi beri kerja tak buat dan makan gaji buta juga , namanya duit haram.


Penghuni Gua : Jadi ulat tahi cukup lah. Ada juga gunanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR