FOLLOWERS

Wednesday 18 March 2009

AKTA HASUTAN : INI KE KEUTAMAAN MAJLIS PEGUAM ?




Majlis Peguam gesa k'jaan mansuh Akta Hasutan

Majlis Peguam hari ini menggesa kerajaan mengkaji secara serius Akta Hasutan 1948 dengan matlamat memansuhkan undang-undang itu sepenuhnya. Ketika memberikan respons kepada dakwaan hasutan terhadap pengerusi DAP Karpal Singh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, presidennya yang baru dipilih, Ragunath Kesavan berkata akta itu telah menyekat dengan teruk kebebasan asasi sivil orang awam.

"Majlis Peguam terkejut dan kurang senang dengan tindakan Peguam Negara mendakwa Karpal Singh di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya berhubung isu pemecatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

"Amat jelas sekali bahawa Karpal Singh hanya melahirkan pendapatnya, tidak pernah beliau menyuarakan rasa tidak hormat, atau mencabar institusi raja menerusi apa carapun. Ini pastinya dibenarkan di bawah Perlembagaan dan tidak boleh dianggap menghasut," katanya.

Sebarang percubaan untuk menyekat pendapat umum dengan menggunakan akta tersebut adalah tindakan mundur yang bertentangan dengan prinsip demokrasi, kata Ragunath, yang menggesa supaya tuduhan itu segera ditarik balik.

"Kami memandang berat siri tindakan pendakwaan baru-baru ini terhadap mereka yang mengamalkan kebebasan bersuara dan meminta dihentikan segera gangguan seumpama itu. Kami menggesa kerajaan menunjukkan komitmen terhadap kedaulatan undang-undang dan proses demokrasi dengan menggalakkan perbincangan terbuka mengenai isu-isu yang penting kepada masyarakat Malaysia," ujarnya.

Peguam kanan Karpal Singh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan menghasut. Beliau didakwa melafazkan kata-kata menghasut itu pada satu sidang media berkaitan Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu .

Penghuni Gua : Apapun semuanya bermula dengan mulut. Mulutlah yang memulakan segala sengketa dan menghasut, mencerca, berbohong, fitnah, maki hamun, dan sebagainya. Mulut pula jenis seperti dalam gambar di atas. Mulut besar yang tidak pernah diajar tertib untuk berbicara secar berhemah. Bicara yang tidak menyakiti orang lain. Bicara yang mengambil kira perasaan dan budaya serta agama orang lain. Mulut yang berbicara tanpa mengambil kira undang-undang yang ada. Bicara yang mengikut hukum rimba. Inilah bermulanya segala masalah.

Hak kebebasan bersuara telah jelas dalam Perlembagaan negara . Ia dijamin sepenuhnya sebagai hak asasi setiap orang warga negara Malaysia yang tidak boleh diganggu gugat. Hak dan kekebasan bersuara ini walaupun telah diberi kedudukan yang jelas di dalam Perlembagaan negara, tidak akan digangu dan diubah sampai bila-bila. Walau bagaimana pun apabila ia menyentuh soal keselamatan negara dan apabila ia menyentuh keselamatan dan hak asasi awam tergugat maka Perlembagaan negara telah membuat beberapa sekatan bagi menjamin keselamatan awam dan kebebasan awam terjejas dan terguguat terutama bila menyentuh DYMM Raja-Raja Melayu, agama dan Adat Istiadat Melayu, Hak keistimewaan Orang Melayu dan beberapa sebab lain.

Jika menyentuh perkara ini beberapa sekatan akan dibuat. Jadi di atas falsafah itulah maka Akta Hasutan dan beberapa Akta lain telah diluluskan oleh Parlimen dengan secara sah dan berpelembagaan. Ia bagi menjamin keselamatan dan tidak ada pihak yang cuba menganggu dan mempersoalkan perkara-perkara asas dalam pembentukan negara ini. Ini kerana jika perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama ini diganggu dengan berbagai cara, maka sistem yang sedia ada akan rosak dan negara akan menjadi anarki. Adakah itu yang kita mahukan?

Akta Hasutan adalah akta yang sah megikut perlembagaan negara dan memang ia sah. Mengapa ia dipersoal. Mengapa ada pihak berhasrat menghapuskannya. Apakah asas dakwaan mereka bahwa ia menafikan hak asasi mereka? Apakah kebebasan yang ingin mereka perjuangkan. Apa ruang lingkup kebebasan yang diminta. Bebas berkata apa sahaja, bebas menulis apa sahaja ? Adakah kita meminta kebebasan bersuara tanpa batas seperti di dalam alam haiwan yang tiada batas. Agama mana yang benarkan kebebasan sebegini.

Di dalam unit kecil seperti kelauarga pejuang hak asasi ini pun mereka ada sekatan-sekatan tertentu dan peraturan keluarga bagi menjamin kerukunan rumahtangga dan keluarga mereka. Mengapa berbeza ukuran bila melibatkan negara. Mengapa mereka tidak menggunkan konsep yang sama semasa mentadbir dan menyusun kekuarga mereka. Ini asas sebuah negara. Keluarga. Jika dalam keluarga kita ada peraturan, adat, budaya, undang-undang dan sekatan maka begitulah juga dalam sistem bernegara. Ini analogi mudah yang tidak perlu kepada kemahiran dan kelulusan dalam bidang undang-undang.

Adakah kita nak hidup di alam binatang dan haiwan rimba ( kalau di zoo ada juga undang-undang untuk binatang ni ) ?. Perlu ke kerajaan memberi perhatian kepada kepentingan beberapa kerat individu dan kumpulan yang sentiasa tidak bersyukur kepada apa yang ada. Adakah kepentingan dan hak asasi mereka ini lebih tinggi dan keutamaannya berbanding hak asasi awam dan masyarakat terbanyak.

Apa alasan Presiden Majlis Peguam yang baru dengan mendakwa Akta Hasutan telah menyekat dengan teruk kebebasan awam. Apa kayu ukurnya. Kami tidak merasa tersekat pun dari segi kebebasan bercakap kami dan juga tulisan kami. Tidak ada pun kerajaan sekat. Ini kerana kami bercakap dan menulis secara berhemah dengan mengambil kira kami adalah manusia dan ada akal yang boleh berfikir buruk baiknya kepada rakyat dan negara kami. kami tidak menyentuh perkara asas pembentukan negara yang telah datuk nenek kita persetujui dahalu dan ada pihak saling memberi dan menerima sserta tolak ansur. Tidak ada sekalipin kami yang dah berusia 49 tahun ini dihalang bercakap dan menulis di merata tempat di Malaysia. tak ada pun sekali polis menalipon dan memberi amaran kepada kami. Apa masalahnya.

Ini kerana apa yang kami semua cakap dan menulis adalah bagi dan falsafahnya adalah demi kepentingan negara dan masyarakat terbbanyak dan tiada agenda invidu dan kumpulan-kumpulan tertentu.

Negara ini amat meriah dan berwarna warni atas sebab kepelbagaian bangsa. agama, budaya, suku kaum dan sebagainya. Cuba kita lihat semua kepelbagaian dan perbezaan yang sudah lebih 50 tahun diurus dengan baik walaupun masih tidak sempurna dari segi pengurusan kepelbagaian ini. Bukan senang. tetapi disebabkan tolak ansur, kebijaksanaan, serta berhemahnya kita semua baik dari rakyat dan pemimpin negara ini kita dengan penuh bangga kerana kita dapat " merge " segala kepelbagaian ini. Semua pihak gembira dan aman damainya kita di Malaysia ini. Lihat di negara lain, adakah yang lebih baik dari negara ini. Sebutlah dari aspek apapun. Siapa berani mengatakan ada negara tertentu lebih baik.

Adakah dengan bercakap memaki hamun, menghasut, menyemai semangat kebencian kepada perkara asas pembentukan dan institusi utama kita itu di katakan bebas? Ini yang kita mahu. Jika ya, benarkan anak presiden malis peguam ini memaki hamun bapaknya depan kami jika itu kebebasan yang diminta. Jika boleh beliau menerima tindakan anaknya itu terhadap beliau kita boleh cadang agar akta hasutan dipinda.

Lihat kembali falsafah Akta Hasutan. Ia bukan bertujuan untk menyekat kebebasan bersuara rakyat. Cuma jika ia mengancam keselamatan negara dan perkara yang dilarang disntuh oleh perlembagaan, barulah akta ini akan dipinda. Ini dibenarkan oleh perlembagaan. Kebebasan ada had dan sempadannya. Jadi anda sebagai mereka yang memahami undang-undang, sepatutnya menghormati semua undang-undang yang digubal negara ini. Lihat falsafah penggubalan undang-undang itu secara holistik dan jujur. Bukan kerana tujuan dan kepentingan berpihak dan kepartian.

Prinsip Rule of Law dan bukan Rule by law. Ini yang anda semua dari pihak anda selalu mengesa kerajaan laksanakan. Jadi patuhilah semua prinsip dan undang-undang negara ini kepada anda juga. Jika anda meminta kerajaan berperinsip tersebut anda juga hendaklah melakukan perkara yang sama. Jangan hanya pandai bercakap tentang prinsip ini sahaj kepada orang lain. Jika ia tidak menguntungkan pihak anda dan mereka yang serupa dengannnya , maka anda mengatakan ia tidak demokratik, mencabul hak asasi manusia dll. Di mana kedudukan hak asasi kami dan hak asasi awam yang lain. Adakah anda fikirkan percakapan yanag telah anda keluarkan boleh mengancam keujudan negara ini dan mengancam perpaduan kaum yang terjalin dengan baik selama ini ?

Negara bukan makmal. Ia bukan tempat uji kaji dan tempat main sorok-sorok seperti kita zaman kanak-kanak. Jika silap cuba lagi. Kalau silap masa main sorok-sorok boleh " choop".

Kesilapan dalam mentadbir negara akan melenyapkan keujudan negara dan bangsa Malaysia keseluruhanya. Bila negara kacau bilau, seperti apa yang berlaku sejak dulu, anda hanya bertindak menyalahkan lagi kerajaan. Anda semua tidak pernah mengambil tangghungjawa. Lihat saja di Pakistan, India. Apa yang telah dilakukan oleh bijak pandai undang-undang ini termasuk ketua Hakim Pakistan itu. Hari hari -hari memekik dan membuat kacau dan merusuh. Bertahun, Pakistan tak pernah stabil. Mereka yang pandai macam andalah yang menadi sebahagain dari anai-anai pemusnahnya.

Kesannya: Rakyat dipendalaman lah yang menderita. Nak makan pun susah. Bantuan kepada mangsa gempa di Pakistan pada 2004 tidak dapat diurus dengan sempurna kerana negara tidak stabil. Kerja meraka yang seperti anda hanya menuding jari. Ini sahajalah kerja orang macam anda. Boleh lihat di semua negara. Sebab anda hanya suka dan pandai bercakap tapi tak pernah pandai menyumbang dan mengurus untuk menyelesaikan masalah terbanyak.

Undang-undang dan peraturan dibuat adalah untuk memelihara kepentingan rakyat dan negara. Jika undang-undang dan peraturan yang digubal tersebut tidak boleh lagi menjaga dan memelihara kepentingan masyarakat terbanyak dan negara kerana dimanipulasi oleh anda dari kelemahan undang-undang tersebut.: maka kerajaan wajib meminda undang-undang untuk menghalang anasir tak bertanggungjawab ini dari merosakkan sistem kenegaraan kita yang telah sedia ada dan baik. Kepada kerajaan : persetankan loyar-loyar buruk ini.

Meraka hanya boleh dan pandai bercakap sahaja. Tidak pernah bertanggungjawab di atas percakapan masing-masing. Kerjanya hanya menuding kesalahan kepada orang lain. Kepada Majlis peguam dan mereka yang sepertinya : senang sahaj nak meyelesaikan masalah yang anda lontarkan itu. Jaga ulut anda jangan jadi seperti gambar di atas. Semua akan selamat. Dan tumpukanlah kerja anda , bagi memperbaiki imej peguam-peguam di Malaysia yang terlibat dalam berbagai salahlaku dan jenayah semasa menjalankan tugas.

Suara rakyat terbanyak yang megeluh tentang kelemahan anda. dari segi penagguhan kes, Ambil kes secara bertindih dan kemudian menangguhkan kesemuannya, memakan kedarah wang pelanggan berkaitan perjanjian, insuran. Setiap hari aje sahaja , tingkahlaku buruk ahli anda terhadap orang seperti kami yang diadukan kepada Majlis sendir, polis, biro pengaduan awam, SPRM dan sebagainya yang mengadu tentang kenayah dan salah laku ahli anda. Jadi inilah tugas utama anda .

Betulkan dulu ahli anda dari nak bercakap hal lain. Unit kecil seperti Majlis ini pun, anda tidak boleh dan tidak berupaya mengawal salah laku ahli anda yang tak seberapa ramai. Kini anda nak bercakap tentang hal lain. Selesaikan masalah asas ini. Juga bantu Jabatan kehakiman dalam menyelesaikan kes tertunggak dan penangguhan kes yang dan berjuta-juta. Inilah bentuk pejuangan hak asasi awam yang patut Majlis perjuangkan.

Selesaikan 2 masalah ini dahulu. dah selesai , BOLEH LE CAKAP BAB LAIN. BASUH PUNGGUNG SENDIRI DULU, SEBELUMBASUH PUNGGUNG ORANG LAIN. LIHAT SAMADA PUNGGUNG KITA SUDAH DICUCI DENGAN BERSIH SEBELUM MENUDUH PUNGGUNG ORANG LAIN BERKURAP.............................................................FIKIRKANLAH DENGAN RASIONAL.



No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR