FOLLOWERS

Tuesday 17 March 2009

AMARAN KEPADA PENGHINA, PENDERHAKA DAN PEMFITNAH : TAN SRI MUSA HASSAN : KETUA POLIS NEGARA



Berita Harian

17 mac 2009




Oleh Ifwan Tun Tuah dan Hanneeyzah Bariah Baharin



KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran akan mendakwa lebih ramai individu termasuk penulis blog yang memaparkan penulisan bersifat menghina dan fitnah serta boleh menyebabkan ketegangan dalam negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika mengulas mengenai lima lelaki yang didakwa di mahkamah di seluruh negara Jumaat lalu, kerana menghina Sultan Perak, berkata pihaknya memandang serius perbuatan itu.

"Kita sentiasa memantau aktiviti di laman web dan blog serta akan mengambil tindakan jika dapati ada orang yang buat lagi benda seperti itu (menghina Sultan)... ia salah dari segi undang-undang. "Polis sentiasa mengingatkan mereka patuh kepada undang-undang... jangan memfitnah orang... jangan menghina orang... tapi kalau orang suka buat benda itu, maka bersedialah menghadapi tindakan undang-undang," katanya. Berita lanjut :



Penghuni Gua : Tahniah Tan Sri Musa dan PDRM. Ambil tindakan kepada semua penderhaka , Penghina, pengkhianat dan juga kepada mereka yang menyebarkan fitnah. Negara kita telah lengkap semua undang-undang yang berkaitan dengan semua perkara. Penguatkuasaan yang tegas begini oleh PDRM dan semua agensi penguatkuasaan yang lain akan mengembalikan keyakinan orang ramai kepada kerajaan.



Tindakan ini telah memberikan keyakinan bahawa negara ini masih menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Prinsip " Rule of Law " biar mereka semua faham. Inilah cara memahamkan meraka. Tindakan secara lembut dan memujuk bukan kaedahnya untuk menangai gejala ini. Jangan benarkan walau seorangpun berdiri lebih tinggi dari undang-undang. Masyarakat terbanyak amat menyokong tindakan sebegini. Cuma suara mereka jarang didengar. Tahniah PDRM. Andalah pemain utama dalam menjaga keselamatan negara ini dan inilah yang berlaku sejak dahulu. Anda menjaga ketuanan negara ini dari dirosakkan oleh mereka seperti di atas. Teruskan tindakan. Tahniah, tahniah, tahniah, tahniah..


Dalam bahasa kampung " LADAKAN TERUS SEMUA MULUT YANG CELUPAR DAN PAPARKAN TERUS TANGAN-TANGAN HANTU YANG BERTINDAK BALING BATU SEMBUNYI TANGAN INI " . Tahniah PDRM, Tahniah PDRM. Apa pun yang mereka kritik terhadap anda, anda adalah terbaik.


Tulisan-tulisan lain yang perlu diberi perhatian oleh PDRM dan Suruhanjaya Multimedia :






Kingdom of Purplaya
Tue, 10/14/2008 - 08:33

The Kingdom of Purplaya
is located somewhere in Asia
slightly north of the Equator.

Its people are of mixed origins:
some Indonesians, some Chinese
some Indians, some Portuguese ...

Most Purplayans were immigrant
sfrom the neighbouring countries;
only a handful are pure indigenes

who live up in the mountains
and are hunters & fruit gatherers
but not land-owners - just tenants.

These natives - true sons of the soil
-have been made marginal
by usurpers who stole their mantle

claiming that they are the original
god-chosen people of Purplaya and all
others, including indigenes, are mere aliens.

To ensure their privileges in perpetuity
this 'purple' bunch of pretenders
(With aid of their colonial masters)

drew up a farcical Constitution
which ensured that King & President
would always be of their persuasion.

They implemented a quota system
to reserve places for their children
in school, college & university;

stuffed ranks of Police & Army
with officers of their nomination
to protect their pockets & property;

and legislated that any question
of their special powers & position
would invite a charge of treason.

These self-anointed 'purple people'
now enjoy licences unlimited
for they are the only ones free

to libel enemies in their papers
burn effigies on street-corners
while other citizens of the country

face torture & imprisonment
if they criticise the government
or organise any kind of rally

Still, this apartheid autocracy-
the world's last bastion
of institutionalised racism -

harbours pretensions extraordinary
and lays claim to be
the only true surviving democracy!


Nota : Puisi dan komen mengenainya juga ada disiarkan di blog Amirhamzah : Dibawah ini dipetik sedikit ulasan dari blog tersebut :


Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini.


Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.


Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)


Juga Lihat : MalaysiaKini


Tulisan bertajuk :

Hishamuddin Rais Feb 18, 09 4:03pm

Cerita Satu: Permaisuri sedang duduk di dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampung sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda disebat agar memecut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan, kaum tani datang mengepung. Berita Lanjut :....


Nota : Apa maksud tulisan - tulisan ini. Sakit hati membacanya. Ini ada unsur menghina dan juga hasutan dan boleh melahirkan sikap permusuhan antara kaum. Jadi semua pihak yang terlibat sila beri perhatian untuk ambil tindakan yang sesuai. Juga tulisan Akhirnya tinggal 4 ekor Raja ini , kita lihat siapa penulisnya. Berpuluh tahun beliau habiskan usianya sehingga kini dengan memburukkan negara.


Bebasnya dia. Akhirnya , segala ludah dan kahak yang dilemparkannya kepada Malaysia di telannya balik. Tetapi kerja buruknya masih belum berhenti. Mungkin PDRM boleh melihat dari sudut lain bagi tulisan-tulisan di atas. Keselamatan negara adalah tujuan utama. Jadi ini jugalah mengapa kami akan memantau tulisan-tulisan begini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR