FOLLOWERS

Tuesday 10 March 2009

APA ITU MELAYU : TITAH DYMM RAJA NAZRIN







Berita Harian Terkini
10 mac 2009

Ada usaha radikal ubah resipi kekuatan Melayu: Raja Nazrin

BANGI: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah kini timbul usaha radikal daripada kalangan pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Baginda bertitah, resipi itu meliputi elemen yang terdiri daripada faktor agama, bahasa dan budaya di bawah payung naungan dan perlindungan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.


"Klausa menyentuh agama Islam, institusi raja Melayu, adat istiadat Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan.

"Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disaluti dengan agama. "Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi ini," titah baginda ketika melancarkan buku "The Malays" di Bilik Senat, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.
Penghuni Gua : Daulat Tuanku. Kebawah Duli kami semua berpayung.

2 comments:

  1. Daulat Tuanku, sebagaimana Tok Nenek Teman menjungjungi Kesultanan Melayu, begitu juga Teman dan anak cucu teman akan sentiasa berpayung di bawah pemerintahan Tuanku.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Saya dari Sabah sentiasa menyokong Kedaulatan Raja2 Melayu selagi pada landasan yang benar untuk rakyat jelata..
    PROUD to Raja Dr.Nazrin

    ReplyDelete

PETA PELAYAR