FOLLOWERS

Wednesday 18 March 2009

BOIKOT LAGI : INILAH PERANGAI PENCETUS MASALAH



Utusan Malaysia

18 mac 2009




KUALA LUMPUR 17 Mac - Tiga Ahli Parlimen pembangkang yang dilantik menganggotai jawatankuasa bagi menyiasat aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) bertindak memboikot jawatankuasa itu dengan menghantar surat meletakkan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Salah seorang bekas ahli jawatankuasa itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mendakwa, tindakan itu diambil kerana wujudnya ketidakadilan Dewan Rakyat dalam siasatan kes Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dengan kes bapanya Karpal yang dihalang sekumpulan ahli Pemuda UMNO di perkarangan Parlimen pada 26 Februari lalu.

Kata Kit Siang, beliau menyokong penuh usul penubuhan jawatankuasa sewaktu ia dibentangkan akhir Februari lalu kerana berharap siasatan dan pendakwaan mengenainya dapat dibuat secepat mungkin walaupun beliau sendiri tidak pernah menghadirinya.

"Namun Dewan Rakyat tidak mengambil tindakan cepat seperti mereka meluluskan usul menghalang Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) semalam.


Penghuni Gua : Kepada YB Tan Sri Pendikar Amin Mulia , Speaker Parlimen, jangan bertangguh lagi. Pedulikan mereka ini yang tidak habis-habis menimbulkan masalah. Banyak lagi masalah rakyat yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan dari membuang masa untuk melindungi seorang Ahli Parlimen selekeh seperti ini.



Mereka semua ini bukan tida faham. Tetapi dengan penuh sedar dan sengaja buat tak faham. 2 kes di atas adalah berbeza. Satu diluar parlimen dan satu di dalam parlimen. Di dalam parlimen bukti hansard parlimen dah tertulis. Kes bapanya diluar parlimen dan memerlukan saksi luar. Kes mudah sangat secara perbandingannya. Mereka ini akan menggunakan kepakaran undang-undang untuk memanipulasikan undang-undang dan peraturan untuk kepentingan mereka. Itu sahaja.

Mereka ini nak dilayan seperti atau lebi dari Raja. Cakap mereka pun lebih daripada DYMM Raja-Raja, semua misti ikut mereka, mereka sahaja yang betul, mereka cerdik, cakap mereka benar, mereka kebal, tiada undang-undang boleh menyekat mereka. imuniti DYMM nak dibuang, Imuniti mereka nak ditambah. Tuduhan menghasut tak adil jika dituduh kepada mereka, orang lain menghasut patut dituduh. Mencelakakan orang boleh , orang lain mencelakan mereka dikatakan menghina dewan.



Kepada Spaker ; jangan dilayan lebih-lebih lah. Mereka ni pandai mengkritik dan bercakap. Kita semua bekerja dan kena buat. Mereka tetap begitu walau apa pun yang dibuat. Apa wajah dan pakaian yang mereka pakai pun, hati dan perangai mereka tetap sama. Tengok di DUN Selangor udah le. jaga satu DUN pun separuh nya garangnya dan angkuhnya Speaker mereka. Perak pun apa kurangnya. Jadi , buat keputusan cepat.



Penghuni Gua pun dah lihat Vedeo yang dikatakan serangan tersebut. Orang bodoh macam kami pun hanya senyum sendiri saja. Vedeo yang dirakam oleh mereka , memakan mereka semula. Sebab itu mereka memboikot Jawatan kuasa ini kerana mereka tahu, dakwaan mereka tidak benar. Vedeo di laman bloh YB Lim kit Siang lah yang digunakan oleh UMNO untuk mempertahankan diri mereka. Jadi senjata makan tuan. Ini kes amat senang dan ada hitam putih dan divedeokan. Tak payah bukti lain. tak ada orang terancam pun. Mereka mengancam orang lain dengan celaka dan memaki hamun, menuduh orang lain pembunuh adalah. Kami semua di luar ini yang sebenarnya terancam. Amat terancam.



Temberang dan gempar ( cakap dan perbuatan ) mereka ini memang kalau dipandang sekali imbas, bangunan KLCC boleh di makannnya. Senang aje diratahnya. contoh terbaru, YB Sivakumar di Perak. 20 pengawal peribadi. Mengalah DYMM Agung. Presiden Obama dan PM Israel pun kalah dibuatnya. Gempar mereka ini sebenarnya gempar tahi kucing aje. Semua kita tahu. Sama di mana-mana.

1 comment:

  1. Salam,

    Meluat betul tengok perangai Pembangkan walau di mana pun. Buang masa dan makan gaji buta betul.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR