FOLLOWERS

Thursday 19 March 2009

BUBAR LEMBAGA DISIPLIN UMNO ?




Selepas Lembaga Displin UMNO mengumumkan keputusan dan hukuman kepada mereka yang terlibat dengan salah laku berkaitan etika parti semalam, ada pula suara-suara sumbang agar Lembaga ini dibubarkan . Alasannya antara lain mereka tidak percaya di atas peranan yang dimainkan oleh lembaga ini . Tidak telus, pilih kasih, lambat, dan sebagainya.



Penghuni Gua : Kalau inilah cara beberapa pemimpin-pemimpin UMNO berfikir maka tidak hairanlah mengapa UMNO telah, sedang dan akan terus menghadapai masalahnya di masa depan. TIDAK AKAN DITERIMA OLEH RAKYAT. Berfikirlah diluar kotak sikit.



Berubahlah cara anda semua berfikir. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Perkara semudah ini pun dipandang dari sudut yang serong dan dengan penuh sinis. Bagaimana anda semua hendak menghadapai masyarakat dan rakyat serta cabaran yang diberikan olehnya jika perkara di dalam parti anda yang diujudkan untuk kebaikan parti anda, masih hendak dipertikai. Belajar patuh kepada keputusan dan jangan asyik hendak mempertikai tanpa sebarang cadangan lain yang konkrit. Kepada pemimpin atasan UMNO, singkirkahlah pemimpin berfikiran seperti tahun-tahun sebelum perang dunia kedua ini.



Mereka ini sukar berubah dan bukan pemikir yang baik. Singkir sahaja dan pilihlah pemikir dan yang boleh aplikasikan pemikiran mereka. Contoh seperti YB Dato Seri Rais Yatim. Pilih tokoh begini. Mereka pemikir . Inilah contoh aset yang sepatutnya UMNO dan kerajaan patut miliki. Tong sampahkan pemimpin yang berkualiti kurang dari YB Menteri yang disebutkan di atas.



Lembaga Disiplin : Teruskan ketegasan dan laksanakan amanah yang telah diberikan kepada andatanpa rasa takut dan gentar. Anai-anai ini memang sukar dihapuskan kecuali kalau kerap disembur racun kepada mereka dan gunakan racun yang paling kuat dan disembur secara tetap . Selamatlah Parti anda bagi keselamatan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.



Penghuni Gua : Disiplinkan diri sendiri.

1 comment:

  1. benar...buang yg tak berkualiti dan korup, dalam masa yang sama lembaga disiplin perlu konsisten dalam semua kes

    ReplyDelete

PETA PELAYAR