FOLLOWERS

Friday 13 March 2009

DATUK NORZA ( MT UMNO ) DI DAKWA : PEMBANGKANG AMBIL IKHTIBAR !


Berita Harian Terkini : 13 mac 2009

Berita


Norza tiba di mahkamah untuk sebutan pertuduhan


TEMERLOH: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Norza Zakaria, tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10 pagi tadi bagi sebutan pertuduhan dakwaan terbabit politik wang menjelang pemilihan parti akhir bulan ini.

Beliau yang berbaju kemeja putih bersut kelabu tiba bersama peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Md Abdullah, serta diiringi beberapa penyokongnya. Puluhan penyokong lain turut berada di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi.

Penghuni Gua : SPRM bertindak lagi. Tahniah. Moral dari peristiwa ini ialah semua pihak yang menuduh kerajaan membuat tuduhan dan pendakwaan terpilih adalah fitnah sama sekali. Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa jika melindungi kesalahan. Tuduhan pendakwaan terpilih, hidden agenda dan campur tangan tangan - tangan ghaib hanyalah tuduhan dan fitnah sahaja. Tidak berbunyi sepatah perkataan tahniah dari pihak pembangkang dan penyokong mereka tentang kejayaan SPRM membongkar kesalahan ini. Sepatyutnya semua pihak melahirkan penghargaan tentang kejayaan ini oleh semua pihak.


Yang bersalah tetap tidak akan terlepas. Kepada pembangkang, jika pemimpin anda melakukan perkara yang sama dan jika didakwa di mahkamah terima lah dengan berhemah dan dengan hati yang terbuka serta berpandangan positif. Tiori-tiori konspirasi dan sabotaj serta adanya hidden agenda dari pihak tertentu itu, baik dilupakan sahaja. Pandang positif. Jangan membela yang melakukan jenayah. Biar proses mahkamah yang menentukannya. Berhentikan berpolitik sekejap. Ingat apa yang anda cakap dan tuduh kepada orang lain tanpa bukti akan diadili di padang masyar nanti. Jika ada bukti buat lapuran. Jangan hanya sekadar tuduhan dan andaian. Kerana kedua faktur inilah yang menyebabkan kita semua asyik bergaduh dan membuang masa berceramah sana sini yang hanya membuang masa dan tenaga. Tenaga dan kebijaksanaan anda diperlukan dalam membina negara bangsa. Bukan memfitnah. Syabas SPRM.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR