FOLLOWERS

Friday 20 March 2009

DIHUKUM : KOMEN DATO ALI RUSTAM DAN AZIZ TAPA



UTUSAN MALAYSIA


'Tidak ada konspirasi untuk jatuhkan saya'


KUALA LUMPUR 19 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tidak ada konspirasi dalam UMNO untuk menjatuhkan beliau.

"UMNO adalah parti yang bersih dan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Majlis Bandaraya Melaka dengan AmInvestment Bank Bhd. untuk cadangan menerbitkan RM100 juta sekuriti hutang Islam untuk Majlis Bandaraya Melaka. Mohd. Ali berkata, bahawa beliau telah membuat rayuan berhubung keputusan Lembaga Disiplin itu.


Mengenai satu cadangan bahawa beliau boleh meminta Pendaftar Pertubuhan menghalang pemilihan UMNO dijalankan jika tindakan terhadapnya itu tidak sah, Mohd. Ali berkata, beliau hanya ingin bertindak melalui saluran parti.


Mengenai cadangan sesetengah pihak yang mahu membawa usul supaya Lembaga Disiplin UMNO dimansuhkan kerana ada badan lain yang boleh melakukan fungsi yang sama, Mohd. Ali berkata: "Kita telah tubuhkan dan kita menghormati lembaga yang kita telah tubuhkan."Berita lanjut : Klik


Mohd. Ali pejuang sebenar parti - Aziz Tapa


JASIN 19 Mac - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini adalah seorang pejuang sebenar parti kerana sikap terbuka beliau menerima keputusan tersebut.


Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa berkata, reputasi Naib Presiden UMNO itu yang dikenali sebagai paling kuat bekerja dan sanggup melakukan apa sahaja demi keutuhan parti membuktikan beliau seorang ahli yang begitu setia dan tidak patah semangat...........................................

''Mohd. Ali adalah pejuang politik yang sebenar bermula daripada peringkat akar umbi. Segala pengalaman yang dilalui hingga membawanya menjadi Ketua Menteri sudah cukup membayangkan beliau seorang yang kuat kerja dan melakukan apa sahaja untuk parti,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.


................................''Saya kagum dengan Mohd. Ali yang menerima hukuman itu dengan hati terbuka. Inilah semangat perjuangan parti yang sebenarnya. Beliau menghadapinya dengan tenang dan tidak melatah.


''Beliau masih muda dan pada usia 60 tahun karier politiknya masih belum berakhir dan apa yang berlaku akan menjadi pembakar semangatnya untuk bangkit semula," katanya.


Penghuni Gua : Syabas Dato Ali. Anda berjiwa besar. Kekalkan sifat ini.Kekalkan semangat Tuah di dalam diri Dato. Selepas ini pilihlah penasihat yang terbaik dan bukan penasihat yang menjahanamkan Dato. Kami di Melaka kagum dengan kebolehan Dato dalam membangunkan Melaka. Teruskan agenda pembangunan Melaka tanpa rasa rendah hati dan kecewa.

Kepimpinan Dato amat diperlukan di Melaka. Masa masih panjang. Kepada pemimpin lain, sikap begini yang patut ditunjukkan oleh semua dan buang sifat dan sikap yang suka menyalahkan orang lain dan membakar semua kelambu dan rumah bila parti mengambil tindakan kepada mereka.

Contoh terbaru gesaan Ketua UMNO Paya Besar Kuantan ( Tajuddin ) yang menggesa MB Pahang letak jawatan. Inilah sikap pemimpin parti yang patut disingkirkan. Bukan nak memperkuatkan parti tetaapi mereka lebih suka memberi pandangan dan kritikan yang boleh menjahanamkan parti Sikap suka menuding jari. Lihatlah diri sendiri. Tahniah dato Ali. Anda tidak seperti mereka ini. Juga bukan seperti YM Tengku Razaleigh, bukan seperti Dato Zaid Ibrahim, dan bukan seperti banyak lagi contoh yang lain yang sama-sama kita tahu.

Penghuni Gua : Teruskan agenda pembangunan Melaka.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR