FOLLOWERS

Monday 23 March 2009

HARAKAH DAN SUARA KEADILAN DI GANTUNG




Berkuatkuasa serta merta KDN telah menggantung penerbitan dan pengedaran serta penjualan Akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan kerana beritanya kebanyakkannya berunsur fitnah dan menghasut. Pada pandangan Penghuni Gua sepatutnya KDN sudah lama mengambil tindakan berkenaan. Penghuni Gua pada bulan ini telah 2 kali ada mengulas isu mengenai 2 akhbar ini. Dan cadangan telah diberikan agar akhbar ini diharamkan terus penerbitannya kedua-duanya.


Kalau kita semua membaca dan meneliti kesemua berita yangdimuatkaan di dalam kedua-dua akhbar ini sepenuhnya adalah fitnah dan sebahagian besar beritanya hanyalah berusur hasutan dan sensasi. Tiada nilai dan asas berita langsung. Sumber tepi jalan pun diambil bagi mengesahkan berita yang ditulis. Pada pandangan penghuni Gua Ia tidak lebih akhbar sampah yang tidak membantu membina minda rakyat. Ini sepatutnyaa peranan yang wajib dimainkan oleh akhbar.


Mereka yang mengendalikan akhbar ini tidak kiralah samada 2 akhbar di atas atau yang lain pun hendaklah diberi pengajaran dan hukuman agar tulisan mereka lebih bertanggungjawab dan bukan yang berunsur sensasi, fitnah dan tanpa sumber yang sah.


Pada pandangan Penghuni Gua , sewajarnya kedua akhbar ini diharamkan terus penerbitannya. Keberanian semua mereka ini sejak kebelakangan ini kerana mereka merasakan bahawa pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa dan juga berpendapat pihak berkuasa tidak cukup berani untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Jadi dengan tindakan yang dilakukan , jelas kita memberikan isyarat yang jelas kepada semua pengamal media dan semua yang terlibat yang menuntut kebebasan tanpa had ini ,bahawa negara ini masih berdiri dan terbina di atas undang-undang. Semua pihak wajib mematuhi atau berdepan dengan tindakan tegas jika berkelakuan sebaliknya.


Pada akhir-akhir ini , sudah nampak ketegasan kerajaan dalam menangani semua isu sensitif negara baik dari segi mendakwa mereka yang menghasut, menfitnah, dan sebagainya. Seperti yang Dato Seri Rais Yatim tegaskan semasa takalimat mengenai isu semasa di Angkasapuri tempoh hari, bahawa isu berkaitan keadaan yang sedikit tegang dinegara kita sejak kebelakangan ini adalah kerana isu penguatkuasaan yang dilihat kurang tegas. Ini membawa kepada penerimaan mesej yang salah bahawa kerajaan takut dan gentar kepada mereka.


jadi dengan momentum yang sekata dan dengan kadar yang tetap ini, Penghuni Gua percaya dan yakin , negara akan kembali stabil dalam jangka waktu yang terdekat. Rakyat seperti kami rimas dari keadaan yang tidaak menetu ini. Ketegasan inilah yang perlu ada pada kerajaan. Biar mereka tahu bahawa kerajaan masih kukuh dan jangan ada pihak yang berani serta biadap mencabar kerajaan atas apa-apa isu. Beri isyarat yang jelas kepada mereka ini.


Tahniah KDN.


Penghuni Gua : Baca blog sahaja.

3 comments:

  1. salam tuan..saye rase penghuni gua ni orang yg paling bodoh kat dunia!!masih sokong umno-bn yg dah lingkop...kalau tuan orang yg cerdik & ade fikir ugama..meletakkan ugama dihadapan sekali..nescaya umno-bn ni bukanlan parti yg tuan sokong..!!saye tak paham kenapa terlalu bodohnye manusia ni!

    ReplyDelete
  2. Allah telah mengatakan dalam al Quran, perkataan bodoh tu akan terkena kepada yang mengata. Bahasa anda pun menggambarkan keperibadian anda. inilah gambaran jenis manusia yang berkopiah dan berserban yang menggunakan agama untuk kepentingan diri. Tq atas respon. Demokrasi. Penghuni Gua.

    ReplyDelete
  3. Betul penghuni Gua. Merekalah yang bodoh seperti Allah telah janjikan. Bahasa mereka yang mengaku beriman lebih kesat dari kafir yang dilaknat Allah. Sebenarnya mereka memperbodohkan diri mereka sendiri. Sedih mak bapak dia orang kalau tahu bahasa yang anak mereka gunakan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR