FOLLOWERS

Monday 16 March 2009

HINA DYMM: TAHNIAH , TUDUH DAN TUDUH LAGI !!!



Utusan Malaysia Terkini

16 mac 2009




KUALA TERENGGANU 16 Mac — Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan menghantar komen yang jelik ke laman web pejabat Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati orang lain.


Ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, 34, seorang peguam, dituduh menghantar komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.webper/-dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu http://www.sultan.perak.gov.my/.


Penghuni Gua : Kepada kerajaan dan pihak berkuasa, tahniah dan kekalkan momentum ini. Ini sahaja caranya pelajaran dan pengajaran yang wajar diberikan kepada penulis-penulis berhantu ini. Biar mereka merasai betapa pedih dan sakitnya mereka , begitulah pedih dan sakitnya kami semua termasuk DYMM yang begitu terguris dengan cara penulisan mereka ini. Ambil tindakan berterusan samada kepada pemberi komen di blog mahupun kepada bloggers juga yang berani mempersendakan Institusi ini. Dengan tindakan ini mereka semua tahu bahawa negara ini ada undang-undang. Mereka harus dan wajib bertanggungjawab di atas tulisan masing-masing.


Penghuni Gua : Dah tengok banyak blog-blog jenis satu dah macam tikus kepanasan. Berlumba-lumba membuang tulisan mereka yang menghina DYMM. Pandai pula takutnya si pengecut ini. Mereka semua ini jenis orang kampung cakap " jenis loyar buruk ". Berlumba-lumba memadamkan tulisan masing-masing. Tetapiingat tulisan anda ada sebahagiannya dengan kami atau di blog kami yang boleh pihak berkuasa merujuknya. Berani menulis , beranilah bertanggungjawab atas tulisan anda.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR