FOLLOWERS

Wednesday 18 March 2009

HUKUMAN TERHADAP KHAIRY RINGAN ATAU ADA AGENDA ?



Naib Ketua Umno Khairy Jamaluddin, yang juga didapati bersalah tetapi diberikan amaran, berkata bahawa beliau tidak bersalah namun mengucapkan syukur kerana masih boleh bertanding.

"Saya tidak bersalah dalam kes ini tapi bagi penilaian Lembaga Disiplin, mereka telah membuat keputusan tapi Alhamdulillah" .

Penghuni Gua : Berbagai andaian, telahan dan tiori berkaitan hukuman yang dikenakan terhadap YB Khairy . Ada yang mengandaikan sebagai tolak ansur UMNO dengan Pak Lah. Ia bagi menghormati Pak Lah yang akan melepaskan jawatan tidak lama lagi. Inilah dikatakan satu-satunya waris Pak Lah di dalam politik selepas beliau bersara.


Ada juga mengatakna ia tidak adil kerana dibuat atas pengaruh tertentu dalam UMNO . Hukuman yang dikenakan amat ringan walau didapati bersalah berkaitan etika parti. Ini juga dilihat bagi mengambil hati Pak Lah dan sebagai usaha memujuk kerana ada pihak tertentu bimbang akan tindakan Pak Lah yang mungkin tidak akan melepaskan jawatan PM selepas akhir mac nanti.


Dan tidak kurang juga mengatakan ia mempunyai agenda yang tersembunyi, tidak adil , double standard dan sbagainya. Pada penghuni Gua, dengan hukuman bersalah dan boleh pula bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO mac ini, ini akan menamatkan terus karier politik Khairy. Ini kerana sekirannya Khairy di dapati bersalah dan tidak dibenarkan bertanding maka kedudukan beliau akan bertambah kuat keran beliau boleh memanipulasi tindakan tidak dibenarkan bertanding atas faktur konspirasi bagi menyekat peluangnnya walaupun sebenarnya tidak ada peluang. Tetapi kelebihan Khairy ialah kepetahan bercakap seperti DSAI di mana ia boleh mempermainkan isu ini jika tidak dibenarkan bertanding.


Jadi dengan keadaannya yang di dapati bersalah, tetapi masih boleh bertanding , dapat dilihat dari satu sudut merupakan perjalanan terakhir Khairy di dalam politik sekiranya kalah dalam pemilihan ketua Pemuda nanti. Khairy jika kalah, tidak ada sebab untuk dia mengatakan ada pihak cuba menyekat dan sabotajnya. Ini beliau disingkirkan melalui pemilihan secara demokrasi. Sementelahan pula memang kedudukan pencalunan serta sokongan akar umbi amat terkebelakang sekali dari dua calun yang lain. Jadi Khairy akan jatuh secara pemilihan yang sah jadi tiada sebab untuk beliau menuduh sesiapa cuba sabotajnya. Jika keadaan sedemikian maka kerjaya dan masa depan Khairy di dalam politik UMNO akan berakhir. Apatah lagi Pak Lah sudah tiada.


Jadi inilah di antara berbagai andaian , tiori, dakwaan, tohmahan dan sebagainya berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas Khairy.


Apa pun pada pandangan Penghuni Gua : Jika tiada bukti atau hanya dakwaan bahawa Lembaga Disiplin pilih kasih, ada agenda, penginayaan dan sebagainya berhentikanlah segala dakwaan dan telahan semuanya. Terimalah tindakan Lembaga Disiplin ini dengan sifat berlapang dada dan positif. Ada sebab musabab mengapa hukjman berbeza. Tiap kes tidak sama dari segi fakta. Dalam kes ini ia melibatkan etika. Bukannya rasuah. Banyak sudut dan tafsiran dari segi etika. Jadi kita dan kepada yang dikenakan hukuman dan juga penyokong mereka terima lah tanpa syak wasangka. Andaian, syak wasangka, tohmahan dan fitnah inilah yang selalunya dan faktur utama membawa ketidakstabilan dalam parti dan negara.


Proses ini masih berterusan. Lembaga akan terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya samada kita suka atau tidak. Selagi tiada bukti salah laku oleh Lembaga Displin, berlapang hatilah. Terimalah ia sebagai kada dan kadar dan ada hikmah di sebaliknya. Jangan mengangungkan pemimpin, tetapi utamakan parti dan negara.


Kepada seluruh pendokong UMNO, anda wajib berlapang hati. Jika anda yang kerap dan asyik mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Lembaga Disiplin : bagaimana pula orang luar seperti kami berpandangan. Jika anda hormati peranan badan ini maka orang lain tidak boleh berkata apa-apa lagi. Ini tidak. Asyik tidak puashati. Kadang kala kerana ujud pendewaan pada pemimpin ( yang masih ada sedikit-sedikit di dalam UMNO ) mereka tidak boleh dan sukar untuk menerima kenyataan bahawa pemimpin mereka bersalah. Rasional lah sedikit terutama kepada pemimpin -pemimpin muda. Jangan sokong sokong yang membawa rebah.


Harapan kami sebagai pemerhati luar ini amat besar. Besar dari segi untuk melihat kestabilan kepada parti yang banyak berjasa kepada kami. Ketidakstabilan parti UMNO bukan salah UMNO tapi silap mereka yang di dalamnya. Jadi mulakan pembetulannya. Pembetulan yang sedang berlaku ini haruslah diterima sepenuhnya. Kami mahu pemimpin terbai. Kerana amanah kepada pemimpin ini amat besar. kami tidak mahu seperti kata pepatah :
" HARAPKAN PAGAR, PAGAR , MAKAN AKAR-AKAR PADI ".


Penghuni Gua : Kepada yang dihukum dan penyokong mereka, terimalah keputusan ini dan utamakan parti dan jangan mengamalkan politik sempit. SUKA DEK ORANG. Kepada yang belum kena , ambil ikhtibar dari kes ini. Anda diperhatikan setiap saat dan ketika.


Renungan : Kata-kata Pengerusi Lembaga Disiplin ( orang yang paling kanan/ lama dalam UMNO ) mungkin boleh menjadi pedoman dan ikhtibar jika kita positif dan berhenti sekejap melihat dari sudut politik:


" Adakah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dianiaya oleh pihak-pihak tertentu? Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen apabila diajukan soalan itu, menjawab,

"Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Hanya Tuhan yang tahu."


Apabila diajukan soalan sama ada keputusan itu adil atau tidak dan sama ada beliau menghadapi desakan daripada pihak-pihak tertentu, Rithaudeen menjawab:


"Kami adalah entiti yang bebas dan tidak ada seorangpun harus kacau dan campurtangan urusan kami. Sama ada keputusan yang kami buat itu adil atau tidak, terpulang. Kami mesti telus dan terperinci dalam melakukan siasatan. "Kami akan siasat setiap aduan yang diterima, tanpa mengira dari sesiapa atau mengenai sesiapa," tegasnya.



Penghuni Gua : Renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR