FOLLOWERS

Tuesday 17 March 2009

IKRAR DS NAJIB MEMULIH PERSEPSI TERHADAP UMNO



Berita Harian
17 mac 2009

Najib ikrar bersihkan Umno


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan melakukan perubahan dalam Umno bagi memulihkan persepsi umum terhadap parti. Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa ini ramai yang beranggapan Umno adalah parti yang sombong dan banyak berlaku amalan tidak sihat.

"Saya akan buat pembersihan dalam Umno," katanya semasa sesi dialog pada majlis perasmian Persidangan Agenda Integriti Nasional di sini, petang tadi.

Penghuni Gua : Melalui berita TV 3 jam 8 malam tadi , Penghuni Gua ada melihat ucapan DS Najib di atas. Terharu di atas pengakuan beliau dan azam beliau bagi meletakkan semula UMNO dan kerajaan pada landasan yang sepatutnya. Nampak keikhlasan dari raut wajahnya dan kita semua boleh lihat juga kesedihan di wajahnya semasa mengakui UMNO bermasalah dari segi persepsi di atas.


Kita semua memang sedar, beban dan tanggung jawab yang amat berat yang terpaksa digalas oleh DS Najid selepas PAU akhir mac nanti. Juga lebih berat beban yang ditanggung oleh DS kerana rakyat seperti kami menaruh harapan yang amat tinggi agar DS Najib dapat mengembalikan kedudukan negara dan UMNO pada kedudukan yang betul apabila mengambil alih tampuk pemerintahan negara nanti.


Walau bagaimana pun saya percaya DS Najib berkemampuan dan layak menggalas cabaran dan tanggungjawab ini. Ketenangan beliau setakat yang dilihat kini dipercayai mampu ditangani segala kemelut yang melanda parti dan negara. DS Najib kami percaya DS mampu lakukan. Pedulikan kritikan dan kecaman semua pihak yang tidak senang atas DS. DS tidak boleh melayani semua tuntutan dan desakan ini. Kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Walau pun DS dilemparkan dengan berbagai tuduhan, DS masih kekal hingga kini. Tuduhan dan kecaman tersebut sebenarnya menunjukkan kegerunan mereka kepada personaliti dan gaya kepimpinan DS. DS boleh memulihkan parti dan kerajaan. Buat sahaja seperti apa yang telah lakukan di Parlimen Pekan. Tiada masyarakat di sana yang tidak senang atas jasa dan sumbangan DS. Hatta pembangkang sendiri secara diam memang mengakui kebolehan DS dalam memberikan khidmat di Pekan.


Pada DS , apa yang DS ucapkan itu benar. Hanya persepsi. Jadi tidak apa yang perlu digusarkan . Ia bukan perkara sebenar. Hanya persepsi. Persepsi begini datang dalam berbagai sebab. Samada faktur dalaman parti atau kerajaan atau faktur luaran parti dan kerajaan. Walau apapun, satu faktur persepsi begini timbul adalah kerana beberapa aktor di dalam parti dan kerajaan yang pada pandangan rakyat kurang baik/kurang sesuai dan menepati citarasa masyarakat.


Juga persepsi begini lahir dari penyokong BN sendiri ( UMNO ) terutama nya yang dilihat kurang tegas dalam beberapa isu yang menyentuh perkara-perkara dasar yang terdapat di dalam perlembagaan sehingga banyak pihak berani mempertikaikannya secara terbuka yang mana pada era TUN Mahathir mereka tidak berani mengangkat muka mereka. Boleh jadikan kerajaan dan parti lebih terbuka. Tetapi dalam perkara-perkara yang menjadi tujuang dan asas kepada keujudan dan pembentukan negara ini DS wajib bertegas dan bertindak tanpa sebarang kompromi.


Pada pandangan Penghuni Gua , Parti dan kerajaan diyakini akan stabil di bawah pimpinan DS . Sokongan semua pihak terutama dari Menteri-menteri Kabinet serta semua parti komponen BN mampu menzahirkan perkara di atas menjadi kenyataan. Pilihlah mereka yang terbaik tanpa sebarang pengaruh atau kepentingan lain selain untuk kepentingan negara.


Selamat berjaya DS Najib. Kami doakan DS dan seluruh pemimpin kerajaan meneruskan komitmen ini tanpa memandang kebelakang lagi.


Pedulikan radio-radio buruk yang hanya pandai membangkang dan mengkritik serta memfitnah sahaja. Mereka ini hanya boleh bercakap. Bercakap memang sedap. Fitnah lagi sedap. 10 hari bercakap dan memfitnah boleh mengantikan makan minum dan tidak akan mera lapar sedikit pun kerana di dalam perut mereka ini penuh dengan syaitan-syaitan yang tidak pernah puas atas apa yang kita lakukan. Mereka tidak akan puas, tidak akan puas.


Jadi teruskan agenda DS bila mengambil alih pemerintahan nanti tanpa sebarang kelewatan.


Penghuni Gua : Sokong dari belakang aje.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR