FOLLOWERS

Wednesday 18 March 2009

JIWA BESAR YB DATO ALI RUSTAM : CONTOHILAH






Berita jam 1 ptg TV 3.


Menonton kenyataan YB Dato Ali Rustam menyentuh perasaan saya. Komitmen anda dengan meletakkan kepentingan parti lebih dari segala-galanya menjelaskan anda seorang tokoh yang berjiwa besar. Inilah contoh selepas Dato Isa Samad yang begitu tenang , walaupun setelah mengambil kira apa yang berlaku amat mencabar kematangan dan kesabaran seseorang. Inilah kelebihan yang ada pada mereka berdua. Penegasannya akan terus menyayangi parti dan akan terus membantu parti yang kini sedang berhadapan dengan berbagai cabaran menunjukkan kekuatan yang ada pada semua ahli UMNO.


Antara lain beliau berkata : " "Saya akur dengan keputusan itu tetapi ini tidak melemahkan semangat saya untuk terus berjuang di dalam parti. Saya juga akan menghadiri pemilihan parti minggu depan," .


Beliau juga meminta penyokongnya agar bertenang dan tidak melakukan perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan parti.


Apapun samada benar atau tidak tuduhan yang dikenakan terhadap beliau, kita semua haruslah mengakui sifat ini jarang ada pada seorang pemimpin samada di kalangan pemimpin parti lain dalam kerajaan atau apa lagi di kalangan parti-parti pembangkang. Pemimpin seperti Dato Ali ini tidak akan membakar kelambu kerana marahkan seekor nyamuk. Contoh yang mudah dapat dibuat bandingan ialah tindakan dua bekas pemimpin UMNO yang telah membuat desakan dan ugutan akan membawa UMNO ke mahkamah sekiranya aduan mereka mengenai politik wang tidak diselesaikan segera.


Juga contoh yang jelas ialah semasa krisis kepimpinan anatara Tun Mahathir dengan Tan Sri Musa Hitam dan juga dengan YM Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka tidak dapat menerima keputusan parti sehingga mereka membawa ke mahkamah sehingga UMNO di haramkan. Mereka beramai-ramai keluar dari UMNO dan menubuhkan S46. Satu kes yang masih berjalan hingga kini di mana pemecatan DSAI dari parti dan kerajaan telah menghuru harakan parti dan kerajaan sehinggalah ke hari ini. Contoh-contoh ini dibawa bagi menunjukkan jarang terdapat pemimpin yang berjiwa besar seperti Dato Ali Rustam dewasa ini.


Tahniah Dato Ali. Semuga dato terus berjuang memperkasakan UMNO walaupun apa yang berlaku. Darah Hang Tuah masih terus mengalir dengan lancar di dalam batang tubuh dan jiwa raga Dato. Kesetian tetap tidak akan berubah. Inilah sifat kebanyakkan pemimpin dari Melaka. dari Tun Ghaffar, Ghani Ali, tan Sri Rahim sehinggalah kepada dato, keadaan dan sifat tidak menderhaka dan menikam parti dari belakang masih utuh. Inilah sifat terpuji orang Melaka.


Kepada Pemimpin parti yang lain samada UMNO, MCA, MIC dan sebagainya, contohilah sifat Dato Sri Ali Rustam ini. Inilah jenis pemimpin yang UMNO perlu ada. Berjiwa besar dan setia. Jika semua pemimpin UMNO mengamalkan sifat ini, Penghuni Gua percaya, UMNO akan bangkit semula di dalam PRU ke 13. Percayalah. Piliharaya kecil di 2 bukit tidak lama lagi akan membuktikan UMNO mula pulih.


Selamat berjuang Dato Sri Ali Rustam. Tentu ada hikmah daripada apa yang berlaku ini. Satu perkara yang semua pihak tidak boleh menafikan ialah , DATO SRI TELAH BERJAYA MEMBAWA MELAKA KE SATU TAHAP YANG AMAT MEMBANGGAKAN SAYA. Saya bangga dapat menetap di Melaka.

1 comment:

  1. Tahi lu, jiwa besar, nafsu besar ade la, mcam ni pemimpin yang kita nak contohi, perosak orang melayu! Hapuskan saja dari umno, orang umno ni semua dah kena suap dengan duit.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR