FOLLOWERS

Friday 20 March 2009

KEBEBASAN AKHBAR DARI KACAMATA DAP



Akhbar New Strait Times dilarang menghadiri sidang akhbar kerajaan Pulau Pinang kerana membuat lapuran berunsur fitnah terhadap kepimpinan dan kerajaan negeri Pulau Pinang . Itu arahan dari Prof Dr P. Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang semalam.


Penghuni Gua : Inilah contoh kebebasan dan hak asasi yang sering dilaungkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat dari dulu. Mereka menuntut dari kerajaan Pusat agar lebih telus dalam segala hal. Mereka memperjuangkan kebebasab total dalam semua perkara. Mereka melaungkan kebebasan bersuara. Mereka melaungkan kebebasan berucap. Mereka melaungkan kebebasan berceramah. Mereka melaungkan kebebasan berhimpun. Dan merekaa melaangkan berbagai bentuk kebebasan.


Mereka semua mengkritik kerajaan pusat dengan berbagai kata nista. Kerajaan tidak ada kebebasan bersuara, kerajaan menyekat hak rakyat berucap, Kerajaan menyekat kebebasan berakhbar dan sebagainya. Tetapi berlainan sekali apa bila akhbar menyentuh dan mengkritik kerajaan Pulau Pinang. Mereka sekat. Alasan kerana dikatakan Strait Times memfitnah. Kalau betul akhbar berkenaan memfitnah, saman ajelaah.


Mereka boleh menfitnah kerajaan pusat tentang apa sahaja. Kalau lihat akhbar rasmi DAP, KeAdilan, Harakah, setiap hari tiada lain. Seluruh akhbar tersebut memuatkan fitnah sahaja. Dari muka hadapan akhbar sehingga ke mukA AKHIR, semuanya penuh dengan fitnah. Semuanya tuduhan tanpa bukti. Semuanya tulisan berdasarkan andaian dan persepsi. Maklumat kaki lima pun dipungut tanpa merujuk semula atau mengesahkan terlebih dahulu maklumat dan sumber maklumat berkenaan. Inilah jenis kebebasan yang diacuankan oleh mereka.


Begitu juga di parlimen. Mereka memfitnah DS Najib sebagai pembunuh Atlantuya . Juga tanpa bukti. Si bapak pula memfitnah pemuda UMNO menghantar peluru kepadanya. Bila diambil tindakan ke atas keduanya, terus mereka mengatakan kerajaan menyekat kebebasan bersuara ahli parlimen. Bila kekebalan ahli parlimen dicadang untuk ditarik balik. Kerajaan dikatakan pula cuba menyekat hak dan kebebasan mereka. Jika akhbar mereka digantung permit penerbitan , mereka mengatakan kebebasan akhbar sudah mati di Malaysia. Mereka menghantar memorandum ke merata tempat. Bila terkena pada batang hidung sendiri pandai pula mengharamkan media dari membuat liputan yang mengkritik mereka.


Itu baru dapat memerintah 1 negeri. Kalau memerintaah satu negara, Penghuni Gua merasakan mereka ini akan mengaambil tindakan lebih teruk dari Singapura kepada kita semua. Semua bloggers macam kita yang tidak memuji mereka akan ditutup laman blog kita. Mungkin yanag lain, semuanya bungkus di Kemunting. Tidak mustahil, contohnya bahana yang menimpa Strait Times. Tak ada isu tentang Strait Times. Hanya mengkritik projek yang dibuat kerajaan negeri. Terus haram. Sekirannya Strait Times menulis lapuran seperti mereka menulis lapuran tentang kerajaan pusat di akhbar mereka , tak athulah apa yang akan dikenakan kepada Strait Times.


Jadi kepada DAP, PAS, PKR dan semua parti dalam PR: Jangan anda nak bercakap tentang kebesan akhbarlah. Baca dan teliti dahulu akhbar anda yang sepenuhnya fitnah dan lapuran berdasrkaan andaian. Juga kritikan tanpa cadangan. Semua pembaca, boleh beli dan layari akhbaar mereka di dalam internet kalau tak percaya. Penuh 100 % fitnah , andaian, dakwaan dan kritikan tanpa bukti, . Itu sahaja standard akhbar pejuang kebebasaan ini. Selain itu kalau tak memfitnah, ialah tulisannya penuh dengan maki hamun, cacian, celakakan orang ( lihat blog Tuan Guru Haji Hadi {Tok Haji } ), danpenuh dengan kata nista, mencarut daan sebagainya yang tak sanggup kita nak baca habis tulisan mereka.


Inilah kebebasan akhbar mengikut acuan DAP dan mereka yang serupa dengannya. Jadi dari sekarang baik anda diamlah. Jangan bercakap lagi. Kepada semua peguam dan NGOs serta Majlis peguam Malaysia yang juga pejuang kebebasan bersuara sehingga semalam pun minta Akta Hasutan dihapuskan bila YB Karpal dituduh di Mahkamah : pertayaan saya ialah " apa komen anda tentang langkah kerajaan Pulau Pinang ini ?. Apa pendirian anda tentang langkah kerajaan Pulau Pinang ini. Mengapa anda berdiam diri dan tidak berani mengkritik kerajaan ini. Strait Times tak patut mendapat kebebasan ke. Atau di layak dinafikan haknya. Atau apa. Mengapa anda semua membisu. Tetapi jika kerajaan Pusat melakukannnya bukan main anda mengkritik dan melemparkan berbagai tuduhan. Mana kejaguhan anda mengenai kebebasan. Anda bisu.


Moral ceritanya senang sahaja. Baika kamu semua diam ajelaah. Kamu semua ini adalah hipokrit dan mengamalkan double standard dalam pendirian anda. Apa pendiraan Malik Imtiaz dalam perkara ini. Apa pendirian Ambiga dalam perkara ini. Apa pendirian Koyakutty dalam perkara ini. Apa pendirian Prof Aziz Bari dalam perkara ini ? Inilah pejuang-pejuang hak asasi manusia terunggul di Malaysia. Nak dengar juga apa pendirian mereka. Rumusannnya : hampas belaka. Mereka hanya pandai bercakap aje.


Kepada kerajaan , teruskan agenda pembangunan negara. Pedulikan suara semua pandir-pandir kebebasan ini. Gambar-gambar yang dipaparkan adalah bagi mengambarkan apa yang akan terjadi sekiranya kumpulan pejuang kebebasan ini akan lakukan sekiranya mereka dapat memerintah negara ini. Inilah yang kita sebagai penulis akan menerima akkibatnya. Ia mungkin lebih teruk dari keadaan di Singapura. Mereka yang mengkritik di sana , lari sampai ke lubang cacing lah. Tapi , Penghuni Gua, tetap Penghuni Gua. Penghuni Gua akan terus menulis selagi terdaya. Penghuni Gua akan terus menulis dan membuat pemerhatian bagi menyelamatkan negara ini dari anai-anai perosak ini.


Penghuni Gua : Akan terus menulis luahan hati dan perasaan. Karam Singh ( ini Singh yang betul-betul KINNG ) pernah berkata , " Terbakar rumah nampak asap, terbakar hati siapa tahu ". Jadi cara Penghuni Gua nak memadam api yang membakar hati Penghuni Gua ialah dengan menulis. Menulis dan terus menulis walaupun sedar tulisanya hanya cakar ayam dan kurang berkualiti. Penghuni Gua guna bahasa orang kampung sahaja. Bahasa orang kebanyakkan. Jadi mereka senang faham. Bukana apa, sahut seruan kerajaan agar baiki sistem penyampaian.
Penghuni

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR