FOLLOWERS

Sunday 15 March 2009

KEDUDUKAN ELI : APA KATA MB SELANGOR



Berita Harian : Terkini

15 mac 2009


Kerajaan Selangor belum putuskan kedudukan Elizabeth Wong

KLANG: Tempoh cuti Elizabeth Wong tamat hari ini tetapi kerajaan Selangor belum memutuskan kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung siasatan kes gambar separuh bogel Wong yang tersebar di Internet. "Saya tak tahu keputusannya (status kedudukan Wong) sebab saya juga masih menunggu kalau ada laporan dari polis sebagai maklumat yang saya perlukan untuk buat keputusan. Berita lanjut : .....


Penghuni Gua : Nak sentuh sikit tentang kata-kata MB Selangor ni. Bukan apa, walaupun isu ni dah nampak reda tetapi satu perkara yang perlu diingat ialah perbuatannya membuat perhubungan sulit tanpa ikatan perkahwinan yang sah itu yang jadi isu utamanya. Siasatan polis menjurus kepada siapa yang menyebarkan gambar tersebut. Jadi biarkalah polis menyiasat kes tersebut dan ia tiada kaitan dengan keputusan yang MB Selangor wajib ambil tindakan segera. Jadi jangan alih pula isu ini kepada isu menunggu hasil siasatan pihak polis .


Ini tidak ada kena mengena dengan siasatan polis. MB Selangor perlu membuat keputusan berdasar isu moral. Semua agama melarang pehubungan semacam ini. Eli adalah pemimpin masyarakat. Jadi perbuatannya boleh mempengaruhi dan memberi sesuatu isyarat salah kepada remaja-remaja di negara ini . Selain itu, kedudukannya jika hadir bagi menyampaikan ucapan di majlis-majlis belia/remaja dan murid-murid sekolah. Adakah Eli boleh menasihati dan bercakap mengenai masalah moral remaja-remaja. Mungkin belaiu akan di booo oleh murid-murid sekolah dan remaja-remaja ini. Jadi kepada MB Selangor , buatlah keputusan sekarang. Jangan berpolitik mengenai isu ini. Buatlah keputusan berdasar KeAdilan kepada rakyat.
ADIL ITU BERMAKSUD MELETAKKAN SESUATU ISU DAN KEPUTUSAN ITU PADA TEMPATNYA.
Penghuni Gua : Masih menunggu keputusan Eli . Adakah ia seorang yang berperinsip. Beliau pernah mengatakan bahawa perletakkan jawatannnya adalah muktamad. Kita sama-sama tengok..............apa wajahnya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR