FOLLOWERS

Saturday 14 March 2009

KEHIDUPAN PELAJAR CEMERLANG NIK NUR MADIHAH : BUAT LAH SESUATU !!



PELAJAR CEMERLANG SPM ( 19 A1 DAN 1 A2 )




Tahniah, tahniah, tahniah kepada adik Nik Nur Madihah. Anda kebanggaan kami dan negara. Teruskan usaha dan kegigihan anda dalam pelajaran dan kehidupan . Kami semua doakannya.


Penghuni Gua : Melihat dari rumah tersebut boleh kita bayangkan kehidupan yang amat perit yang dilalui oleh keluarga ini. Kepada semua kementerian yang terlibat buat lah sesuatu ke atas keluarga ini. Kemana pergi JKKK di sana. Mengapa tidak diberi bantuan rumah di bawah projek pembasmian kemiskinan yang peruntukkannya menggunung. Mana perginya pemimpin UMNO di sana. Ke mana pemimpin politi lain yang berdegar-degar cakapnya. Mengapa ini tidak sampai kepada kementerian yang bertanggungjawab. Mana jabatan kebajikan. Adakah kerana mereka masih dibuai mimpi dan berjuang serta berkerja di atas karpet merah. Inilah yang menyebabkan kerajaan didakwa tidak mengutamakan rakyat. Ini semua salah meraka yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas tapitidak melaksana dan gagal memahani perlaksanaan hasrat kerajaan. Kerana anda semua yang masih tidor dan dibuai mimpi maka kerajaan akan dipersalahkan. PM, KSN sudah berbuih mulut mengingatkan semua pegawai kerajaan meningkatkan kualiti sistem penyampaian dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan digesa kerap turun ke padang. Anda masih tidor.


Kepada kerajaan, ambil tindakan kepada kelemahan pegawai-pegawai yang sepatutnya melihat dan bertanggungjawab kepada masalah ini agar menjadi contoh kepada semua kakitangan kerajaan yang lain. Jika dibiarkan , kerajaan akan dipersalahkan kerana dikatakan tidak memperdulikan dan mengambil berat nasib rakyat.


Kepada Kemmenterian Pembangunan Luar Bandar , segeralah menghulur bantuan bagi membina rumah yang selesa kepada keluarga ini di bawah peruntukkan projek perumahan keluarga miskin. Juga bantuan biasiswa dari kerajaan Kelantan atau apa-apa agensi yang berkaitan. Jabatan Kebajikan juga seharusnya memberikan bantuan wang sara hidup utnuk menampung keluarga ini. Kepada pemimpin politik tidak kira samada UMNO, PAS atau PKR hulurlah derma kepada keluarga dan pelajar ini agar keluarga dan pelajar ini lebih selesa untuk meneruskan kehidupan dan pelajaranya. Bantuan seperti komputer, buku persekolahan, pakaian dan berbagai lagi kita boleh berkan kepada keluarga ini sebagai seseorang insan juga sebagai memperlihatkan keprihatianan dan juga penghargaan kita kepada kecemerlangan pelajar ini dalam pelajaran Juga penghargaan kepada keluarga ini kerana berjaya mendidik anak mereka sehingga mendapat kecemerlangan yang kadangkala kita yang senang inipun tidak mampu melakukannya.
Nota : mahal sangatkah dan banyak sangatkah wang RM 20k dikeluarkan oleh kerajaan untuk membina rumah keluarga ini ? Inilah hasilnya jika pegawai kerajaan yang diamanahkan oleh kerajaan asyik tidor di pejabat yang berhawa dingin dan tidak peka kepada hasrat kerajaan dan rintihan rakyat. Kepada Menteri yang bertanggungjawab , ambil tindakan tatertib jabatan kepada pegawai - pegawai sebegini. Mereka inilah yang merosakkan nama baik kerajaan. Ambil tindakan tatatertib kepada pemalas ini.

SEMUA PIHAK. SEGERALAH MEMEBANTU PERMATA INI.

Penghuni Gua : Hanya dapat membantu dari segi tulisan dan doa sahaja. Amin. Semuga adik terus cemerlang. Kepada semua Bloggers Pembela Negara , hendaklah menulis tentang ini di blog masing-masing agar kehidupan permata ini akan mendapat perhatian sewajarnya dari semua pihak yang bertanggungjawab............Amin....................

5 comments:

  1. Lihat lah permainan politik sekarang. Apa yang PAS sebagai pemerintah negeri Kelantan Tanah Sekebun Bunga lakukan utk membantu keluarga adik Nik Nur Madihah. Mengalir airmata aku melihat kesempitan dan kedaifan hidup keluarga beliau. Dimana Tok Guru Nik Aziz? Dimana Datuk Taqiyuddin Hasan? Dimana YB Nik Amar..apatah lagi dimana Mantan Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Husam Musa? Gaji MB mestilah besar ..bagilah 2 bulan gaji MB utk membina rumah selesa diduduki oleh keluar adik Nik Nur Madihah..Atau Datuk Taki? Korbanlah gaji EXCO 2 bulan utk membaikpulih kediaman tsb (atau Datuk Taki masih sibuk nak tambah rumah dan juga "ibu" rumah? Dato Husam korbankan sedikit kekayaan tuan (difahamkan ahli PAS terkaya di Malaysia)...

    Inilah ketidakcaknaan ahli politik di Kelantan terhadap kesusahan rakyat. Nak harapkan pemimpin UMNO..mereka tidak memerintah negeri. Jadi pemimpin PAS mesti bertanggungjawab hal2kebajikan begini.

    Kpd penulis blog cuba dapatkan no akaun bank adik Nik Madihah ini. Sekecil mana pun gaji aku..aku berasa bertanggungjawab utk membantu sedaya yg mungkin.

    Wasalam...

    ReplyDelete
  2. memang saya sedang usahakan untuk dapatkan no akaun adik tu. selewat-lewatnya isnin ini. tq atas keperihatinan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... paparkan nombor akaun keluarga tersebut dan aku biarpun masih ada 9 orang anak yang perlu ditanggung, tidak berkereta besar, atau berumah di atas bukit berharta puluhan jutan, tapi aku takkan biarkan pelajar secemerlang ini lingkup kerana permainan politik "Mana Bukti Kelantan Miskin".

    Terlalu sibuk berceramah politik dengan hujah-hujah agama, membuatkan mata mereka buta, dan salur darah ke otak tersekat. Dan kalau ditanya berlebih-lebih, nanti akan berkatalah mereka, 'harta tidak dibawa ke syurga'... sedangkan mereka bukan tidak tahu bahawa harta adalah lesen besar untuk membawa kaki kita ke syurga apabila diinfakkan dengan jalan kebaikan dan digunakan untuk membiayai ilmu pengetahuan bagi menambahkebaikan, bukan ceramah politik yang berterusan tanpa sebarang hasil kecuali untuk mengekalkan kuasa di kerusi Parlimen atau DUN.

    Sesungguhnya, golongan inilah yang paling celaka kerana mereka memakan harta anak-anak yatim, janda dan balu, fakir-fakir miskin dengan alasan politik mereka.

    ReplyDelete
  4. sabau-sabau. kita kana usahakan hingga adik tersebut mendapatkan haknya

    ReplyDelete
  5. Dan dan PAS ngaku sekolah kerajaan negeri...

    DES: Caveman, saja nak bergurau senda, Budak ni anak nelayan, pasal tuh dapat keputusan bagus, tapi kalau dia anak Arkitek ke, peguam ker, gamoknyer macam mana le keputusan dia ye...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR