FOLLOWERS

Monday 23 March 2009

KELEBIHAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD



Berita Harian

23 mac 2009

Kewibawaan bekas PM diperakui

KUALA LUMPUR: Malaysia, terutama orang Melayu perlu berbangga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara tidak langsung membantu menyatupadukan ahli politik yang bertelingkah di Somalia ketika negara itu memilih presiden baru, akhir bulan lalu. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata kunjungan bekas Perdana Menteri ke Djibouti, Afrika pada 28 Februari lalu sempat dihidu pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memerlukan seseorang yang boleh membantu menyelesaikan pertelingkahan antara Ahli Parlimen Somalia.



Katanya, walaupun Dr Mahathir pada mulanya keberatan berucap di Somalia, akhirnya beliau bersetuju untuk menyampaikan ucapan kepada pihak berbalah demi agama Islam.


“Saya yang mengikut lawatan Tun ke Djibouti (negara yang berdekatan dengan Somalia) melihat tiga suku daripada 540 ahli Parlimen yang bertelagah itu menangis ketika Tun menyampaikan ucapan hampir satu setengah jam.



“Tun nasihatkan mereka kenapa perlu bergaduh, pakai ketayap dan kopiah (tapi bergaduh), Somalia adalah negara kaya... katanya, walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk tetapi masih boleh bersatu padu untuk rakyat,”



katanya sambil menambah Dr Mahathir berucap pada 29 Februari, manakala keesokannya pemilihan Presiden baru. Sementara itu, Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara semalam merumuskan enam perkara, termasuk pentingnya kaum pribumi bersatu padu apabila membabitkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Perhimpunan itu juga mahu gerakan untuk kembalikan semangat kebangsaan, pribumi dan bangsa Melayu sebagai pergerakan sah serta mahu orang Melayu lebih agresif dalam menyampaikan hak mereka.



Penghuni Gua : Itulah kelebihan Bapa yang kita sayangi Tun Dr Mahathir. Tetapi Masyarakat Malaysia tidak menghargai jasanya terutama kumpulan-kumpulan ketayap, kopiah dan jubah . Sebabnya, hati dan mata mereka telah dibutakan oleh syaitan dan iblis yang tidak boleh menilai yang mana baik dan buruknya. Mereka hanya mempergunakan agama untuk kepentingan mereka. Jadi kepada semua. Lihatlah kepada diri sendiri. Cerminlah diri sendiri.

2 comments:

  1. en arif,

    sya bersetuju dengan kenytaan yang diberikan oleh anda, TDM merukana seorang pemimpin agung yang tiada nilainya...mana nak cari ganti..harapan kami sebagai rakyat Malaysia ini agar TDM dipanjangkan umur demi MALAYSIA....

    YB Ajak

    ReplyDelete
  2. Kalau al Mahdi = Mahathir ...lg ramai tak percaya.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR