FOLLOWERS

Tuesday 10 March 2009

Kes liwat Anwar rasmi ke Mahkamah Tinggi





Hafiz Yatim Mar 10, 09 12:26pm


Mahkamah Sesyen hari ini secara rasmi memindahkan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk didengar oleh Mahkamah Tinggi walaupun mendapat bantahan dari peguamnya.


Penghuni Gua : Kepada Saiful selamat berjuang dan tenang menghadapi tekanan dan dugaan. Kepada DSAI dan barisan peguamnya , janganlah menyalahkan proses mahkamah dengan kepakaran yang ada pada anda. Hari ini pun nak dibantah lagi. Lihatlah filem Anak Bapak : Kata A.R Tompel " kalau asyik bantah. bantah bila bicara ni nak selesai ". Jadi walaupun bantahan boleh dibuat, janganlah membantah perkara-perkara yang remeh temeh. Balik kepada perkara pokok iaitu bukan sahaja keadilan kepada tertuduh tetapi juga kepada mangsa. Jangan gunakan kepakaran undang-undang yang ada pada anda untuk tujuan mengelirukan. Mungkin anda menang di dunia ini. Tetapi anda semua tidak akan terlepas di akhirat.


Pergilah kedua-dua pihak ke Mahkamah Tinggi. Jangan takut kepada mahkamah Tinggi. Bangunan dan Hakimnya bukannya boleh makan orang pun. Mahkamah Tinggi ialah medan terbaik untuk kes sebegini kerana ia amat menarik perhatian ramai, dari segi keselamatan dan personaliti yang terlibat. jadi sesuai di sana kerana yang tertuduh, pembela dan pendakwa serta pengadil/hakimnya sama taraf. Semuanya yang terbaik. Kalau dilihat kes terdahulu pun melibatkan DSAI , mahkamah masih memberi kelebihan dari segi undang-undang kepada beliau. Beliau dibebaskan atas dasar teknikal.


Jangan timbul lagi isu konspirasi dan sebagainya. Cukuplah apa yang telah terjadi. kacau bilau, caci maki dan pergaduhan yang melibatkan mereka yang tidak berdosa dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Biar mahkamah adili kes ini dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Kami rakyat di bawah masih boleh menerima sistem kehakiman yang diamalkan , jadi tiada sebab ia tidak dapat diterima oleh beliau yang satu masa dulu adalah orang yang sama-sama bertanggungjawab merangka dan menjaga sisitem ini semasa masih dalam kerajaan.


Penghuni Gua: Selamat berjuang untuk kedua-dua pihak. Selamat juga untuk menerima segala keputusan. Kepada penyokong - penyokong dari kedua pihak, bertenang dan berfikir secara positif. Kita semua sudah matang. Penghuni Gua hanya kena hadir di mahkamah keluarga sahaja tiap hari. hari-hari didapati bersalah. Amin


Nota : Titah DYMM Sultan Selangor hari ini mungkin ada kaitan untuk kita sama-sama fikirkan . Baginda bertitah agar , semua pihak menghentikan perbalahan dan demonstrasi jalanan yang menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum ".

Apa kata DSAI di Mahkamah pagi tadi :
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika kes itu disebutkan untuk ditetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau dengan nada keras mengulangi kata-kata bahawa pertuduhan itu satu fitnah jahat dan minta dibicarakan.....................Berita lanjut :

Penghuni Gua : Wahai DSAI. Tertib le dalam mahkamah. Buktikan bahawa tindakan polis mendakwa anda atas kesalahan ini adalah satu fitnah jahat. Jangan main tuduh sahaja. kalau orang lain tuduh tanpa bukti kome marah. Kata fitnah lah, munafik lah dan sebagainya. Anda bagaimana ? Sekurang-kurang pihak polis membawa anda ke mahkamah untuk dibuktikan dan bukan fitnah. fitnah ni tuduh tanpa bukti. Jadi pergi le ke mahkamah dengan tidak rasa takut. Sabar. Bukti akan ditunjukkan dan dikemukan oleh pihak polis di mahkamah nanti. Cuma yang lambat proses pembuktian ini ialah kerana anda yang melengahkannya. Orang Terengganu dan Pantai Timur cakap banyak songeh, atau gong.


No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR