FOLLOWERS

Wednesday 11 March 2009

KES PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS NEGARA : APA KATA SPRM



Berita TV 3 Jam 130 Tengahari.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Nazri Aziz memaklumkan kepada sidang Parlimen pagi tadi bahawa Peguam Negara ( Tan Sri Abd Ghani Patail ) dan Ketua Polis Negara ( Tan Musa Hassan ) bahawa dari lapuran siasatan Jawatankuasa Bebas SPRM mendapati keputusan majoriti Jawatan kuasa ini ialah 2+ 1 mendapati kedua-dua mereka tidak melakukan sebarang kesalahan termasuk ke atas Ketua Polis Negara yang di dapati tidak mempunyai sebarang alasan dan keterangan. Ia berkaitan lapuran polis yang dibuat oleh DSAI bahawa kedua-dua mereka memalsukan dan meminda bahan bukti terhadap kes beliau pada tahun 1997 berkaitan tuduhan liwat yang terdahulu.


Penghuni Gua: Di lihat dari berita TV3 di atas pun mendapati YB Lim Kit Siang masih tidak berpuashati dan mempersoalkan berkaitan majoriti 2+1. YB ini mempersoalkan keputusan yang 1 yang mana tidak menyebelahi kedua - dua yang didakwa memalsu dan meminda keterangan. Inilah jenis mereka yang berjiwa sakit. Bukan sakit jiwa tetapi jiwa sakit. Sakit ini tidak boleh diubat. Dalam kes sakit begini, kalau mana-mana pihak menunjukkan apa bukti sekali pun mereka tetap tidak puas hati dan sentiasa mempersoalkannya. Tetapi dalam kes liwat DSAI terdahulu keputusan 2+1 juga dibuat oleh YAA Hakim bicara dan membebaskan DSAI. Keputusan ini tidak pula menjadi isu. Tidak pula dipersoalkan 1 yang tidak menyebelahi DSAI. Inilah jenis talam dua muka . Meraka jenis ini telah dibutakan hati dan mata mereka seperti orang Yahudi oleh ALLAh seperti di dalam surah Al Fatihah. iaitu " orang-orang yang di murkai dan orang-orang yang sesat ". Orang dimurkai dan orang sesat menurut ayat tersebut ialah orang-orang Yahudi yang mana menurut Allah mereka ini seru apapun kepada mereka , mereka ini tidak akan mendengar dan mengikutinya. Ini kerana Allah telah membutakan hati dan mata mereka dari mendengarnya.


Kepada kerajaan, tidak perlulah menjawab lagi tentang isu ini dan mula bekerja untuk memulihkan ekonomi negara melalui bajet yang dibentang semalam sebanyak RM 60 Billion. Kepada semua pelayar, terima lah hakikat lapuran ini dan kita sama-sama tunggu perbicaraan DSAI selanjutnya di Mahkamah Tinggi KL dalam tempoh terdekat. Negara mengamalkan " Rule of Law" bukan " Rule by Law ".............Jadi hormatilah setiap keputusan mahkamah atau mereka yang dilantik bagi menyiasat dan membicarakan kes ini.

Penghuni Gua : Tulisan ini bukan marah kepada sesiapa tetapi nasihat. Kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sila ambil tindakan balas dari segi perundangan terhadap pihak yang membuat tuduhan tidak benar ini. Juga ambil tindakan saman juga kepada pihak yang membuat lapuran polis palsu ini dengan membuat tuntutan ganti rugi kerana telah menjatuhkan reputasi terhadap mereka. Banyak juga yang dapat kalau dibuat tindakan ini. Bagus juga dibuat kesemua tindakan di atas , agar memberi isyarat dan pengajaran yang berguna kepada pembuat lapuran palsu dan fitnah serta berniat jahat ini agar mereka lebih bertanggungjawab di atas lapuran mereka. Bukan main buta lapuran sahaja. Biar mereka ambil dan menerima tanggungjawab serta kesannya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR