FOLLOWERS

Saturday 14 March 2009

MACAM - MACAM ALASAN PULAK. SETENGAH BLOG DAH MULA " DELETE " TULISAN MEREKA : TERUSKAN TINDAKAN !!





Komen menghina DYMM , 4 dituduh di mahkamah.

1. Pembantu makmal didenda RM10,000 UALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pembantu makmal sebuah sekolah swasta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak di sebuah laman web pada pertengahan Februari lalu.

2.Hon Keong dituduh edar komen lucah
BUTTERWORTH 13 Mac - Gara-gara mengedar komen lucah yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, seorang ahli perniagaan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

3.Juru ukur beri alasan tertekan

PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya ke laman web pejabat Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati orang lain.


4. ilik kedai dihadap ke mahkamah
KOTA KINABALU 13 Mac - Seorang pemilik kedai telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam laman blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Penghuni Gua : Bila menonton Berita Perdana TV3 jam 8 malam semalam , nak gelak pun ada, kesian pun ada. Bila sudah didakwa di mahkamah, barulah masing-masing kemetot dan memberi berbagai alasan, Alasan tertekan anak baru meninggal, tertekan, tersilap, tak sengaja, nak bunuh diri dan sebagainya. Kalau tidak masing-masing bukan main gah dengan tulisan masing-masing yang asyik memfitnah hari-hari. Bahasanya pun bukan main kesat lagi. Bahasa mereka kalau di baca, seolah bukan bahasa manusia bertamaddun. Jadi kepada kerajaan teruskan mengambil tindakan susulan bagi membenteras gejala tidak bertanggung jawab ini. Hantar isyarat yang jelas kepada pengkhianat dan pendusta ini biar mereka faham bahawa negara ini ada undang-undang dan semau pihak perlu bertanggung jawab di atas tulisan dan percakapan masing-masing. dan semua pihak bertanggung jawab untuk menjaga negara ini dari anai-anai begini. Dedahkan semua pihak yang menulis sedemikian. Mereka semua ini adalah tangan hantu ( lihat gambar ) yang tidak bertanggungjawab ).




Kepada kerajaan / penguatkuasa undang-undang juga, di atas adalah tindakan yang diambil terhadap pemberi komen di laman pelawat pejabat DYMM Sultan Perak. Tindakan patut juga diambil terhadap penulis blog di bawah yang didapati menyamakan DYMM sebagai ANJING UMNO. pERKATAAN INI AMAT BIADAP DAN TIDAK BERTAMADDUN. Walau bagaimanapun apabila saya layari blog ini di dapati tulisan yang menyamakan DYMM sebagai anjing UMNO telah dipadamkan. Walau pun begitu, kerajaan dan suruhanjaya Multi Media masih boleh mengambil tindakan terhadap penulis laman blog ini yang sewenang-wenang menghina Institusi Raja di Negara ini. Inilah penulisan yang amat hina sejak saya mula melayari blog di Internet. Alamat blog ini ialah seperti di bawah :




BLOG INI TELAH MENGHINA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU. KEPADA PDRM SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA DI BAWAH ISA ATAU DI BAWAH AKTA HASUTAN. BLOG YANG DIGUNAKAN DI ALAMAT : http://malaysianindian1.blogspot.com/2009/02/sultan-perak-has-become-umnos.html.


Penghuni Gua : Inilah contoh bloggers yang pengecut. Mengapa menarik balik tulisan ini. Kekalkan di blog anda JIKA berani. Mengapa ia padamkan. Inilah jenis penulis yang tiada maruah . Iaitu jenis yang baling batu sembunyi tangan. Komen mengenai blog ini juga ada disiarkan di dalam laman blog ANGIN PERUBAHAN. Blog ini juga meminta agar tindakan tegas di ambil ke atas blog Malaysianindian1.blogspot ini.
Ambil tindakan segera memburu dan mendakwa penulis ini yang begitu berani menghina Institusi Raja-Raja di Malaysia. Beri isyarat jelas kepada mereka. Jangan terlepas pandang.
BAGI SEMUA BLGGERS PEMBELA NEGARA : KEKALKAN BENTUK PENULISAN KITA. JIKA ADA KESILAPAN , SALING NASIHAT MENASIHATI .

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR