FOLLOWERS

Thursday 12 March 2009

PENDERHAKA DYMM TUANKU SULTAN DI DAKWA : TAHNIAH PDRM



Malaysiakini


Hina raja: Penulis blog didakwa esok


Hafiz Yatim Mar 12, 09 9:28pm


Enam orang akan dihadapkan di mahkamah esok kerana menghina Sultan Azlan Shah dalam blog atau melalui komen yang disiarkan. Difahamkan mereka terdiri daripada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang di Petaling Jaya, seorang di Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi di Butterworth, Pulau Pinang. Beberapa orang lagi dijadual didakwa di Kuala Terengganu pada hari Ahad atas tuduhan yang sama.

Difahamkan, mereka didakwa kerana menyiarkan komen yang dianggap menghina Sultan Perak berhubung krisis politik di negeri tersebut. Berita lanjut : .......

Penghuni Gua : Tahniah PDRM. Benar seperti kata Dato Seri Utama Dr Rais Yatim baru-baru ini. Semua makenisma telah ada di negara ini. Penguatkuasaan yang perlu dan lebih tegas. Ini sahaja cara untuk mengajar dan mendidik setengah pihak apa yang dikatakan " Rule Of Law ". Tahniah PDRM. Dengan cara ini negara akan lebih stabil dan aman. Jangan benarkan sesekali semua pihak di negara ini cuba untuk menghina Institusi Raja. Menghina Institusi ini bermakna menghina dan menconteng arang dimuka orang Melayu dan negara ini.

Kebiadaban sebahagian orang Melayu yang lupa daratan telah hampir menggugat payung di mana orang Melayu berpayung juga di tempat di mana pelindung terhadap agama , bahasa dan budaya Melayu di lindungi. Juga ia akan mengajar dan mendidik sebahagian lagi rakyat Malaysia yang tidak mengenang budi dan cuba melanggar kontrak sosial dan tolak ansur yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara yang mana ia terhasil dari jerih perih pemimpin terdahulu ( dari semua bangsa ) . Mereka hampir sahaja memusnahkannya.

Tindakan mendakwa mereka ini adalah tindakan awal. Dicadangkan semua peruntukkan undang-undang digunakan sepenuhnya sehingga mereka sedar agar semua tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan diambil tindakan undang-undang yang keras. Mereka yang menjolok sarang tebuan. Jadi mereka sendirlah yang menanggungnya. Jangan mempersalahkan orang lain. Bila berani anda bercakap dan menulis, anda semua bertanggungjawab terhadap tulisan dan percakapan anda. Jangan lepas tangan dan baling batu sembunyi tangan dan juga cuba membabitkan pihak lain.

Kepada semua Bloggers, jadilah penulis yang bertanggungjawab. Beri pandangan atas isu dan buka menyebarkan fitnah. sebarang tuduhan dan dakwaan misti di sertakan dengan bukti. Jika tidak ada bukti jangan cuba bercakap dan menulis dengan membuat berbagai andaian. Ini disebut fitnah ( hukum agama juga berat ). Jika semua ciri di atas tidak ada , bloggers semistinya hanya memberikan pandangan, pendapat serta cadangan. Banyak laman-laman blog yang baik yang boleh dicontohi.

Penghuni Gua: Masih belajar menulis blog. Laman Blog terbaik adalah rujukan utama Penghuni Gua. Bagi Bloggers pembela Negara, kita kekalkan bentuk blog kita yang sebahagiannya berprinsip dan bersifat mengkritik, memberikan pandangan dan cadangan. Terima kaseh semua bloggers terutama Bloggers Pembela Negara. Anda semua rujukan saya. Sekali lagi: kepada PDRM teruskan tindakan tegas anda. lain-lain agensi penguatkuasa termasuk MIMOS , NISER dan sebagainya, jalankan peranan anda secara lebih tegas. Sayangilah negara ini. Ia adalah tempat yang akan anak cucu kita akan diami. Jangan difikirkan kita sahaja yang tidak berapa lagi akan padam dan akan dijemput Allah. Amin.

PDRM : Semuga tugas anda terus dirahmati oleh Allah. Anda lah yang sejak dulu menjaga ketuanan di negara ini tiap kali negara di ancam. Ingat. Itulah anda. Kami sentiasa ingat jasa tersebut, walau pun ada beberapa kekurangan di dalamnnya. Tahniah.

2 comments:

  1. SALAM BRO....
    AKU SETUJU SANGAT MEREKA YANG MENGHINA SULTAN PERAK NI DI DAKWA.
    HARAP SELEPAS INI MEREKA INI JIKA DIJATUHKAN HUKUMAN MAKA HARAMKAN JUGA MEREKA INI MENJEJAK KAN TANAH KE NEGERI PERAK!!

    ReplyDelete
  2. encik arif... saya suka cara penilaian anda.. terutama mengingatkan bloggers tentang menulis dan tanggungjawab... harapan saya blogger pembela negara menulis mengikut fakta dan bukti... kita jangan jadi macam puak yang satu lagi tu.. (tau kan) yang macam mat jenin! siluncai! pak kaduk dan lebai malang! semuanya sudah tidak dongeng sekarang...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR