FOLLOWERS

Saturday 28 March 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO : MENGAPA TUN MAHATHIR TIDAK HADIR ?




Dipetik dari blog : Chetdet

KENAPA SAYA TIDAK HADIR


By Dr. Mahathir Mohamad


on March 27, 2009 4:24 PM


1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.


Penghuni Gua : Entahlah TUN. Pening juga dibuatnya. Letih juga kami fikirkannya. Semuga DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin dapat membuat " Pembetulan ".

2 comments:

  1. Tun,saya sebenarnya penyokong kuat Perjuangan Islam, SAYA SOKONG PENUH KENYATAAN TUN DAN TINDAKAN TUN INI,.CUMA saya ingin bertanya secara ikhlas dari hati nurani saya, apakah Tun sendiri semasa era Tun perkara ini tak pernah berlaku . sama ada ianya diketahui rakyat atau tidak , itu atas dunia , tapi Allah tahu.Kalau jawapan hati nurani Tun mengatakan TIDAK ,maka Tun lah sebenar benarnya PEMIMPIN ISLAM TERAGUNG DI DUNIA INI.Tapi kalau disebaliknya, ALLAH sahajalah yang akan mengkhisab TUN diakirat nanti dengan apa saja pengorbanan,kebajikan dan perjuangan yang telah Tun lakukan pada rakyat.
    Salam Keagungan. Z.Z.

    ReplyDelete
  2. betul apa yang dikatakan oleh YABHG TUN itu.ramai perwakilan pemuda telah menjual amanah yang telah diberikan oleh ahli dan perwakilan di bahagian masing - masing

    ReplyDelete

PETA PELAYAR