FOLLOWERS

Tuesday 10 March 2009

PPSMI : APA KATA DATUK AMIR HAMZAH



Di petik dari blog : Dakwat & Kertas

amirhamzah64 said...


...........................................................Dalam Isu sebesar ini Hishamuddin atau Pak Lah yang sepatutnya umumkan sama ada PPSMI ini dimansuh atau diteruskan? TS Muhyiddin telah menyatakan Isu PPSMI akan termasuk dalam agenda Perhimpunan Agung UMNO Mac nanti untuk dibincangkan. Sekarang rakyat sudah ada 'date line' dan Mac 2009 ianya mesti diumumkan oleh Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan.


Jikalau BN merasakan PPSMI ini akan menjadi isu yang berpanjangan sehingga Pilihanraya ke 13, maka tidak ada salahnya jika PPSMI ini dipinda beberapa perkara. Memansuhkannya mungkin kurang tepat tetapi boleh diubahsuai supaya diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
1. PPSMI wajib bagi semua pelajar sekolah rendah (SK dan SRJK) dari tahun 1 hingga tahun 6.
2. Selepas UPSR hanya pelajar-pelajar yang mendapat gred A dan B bagi kedua-dua mata pelajaran itu belajar PPSMI dalam tingkatan 1 hingga tingkatan
3. Pelajar-pelajar yang mendapat gred C,D,E akan belajar dalam bahasa pengantarnya Bahasa Melayu.
3. Selepas PMR hanya pelajar-pelajar aliran sains sahaja yang belajar PPSMI dalam tingkatan 4 dan 5 seterusnya ke tingkatan 6 aliran sains. Aliran-aliran lain selain daripada aliran sains bolehlah belajar menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu.
4. Dasar 60% aliran Sains dan 40% aliran Sastera hendaklah dipatuhi dan dipantau oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengetua Sekolah.
5. PPSMI adalah mandatori dan wajib bagi sekolah-sekolah berikut:
1. Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
3. Sekolah-Sekolah Sains
4. Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Tajaan Kerajaan Negeri
5. Maktab Tentera
6. Sekolah-sekolah Agama / Maahad berasrama penuh.6.

Mana-mana sekolah yang difikirkan setaraf oleh Kementerian Pelajaran.
6. PPSMI akan menjadi matapelajaran pilihan bagi sekolah-sekolah:
1. Sekolah Harian Biasa kecuali aliran Sains
2. Sekolah Menengah Teknik kecuali aliran sains dan teknikal
3. Sekolah Agama harian kecuali aliran sains
Dalam keadaan sekarang, keadaan ekonomi dan politik yang gawat, mungkin cadangan ini boleh dijadikan alternatif kepada perlaksanaan sedia ada. Melangkah ke belakang bukan bermakna kalah tetapi menyusun strategi supaya PPSMI lebih kemas dan diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Jikalau ada pakej-pakej yang lebih menarik sangat dialu-alukan, yang penting kita dapat menyelesaikan satu persatu masalah dan kemelut yang tidak berkesudahan.


Amir Hamzah

Batu Pahat



March 8, 2009 8:29 PM


Penghuni Gua : Rasa lega juga membaca tulisan Datuk Amir Hamzah ni. Boleh le sikit aku bernafas. Saya bersetuju dengan cadangan beliau. Kerajaan boleh membuat pindaan dan perubahan sedikit dari dasar yang sedia ada mengenai PPSMI ini. Dengan cadangan datuk Amir Hamzah ini tidaklah orang Melayu marah sangat kepada kerajaan. Mungkin kerajaan perlu buat sesuatu mengenainya dengan pantas. Mungkin Menteri Pelajaran perlu kepantasan dalam hal ini dari segi membuat keputusan. Saya bimbang , jika lambat membuat keputusan , perlumbaan Menteri berkenaan untuk memperolehi kerusi Naib Presiden akan gagal sepenuhnya. Cepat Dato Menteri.

2 comments:

  1. Perkara ini sepatutnya diselesaikan secepat mungkin, jangan Rakyat marah lagi kepada kepimpinan yang ada sekarang ini.

    Pada pandangan Teman, baliklah kepada Bahasa Melayu.

    PPSMI telah gagal, terimalah hakikatnya, segala apa yang diperkenalkan dulu telah gagal di peringkat bawah iaitu anak-anak kita juga.

    Kembalikan semula Kadaulatan Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  2. tq. putera kencana. Hati hamba pun dah terhenti berdegup. Ditelan mati emak. Diluah mati bapak. Apa pun cepatle menteri buat keputusan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR