FOLLOWERS

Sunday 8 March 2009

PPSMI !!!! SERBA SALAH


Penghuni Gua: Tidak tahu apa nak cakap tentang isu ini. Tetapi rasa nak bagi sebaris kata mengenai isu ini. Sebenarnya terlalu ramai orang Melayu di kampung-kampung yang tidak bersetuju dasar ini sejak dulu. Tetapi atas dasar hormat pada Tun Dr Mahathir mereka diam sahaja. Termasuk yang diam ialah saya. Kami amat memandang tinggi kepada Tun. Tetapi kami sayang bahasa kami. Kami tidak jadi kurang cerdik kerana tidak di ajar bahasa Inggeris. Ramai juga yang belajar dan mahir Bahasa Inggeris tetapi belajarnya pun tak kemana. Hendak menulis satu kertas kerja pun tak boleh.


Jadi bahasa bukan masalah untuk kita menguasai ilmu. Cuma dalam PPSMI ini saya rasa , perlu kembali kepada dasar asal. Cuma yang perlu , tingkatkan waktu pengajaran Bahasa Inggeris ini sahaja ditingkatkan. Tentang sistem pembelajaran negara , pada pandangan saya jangan kerap sangat diubah. Sekali lihat, bila Menteri Pelajaran berubah maka sedikit sebanyak dasar pelajaran pun berubah. Jadi kami dan anak kamilah yang menjadi mangsanya. Nak komen banyak pun serba salah. Tetapi yang pasti kerajaan wajib beralih semula kepada dasar yang asal. Itu sahaja yang boleh diperkatakan. Perasaan orang Melayu perlu dijaga. Suara mereka perlu didengar. Mereka ini penentu kepada kelangsungan hidup UMNO. Jadi wajar suara dan rintihan mereka didengar dalam isu ini. UMNO penting untuk kelangsungan hidup bangsa Melayu, tetapi suara orang Melayu juga penting untuk kelangsungan hidup UMNO.


Fikir-fikirkanlah. Baliklah ke dasar asal. Tiada yang rugi . Bahasa adalah jiwa bangsa.


Kerajaan harus percepatkan keputusan nya . Jangan dilengahkan lagi. Impaknya amat besar dari semua segi. Biarkan mereka nak politikan isu ini. Tetapi kepada kerajaan, dengarlah rintihan dan jaga perasaan orang Melayu yang sudah banyak mengalah sejak kebelakangan ini. Mungkin isu di atas ada hubungkait atau menisfestasi kepada kekecewaan orang Melayu yang melihat kerajaan sekarang banyak sangat mengalah dalam beberapa isu yang penting yang melibatkan bangsa Melayu. Jadi bagi isu PPSMI ini, diharap kerajaan dengarlah rintihan mereka. Berbalik lah kepada dasar asal.


Nak sambung sikit tulisan ini:


Baca surat khabar hari ini 9 mac 2009, Menteri Pelajaran mendakwa demontrasi PPSMI di dalangi oleh pembangkang dan pihak tertentu. Pada saya, harap menteri dan semua pemimpin UMNO lihat baik-baik mengenai demontrasi tersebut. Mereka ini / penggerak utama adalah semua pemikir dan tokoh bahasa dan budayawan negara. Sejarah lalu, mereka tidak pernah melakukan demikian. Mengapa mereka melakukan sekarang. Mereka ini sudah tidak tertahan lagi dengan keadaan bahasa kita yang diperlekehkan. Dengarlah wahai Dato Menteri. Jangan sekali lagi UMNO silap membaca isyarat yang rakyat berikan. Baca sebaik-baiknya isyarat yang rakyat berikan. Boleh bezakan antara isyarat rakyat atau isyarat pembangkang. Jangan pisang berbuah dua kali. cukuplah sekali UMNO silap membaca isyarat yang rakyat berikan. Cara senang, Menteri berkenaan boleh buat survey mudah iaitu di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri. Adakah mereka menyokong atau menentang PPSMI ini. Jawapan pastinya tidak menyokong PPSMI dan kembali ke dasar asal. Jadi daripada tuduh menuduh, pihak yang bertanggungjawab buat survey untuk mengetahui isyarat dari rakyat ini.


Segerakan!; agar Kerajaan sekarang tidak menderita sekali lagi akibat kesilapan pemimpin yang tidak bijak membaca isyarat yang berulang kali di berikan dan dihantar oleh rakyat.


BAHASA KU OH BAHASA KU.


Apa kata Pak Samad : "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa..." Sabarlah Pak Samad. Saya pun sedih juga. Serba salah dibuatnya.

1 comment:

  1. ini masalahnya apabila pemimpin tidak berfikir dan tidak mahu dengar cakap orang yang berfikir. Hinggakan cerdik pandai dan sasterawan pun dikatakan didalangi pihak tertentu. Padahal pemimpin inilah yang sebenarnya digunakan oleh pihak tertentu, dan dalang itu berada di pihak pemerintah. Beruk-beruk itulah yang mengesyor dan mendesak PPSMI dilaksanakan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR