FOLLOWERS

Tuesday 10 March 2009

PPSMI : TERIMA KASEH DATO MENTERI




Terkini.


Kerajaan tak pernah pertikai keikhlasan GMP bantan PPSMI

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak pernah mempertikaikan keikhlasan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Berita lanjut :.............


Penghuni Gua : Terima kaseh Dato Menteri kerana memahami sedikit isyarat yang dihantar oleh pejuang bahasa tulin ini. Layani mereka ini dengan lembut dan begitu halus sekali. Jangan sesekali mereka ini dilabelkan dengan pelbagai gelaran. Luahan hati 2 tokoh ( Dagto Dr Hassan dan Pak Samad ) haruslah dilihat dengan penuh teliti dan hati-hati. Rekod mereka bersih sejak zaman berzaman lagi. Mereka atau orang seperti mereka ini sukar untuk orang lain mempengaruhi atau dieksploitasi. Kata-kata mereka adalah kata-kata bangsa di kampung-kampung melayu di luar bandar. Pengaruhnya amat besar. Jadi hai-hati dan layanilah mereka ini dengan cermat dan berhemah. Apa pun Penghuni Gua sekali lagi mengucapkan tahniah dan terimakaseh kepada Dato Hishamuddin Tun Hussien atas kenyataan terbaru ini. Masih belum terlambat ......................
Nota tambahan : Dalam rancangan HUJAH di TV 9 malam ini telah menampilkan Dato Sri Rais Yatim , Menteri Luar dan Dato Shafei Afdal. Kedua-dua Menteri ini menyentuh tentang PPSMI . Antara lain bagi PPSMI ini seharusnya di ajar di peringkat menengah. Ini kerana murid-murid di sekolah rendah , pada masa inilah mereka perlu diajar jati diri bangsa kerana melentur buluh biar dari rebung. Apabila memasuki peringkat menengah , PPSMI boleh di ajar diperingkat ini kerana murid-murid sudah hampir matang. Saya lihat kedua-dua Menteri ini sama pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh Dato Amir Hamzah mengenai PPSMI. Jadi pengubahsuaian perlu dibuat. Selain itu ia menyentuh isu ini dari segi undang-undang iaitu Akta Pelajaran yang mewajibkan sistem pelajaran di ajar di dalam Bahasa Melayu. Kedua Menteri ini telah menyatakan pandangan belaiu berdua ini telah dibawa ke pengetahuan Menteri Pelajaran dan setakat ini positif dari segi penerimaannya. Jadi kepada kerajaan, buatlah penyesuaian dengan mengambil kira semua faktur dan perasaan dan akta yang terlibat. Berbuatlah sesuatu dan kepantasan adalah perlu dalam menangai perkara ini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR