FOLLOWERS

Saturday 7 March 2009

Siasatan bebas terhadap dua bedah siasat Kugan : Apa Kata Tan Sri Ismail Merican





KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan melakukan siasatan bebas ke atas kedua-dua laporan bedah siasat suspek kes curi kereta mewah yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis, A Kugan, bagi berlaku adil kepada semua pihak. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata tindakan itu berikutan adanya tuduhan tidak berasas terhadap kementerian itu, terutamanya ke atas pakar patologi forensik yang telah menjalankan bedah siasat ke atas mangsa. "Keputusan siasatan akan dimaklumkan selepas ia selesai dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Dr Mohd Ismail menegaskan bahawa kementerian tidak menyembunyikan apa-apa fakta dan penemuan bedah siasat yang dijalankan Hospital Serdang seperti mana yang dilaporkan pelbagai pihak. "Bedah siasat ke atas mendiang telah dilakukan secara beretika dancprofesional oleh seorang pakar patologi forensik yang mahir dan berpengalamancluas selama lebih daripada 20 tahun," katanya. Sebelum ini beberapa pihak telah mempertikaikan hasil dua laporan bedah siasat yang dibuat ke atas mendiang yang memutuskan punca kematian dan jumlah kecederaan yang berbeza.


Berdasarkan beberapa laporan akhbar berhubung kes itu, bedah siasat pertama yang dibuat pakar patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah akibat terdapat cecair di dalam paru-paru, manakala bedah siasat kedua yang dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati kematian pemuda 22 tahun ini akibat kegagalan buah pinggang selepas aliran darah tersekat. Dr Mohd Ismail berkata, walaupun pendapat pakar patologi forensik yang membuat pemeriksaan bedah siasat bagi sesuatu kes boleh berbeza dalam menentukan sebab kematian, namun kebiasaannya penemuan semasa pemeriksaan bedah siasat adalah hampir serupa seperti yang berlaku dalam kes Kugan. Mengenai perbezaan punca kematian, beliau berkata ia perlu dirujuk kepada pakar forensik yang bebas, berdasarkan penemuan kedua-dua pakar patologi forensik yang menjalankan pemeriksaan bedah siasasat tersebut. Bagaimanapun, katanya, apa yang penting dalam kes itu ialah penemuan kedua-dua pakar yang terlibat hampir sama, sekiranya laporan-laporan itu diteliti dengan baik.


Beliau turut menyangkal dakwaan keluarga Kugan, yang disiarkan sebuah laman web bahawa pakar patologi pertama hanya menyenaraikan 22 kesan kecederaan pada mayat, berbanding bedah siasat kedua yang mendapati hampir 40 lagi kecederaan, kesan bakar dan calar. "Laporan bedah siasat Hospital Serdang didapati penemuan sebanyak 83 perlukaan dan kecederaan di badan mendiang. Deskripsi setiap perlukaan dan kecederaan juga adalah lebih terperinci dalam laporan bedah siasat Hospital Serdang," katanya. Dr Mohd Ismail juga berkata, bilangan kecederaan yang disenaraikan dalam laporan bedah siasat PPUM tidak tepat kerana termasuk luka yang disebabkan oleh pemeriksaan semasa bedah siasat pertama. Katanya laporan bedah siasat Hospital Serdang yang diberikan kepada keluarga mendiang Kugan dan yang dipamerkan oleh laman web berkenaan adalah laporan komprehensif, manakala rekod penemuan bedah siasat yang terperinci serta gambar-gambar yang diambil semasa bedah siasat dijalankan adalah dalam simpanan Hospital Serdang untuk rujukan mahkamah. "Adalah tidak adil bagi mana-mana pihak untuk membuat tuduhan yang melulu di dalam kes ini kerana pakar patologi forensik Hospital Serdang telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya secara profesional dan beretika," katanya.


Dr Mohd Ismail berkata, kementerian itu tidak bercadang untuk berbincang soal punca kematian mendiang Kugan secara terbuka dan meminta orang ramai jangan membuat tuduhan melulu sebelum penyiasatan rapi dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, termasuk Kementerian Kesihatan sendiri. Beliau juga memberi jaminan bahawa kes itu akan diberi perhatian serius, tetapi pada masa yang sama, kementerian berharap orang ramai dapat memberikan masa untuk kementerian menyiasat secara bebas dan profesional, penemuan yang didapati oleh kedua-dua pakar forensik yang berpengalaman dan punca kematian mendiang Kugan berdasarkan penemuan-penemuan tersebut. - Bernama . Juga lihat : Malaysiakini.


Penghuni Gua : Tahniah Tan Sri atas pendirian anda di atas. Jangan sesekali mengubah apa -apa yang telah pegawai-pegawai / patologist Tan Sri lakukan. Mereka adalah profesional. Jangan layan mereka yang menyamakan pegawai perubatan tuan yang begitu profesional dengan pemikiran mereka yang sempit dan berfikir atas platform tertentu. Tahniah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR