FOLLOWERS

Sunday 22 March 2009

TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG LETAK JAWATAN. BELAJAR ?



Mohamad Fairus Khairuddin Tim. Ketua Menteri ( TKM 1 ) Pulau Pinang telah meletakkan jawatan sebagai TKM 1, jawatan Exco tetapi masih mengekalkan ADUN Penanti . Perkara ini telah disahkan oleh Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang tengahari tadi.

Penghuni Gua : Terkejut jugaa. Mula katanya cuti 2 hari. KM pun sahkan cuti. DSAI pun sahkan Fairus cuti. Alih-alih letak jawatan. Ada apa-apa ke. Dengar khabar di kalangan ahli dan pemimpin PKR serta pengundi-pengundi di Penanti pun banyak membuat sungutan terhadap Fairus. Katanya dia ni pemalas sikit. Jarang turun ke padang melihat masalah rakyat. Yang terbaru lapuran yang dibuat oleh ahli majlis seberang Prai ( ahli majlis PKR juga ) mengenai salah laku dan kegiatan menerima suapan wang dari penguasaha kuari yang di masukkan ke dalam akaunnya.

Wahai PKR, semalam ,anda semua minta SPRM siasat Dato Ali Rustam dan buat kecoh di pejabat SPRM Melaka dan nak berarak dari Masjid MITC ke rumah Gabenor Negeri Melaka nak serah memorendum kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka. Sekarang apa halnya kau orang semua kemetot aje. Pergi le kau orang semua buat repot di pejabat SPRM Pulau Pinang pulak terhadap TKM 1 tu ( orang parti kau juga ) kerana menerima wang dari pengusaha kuari. Rujuk berita utama TV 3 ( kenyataan ahli majlis PKR Seberang Prai Utara ) pada 16 mac 2009.
Ahli Majlis ini mendakwa ada menyimpan SMS dan resit pembayaran wang dari kuari ke akuan yang didakwa. Jadi apa tunggu lagi wahai semua Pemyda-pemuda PKR Melaka dan seluruh negara. Jika anda semua pejuang dan pelaknat rasuah, jangan double standard, buat repot le juga kalau terkena orang kau sendiri. Ini macam cicak berak kapur sahaja bila kena batang hidung sendiri. Tunjukkan anda berperinsip. Lakukan perkara yang sama walaupun terkena batang tubuh anda. Jangan berselindung.

Jangan berselindung dengan alasan nak belajarlah, mencintai ilmu lah. Untuk makluman semua, TKM 1 tu dah ada 2 sarjana. Ini bercuti dan meletakkan jawatan dengan nak melanjutkan pelajaran Sarjana laagi ( yang ke tiga ? ). Kalau melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD tu, ok juga . Macam YB Dr Mohd Puad Zarkashi ke, YB Dato Dr Seri Rais Yatim ke, YB Dato Zahid Hamidi. Ini nak buat sarjana yang ke tiga, Apa cerita ni. Jangan anda semua buat lawak. Berbohong tu berdosa.

Itu le, kome semua jangan dok kata dan memaki hamun orang. Sudahnya maki hamun kome semua melantun semua ke muka kome. Tak ke lawak jadinya. Penghuni Gua nak tanya satu perkara; tak nak ke PKR buat tunjuk perasaan ke rumah fairus bagi membantah kerana salah lakunya. Biasanya PKR ini kalau bab-bab demontrasi untuk membendung perkara salah dan haram begitu ke depan. Jadi buat le demo ke rumah Fairos tu. Tunjukkan anda berperinsip. Tidak kira samada kerajaan , BN , atau bila kena diri sendiri ke, kita bantah dan berarak tunjukkan perasaan kita membenci rasuah.

Tapi nampaknya, hampas saja le. Semua anda ini hanya perjuangan tahi minyak. Cakap aje berdegar-degar tentang ketelusan, kebebasan, bersih, anti rasuah dan sebaginya. Semua yang baik tu boleh dikatakan semuanya anda dan parti andalah. Akhirnya terkulat-kulat bila terkena pemimpin sendiri.
Satu perkara nak ingatkan kepada semua pemimpin PR dan PKR, jangan pulak nak kata bahawa Fairos letak jawatan kerana tekanan UMNO, BN, Kerajaan Pusat. Atau sabotaj, konspirasi dan sebagainya oleh orang lain. Sebab Penghuni Gua beri ingatan ini kerana , bab-bak nak alih cerita dan perhatian serta menyalahkan orang lain ini adalah kepakaran anda semua.
Penghuni Gua : Rentikanlah lawak kome semua ini. Berhentilah menyalak sana sini. Celakakan orang sana sini. Tuduh orang membunuh sana sini. Lihat pada wajah sendiri le. Sesekali tengok cermin dan nilai diri sendiri. Tak percaya, percayalah. Tanya En. Aziz bekas Pengacara Selamat pagi Malaysia " CERMIN, CERMINKAN DIRI ANDA ". Atau anda semua lebih kerap kunjungi kedai gunting mamak. Di situ banyak cermin. Kita boleh nampak tubuh badan kita dari semua arah.

Penghuni Gua : rasuah pada isteri aje. Itupun rasuah pujian aje.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR