FOLLOWERS

Sunday 22 March 2009

TINJAUAN PENDAPAT KALIMAH ALLAH : AMARAN KEPADA MAJLIS PEGUAM



Majlis Peguam diberi amaran henti bincang larangan


KUALA LUMPUR: Majlis Peguam diberi amaran terakhir supaya berhenti membincangkan larangan penggunaan kalimah Allah atau tinjauan pendapat di laman webnya kerana ia boleh membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah majlis itu adalah tidak bijak kerana isu penggunaan kalimah Allah atau mengenai agama lain bukan sesuatu yang boleh dibincangkan atau dibuat tinjauan. "Jika mereka meneruskan bermain dengan isu ini orang Islam keseluruhan akan bangun, dan mereka (Majlis Peguam) jangan marah kalau menerima akibat daripada kebangkitan rasa marah di kalangan umat Islam.


Berita lanjut : Klik
Penghuni Gua : Pada pandangan Penghuni Gua , tindakan Majlis Peguam i ni adalah tindakan bagi mengalih perhatian. Ia dibuat dari mengalih perhatian dari siu yang melanda Majlis sendiri. Sepatutnya Majlis Peguam tidak mencampuri urusan ini kerana ia seolah menghina mahkamah dan bersikap memihak kepada sesuatu gulungan. Majlis Peguam hak siapa ? Cara anda membuat tinjauan pendapat tersebut seolah anda bersikap memihak. Kes ini juga masih berjalan di mahkamah. Anda arif dari segi undang-undang. Sepatutnya anda tidak menyentuh perkara-perkara dan isu yang masih didalam perbicaraan mahkamah dan keputusan masih belum dibuat.


Perkara yang sepatutnya majlis peguam mengambil perhatian berat ialah dari segi menyelesaikan kes tertangguh. Ini sepatutnya menjadi agenda utama. Kes tertangguh berjuta di mahkamah. Apa peranan majlis peguam dalam hal ini. Sebelum ini bila timbul isu ini maka majlis peguam akan lepas tangan dan hanya menuding jari dan bersifat bangau oh bangau. Akhirnya hak asasi rakyat akan terabai. Majlis patut mencari jalan membantu pihak kehakiman dengan cadangan bagi mengurangkan kes -kes tertangguh yang melibatkan penangguhan oleh peguam. Banyak sebabnya. Cuma nak dibincang di sini ialah penangguhan yang disebabkan oleh peguam.


Amalan sebelum ini peguam mengambil kes untuk dibicarakan dan menetapkan pberpulih kes atas satu tarikh dalam beberapa mahkamah berlainan. Akhirnya semua kes akan dibuat dan diminta penangguhan kerana ia bertindih dengan perbicaraan di mahkamah lebih tinggi. Inilah alasan setiap hari yang diberi. Mereka memanipulasikan keadaan dan kelemahan peraturan dan undang-undang untuk menangguhkan kes.


Mereka hanya mengejar wang. Beg-beg hitam 3 ke 4 buah dibawa setiap orang peguam ke mahkamah. Tetapi itu hanyalah hiasan dan untuk menunjuk-nunjuk serta mempromosikan firma dan kehebatan masing-masing. Dari 3 ke 4 beg yang dibawa ( dalam keadaan tertentu ada office boy lagi untuk bawa beg ) satu kes pun tak berjalan. Inilah mainan peguam-peguam kita.


Jadi inilah yang sepatutnya menjadi perhatian utama majlis peguam. Cari jalan bagi mengatasi penangguhan kes yang disebabkan oleh peguam. ini tidak , asyik sibok pada hal lain. Ini sepatutnya jadi keutamaan anda semua kerana ia melibatkan hak asasi rakyat bagi mendapatkan pembelaan yang adil.


Keduanya Majlis Peguam sepatutnya dan wajib membuat sesuatu bagi membendung salah laku peguam-peguam di Malaysia. Banyak kes-kes di dada akhbar. Berita tentang kelewatan peguam menyelesaikan kes, kes penipuan wang insuran, penipuan wang amanah, pesaka , harta tanah, jual beli tanah dan sebagainya. Ia melibatkan kes penipuan dan pecah amanah. Tiap hari , ada sahaja kes peguam yang melakukan kesalahan jenayah. Jadi Majlis peguam memberi tumpuan kepada isu ini kerana ia melibatkan terus orang ramai.


Apa yang telah Majlis Peguam lakukan i=untuk mengatasi masalah ini yang tidak nampak berkurangnya kes jenayah yang melibatkan peguam dengan pelanggan mereka. Ia tidak bermaksud mempertikaikan tindakan displin yang telah diambil oleh Majlis terhadap ahlinya tetapi tindakan jangka panjang yang sepatutnya diadakan bagi membendung masalah ini dari berterusan dan berpanjangan. Jawapannya tidak ada apa yang dilakukan setakat ini.


Bila ada sahaja kritikan kepada majlis maka adalah jawapan yang diberi . Pertama akan menuding jari menyalahkan orang lain. Keduanya bangau oh bangau. Ketiganya akan menimbulak isu lain yang tidak ada kena mengena dengan peranan Majlis Peguam. Majlis Peguam bukan tidak boleh menyentuh dan membincang isu lain tetapi keutamaan tersebut haruslah diberi kepada 2 isu di atas kerana ia melibatkan kepentingan ramai dan melibatkan ha asasi awam atau mangsa tidak dipedulikan dan seterusnya terjejas.


Jadi akhir kata: Berhentilah bercakap dan berdebat wahai Majlis Peguam. Bertindaklah mengatasi masalah ini. 2 perkara ini sahaja anda masih tak berjaya nak selesaikan. Sebab apa? Sebab, kita lihat seluruh dunia ini , sebahagian besar peguam ini sibuk hal lain dan bercakap hanya menyalahkan orang dan hanya mengkritik tanpa ada cadangan mengatasinya. Mereka hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain. Ini kerja mereka. Keluarlah dari sindrom jubah hitam anda. Tak ada lebihnya jubah anda dengan jubah dan baju yang kami pakai sekiranya anda tidak melihat keutamaan dalam tugas anda.


Penghuni Gua : Jadi loyar burok aje.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR