FOLLOWERS

Monday 16 March 2009

YB GOBIND DIGANTUNG !!!



16 mac 2009

Ahli Parlimen Puchong digantung setahun

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, selama setahun selepas didapati bersalah melanggar hak dan keistimewaan sebagai ahli Dewan. Usul itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, dan diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan ketika pengundian sebagai membantah usul itu.


Penghuni Gua : Tahniah kerana BN dan kerajaan bertindak tegas terhadap kes ini. Di masa-masa depan , parlimen melalui MP-MP BN hendaklah lebih tegas dan bertindak dengan pantas sekiranya ia menyentuh maruah ketua negara kita, agama, budaya dan adat resam kita yang cuba di gugat dengan berselindung di sebalik kekebalan parlimen. Patut di ajar perkara ini kepada semua MP bahawa apa yang mereka ucapkan di parlimen akan memberikan kesan yang amat besar kepada kestabilan kerajaan dan keselamatan negara walaupun ia ditarik balik kemudiannya oleh mereka yang begitu celupar mulutnya.


MP-MP sebegini memang pengecut kerana menggunakan dan berlindung disebalik kekebalan parlimen untuk memaki hamun orang lain dan membuat tuduhan serta fitnah yang yang mat keji kepada pemimpin negara. Kepada semua MP BN, di masa akan datang, semua MP ini hendaklah lebih tegas dan cepat dalam tindakan mereka dalam mengambil tindakan kepada kelakuan buruk MP-MP yang sebegini.


Tahniah atas kepekaan anda bagi menghentikan dan mencegah dari gejala buruk ini merebak dan menjatuhkan mertabat parlimen yang mulia. Jika mereka tidak dapat pendidikan yang baik di rumah atau sekolah, maka MP-MP kerajaan seharusnnya memberi pengajaran dan pemdidikan lanjutan kepada mereka ini dengan cara di atas. Gunakan segala peraturan dan akta parlimen yang ada bagi membernteras gejala yang buruk ini.


Seterusnya MP-MP Kerajaan termasuk speaker , menghentikan amalan dengan mengarahkan seseorang MP menarik semula kata-kata mereka tanpa memohon maaf terlebih dahulu. Jika tarik sahaja adalah tidak wajar kerana kesan buruk dari tuduhan tersebut telah terjadi. Jadi misti tarikh balik dengan permohonan maaf. Jika MP ini tidak memohon maaf maka tindakan seperti di atas sepatutnya juga diambil.


Contoh kes YB Karpal celakakan pemuda UMNO dan menuduh Pemuda UMNO menghantar 2 butir peluru. Hanya menarik balik tapi tiada permohonan maaf. Jika cara ini diteruskan , maka akan menjadi amalan kepada semua MP lain yang akan memfitnah dan melmparkan perkataan buruk/maki hamun kemudian berkata " saya menarik balik ". Jadi hentikan juga kaedah sebegini.

3 comments:

  1. SALAM SDR ARIF
    SETAHUN RASANYA TAK MENCUKUPI. SEPATUTNYA BELIAU DITENDANG KELUAR UTK JANGKAMASA LABIH LAMA LAGI.
    LAGI LAMA BELIAU DI GANTUNG LAGI AMAN BUAT MALAYSIA
    WALLAHUALAMM

    ReplyDelete
  2. OMG..dahsyatnya MULUT..
    Haaa...kerana mulut badan binasa

    ReplyDelete
  3. OMG...dahsyatny MULUT..
    itulah..KERANA MULUT BADAN BINASA..kesian de lo

    ReplyDelete

PETA PELAYAR