FOLLOWERS

Saturday 25 April 2009

AGAMA DAN HAK PENJAGAAN ANAK: KEPUTUSAN KABINET MENYALAHI PERLEMBAGAAN ? PANDANGAN JAKIM


Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 24 April - Penentuan status agama anak apabila ibu atau bapanya memeluk agama Islam perlu dilihat daripada aspek syarak dan perundangan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar) berkata, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.


''Berdasarkan pada peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak.


''Ini kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah 'parent or guardian' bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud ibu atau bapa atau penjaga,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.


Tambah Wan Mohamad, dalam Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505 memperuntukkan bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa mengizinkannya.


''Mengikut hukum syarak pula mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam kerana jika orang yang menjaga itu bukan Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.


''Hak seorang mualaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan. Kita tidak sewajarnya menganggap seseorang yang memeluk Islam itu bertujuan melarikan diri daripada tanggungjawab,'' katanya.


Di bawah disertakan berita berkaitan keputusan kabinet mengenai isu ini:
Utusan Malaysia
23 apr 2009

KUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu juga membuat ketetapan bahawa penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang telah memeluk agama Islam.


"Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini.


Selaras dengan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara akan diarahkan membuat pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan bagi memastikan segala keputusan Kabinet itu dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.


Beliau berkata, pihak peguam negara juga akan diarahkan memaklumkan perkara itu pada negeri-negeri bagi membolehkan mereka membuat pindaan yang sama terhadap undang-undang syariah. - Utusan

Penghuni Gua : PG bersetuju dengan pendapat JAKIM. Ia tidak mengikut dan mematuhi perlembagaan negara. Nak komen lebih pun perkara ini sensitif sangat. Apapun PG berpendapat DYMM di setiap negeri dapat memikirkan perkara ini.

Agama adalah dalam bidang kuasa negeri. PG rasa DYMM kekal dengan keadaan sekarang. Mungkin ada cara lain yang lebih baik mengenai ini bukan dengan keputusan tersebut. Jangan hakis lagi kuasa DYMM-DYMM. Dah tinggal sikit. Jangan ganggu lagi . DYMM-DYMM itulah pelindung terakhir kita.

Kepada pemimpin kerajaan, mungkin boleh fikirkan cara lain untuk kepentingan semua pihak. Ia misti mengikut pelembagaan Negara dan undang-undang tubuh negeri-negeri.

One Malaysia juga meliputi pematuhan kepada perkara-perkara perlembagaan dan undang-undang , yang menjadi asas kepada pembentukan negara ini.Jangan begitu mudah merungkai asas pembentukan negara ini. Ia satu tindakan yang amat berbahaya kerana ia mungkin akan timbul dan menggerakkan banyak lagi desakan lain yang tidak menasabah dan bertujuan untuk memusnahkan tolak ansur yang telah dipersetujui bersama semasa pembentukan Malaysia dahulu.

Mungkin pandangan Majlis Fatwa patut diambil kira termasuk pandangan JAKIM di atas.

1 comment:

  1. Salam tuan, ini lah masaalahnya apabila keputusan kabinet dibuat tanpa merujuk kepada mereka yang ahli, yang menjadi rujukan kabinet pula koh su koon dan s subramaniam sementara shahrizat dan jamil khir pulak baru duduk JK tu so dia org masih blur,,,
    di hrp wali wali dlm kabinet pandang2 alim ulama yg lain..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR