FOLLOWERS

Saturday 25 April 2009

DEBAT KRISIS PERAK : DENGARLAH SUARA PENGECUT BERDALIH


Agendadaily
Cakap berdegar-degar...debat tak berani pula

Kalau ikut cakap dan kenyataan yang dikeluarkan, dua orang kuat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor meng merupakan orang paling lantang mengkritik dalam isu-isu politik yang berlaku di negeri Perak.

Malah, mereka juga mempertikai secara terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya tidak sah.

Namun, apabila ada usaha yang dibuat oleh pihak bebas iaitu Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) dan Blogger United menganjurkan debat rakyat berhubung isu-isu politik Perak, kedua-duanya tercari-cari alasan untuk mengelakkan diri.

Debat rakyat yang dijadual berlangsung Jumaat ini telah pun mendapat persetujuan peguam UMNO, Datuk Hafarizam dan seorang peguam bebas, Datuk Shafie Abdullah untuk hadir bgai menyertai debat berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, Ngeh dan Nga memberikan alasan kononnya Majlis Peguam akan turut menganjurkan forum mengenai isu yang sama hari sabtu sebagai alasan tidak dapat hadir.

Sedangkan hakikatnya, Shafie akan turut hadir forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan.

“Soalnya kenapa kedua-dua mereka ini yang begitu lantang memberikan komen apabila dijemput untuk menjayakan debat rakyat memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir. Jika forum Majlis Peguam dijadikan alasan, Datuk Shafie juga akan pergi ke majlis yang sama, apa masalahnya pula,” kata sumber itu.

Ini jelas sumber itu menunjukkan, Ngeh dan Nga tidak berani berhadapan dengan fakta dan hanya berani membat tuduhan tanpa berani bersemuka dengan orang yang boleh dan mampu mematahkan kritikan mereka.

Sementara itu difahamkan, NPC yang menjadi penganjur telah diminta untuk menghubungi peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah untuk hadir debat tersebut tetapi telah menolaknya.

NPC juga telah diminta untuk mendapatkan peguam Malik Imtiaz bagi mewakili pihak pembangkang. Namun jawapannya tetap sama - tidak bersedia untuk debat tersebut.

Apa cerita ni...– 23/4/2009

1 comment:

  1. Mungkin dia rasa bahasa melayunya masih kurang baik.Sebab tu masa membaca ayat-ayat Al Quran tak betul tajwid pun tak apa sebab audiencenya orang PAS

    ReplyDelete

PETA PELAYAR